Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Monday 21 May 2012

Mengumpat Yang DiHaruskan Dalam Islam

Mengata dan mengumpat bermakna; "mencela-cela atau memburuk-burukkan orang lain di belakang'. Dlm takrif yg lain bermaksud: "kamu menyebut mengenai saudara kamu perkara yg dibencinya atau mengenainya perkara yg dia tidak suka'. Ini bermaksud apa shj yg dikatakan dgn mengaitkan seseorang di belakangnya sama ada perkara baik mahupun yg ...buruk adalah dikira mengumpat.

Namun ulama telah mengkategorikan ada jenis umpatan yg diharuskan oleh syarak. Imam al-Nawawi mengkhususkan satu bab dlm kitabnya Riyadhu al-Salihin tentang umpatan (atau kata mengata yg tidak disukai di belakang tuannya) yg diharuskan syarak. Beliau menyenaraikan 6 sebab umpatan itu menjadi harus:
Pertama: Utk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yg dizalimi utk memberitahu pihak yg boleh menolongnya drpd terus dizalimi penzalim.
Kedua: Meminta pertolongan utk mengubah kemungkaran dgn mengadu kepada pihak yg berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yg dilakukan.
Ketiga: Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yg ada kaitan dgn pihak yg diumpat dgn syarat umpatan itu perlu dilakukan utk memahamkan org yg diminta fatwa. 
Keempat: Memberi ingatan dan nasihat kpd orang Islam lain tentang keburukan yg dilakukan oleh orang yg diumpat. 
Kelima: Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya. 
Keenam: Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram. 


Imam al-Nawawi juga membawa beberapa hadis sebagai bukti Nabi s.a.w. juga mengumpat dan mengata di belakang jika keadaan mewajarkannya, seperti berikut: Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dengan sanadnya daripada Aishah r.a. bahawa seorang lelaki datang meminta izin untuk keluar daripada baginda (sedangkan keadaan ketika itu tidak membolehkan sesiapa pun berpindah keluar dari Madinah), lalu baginda berkata kepada para Sahabat: "Berilah keizinan padanya! Dia itu seburuk-buruk saudara sekeluarga!" Imam al-Bukhari juga meriwayatkan daripada Aishah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah mengata di belakang dua orang lelaki Islam yang tidak berdisiplin: "Aku rasa si polan dan si polan itu tidak tahu apa-apa tentang peraturan agama kita." 


Di dalam kitab Ihya Ulum al-Din, Imam al-Ghazali ada menyenaraikan beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu mengumpat atau mengata, keadaannya adalah seperti berikut: 
Pertama: apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya. 
Kedua: meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan. 
Ketiga: ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: "Ayah saya telah menganiaya saya." 
Keempat: mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. Contohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu. 
Kelima: apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.
Keenam: apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu


Sumber: halaqah.net

No comments:

Post a Comment