BERHIAS DENGAN MENGOLES GINCU
i. Hukum Bergincu Bagi Perempuan Bersuami
Dalam kitab Al-Majmu', Imam An-Nawawi Rahimahullah menjelaskan: "Jika seorang perempuan itu mempunyai suami, disunatkan baginya berinai pada semua masa kerana berinai itu adalah hiasan dan kecantikan dan dia (perempuan yang bersuami) disunatkan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya sepanjang masa." Dari penjelasan tersebut, maka tidaklah dilarang perempuan bersuami berinai bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya malahan ianya adalah sunat.
ii. Hukum Bergincu Bagi Perem- puan Yang Tidak Mempunyai Suami
Adapun bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami adalah makruh berinai kerana ditakuti akan mendatangkan fitnah kepada dirinya atau kepada orang lain. Ini turut dijelaskan oleh Imam An-Nawawi Rahimahullah: "Jika seorang perempuan itu tidak mempunyai suami dan dia bukan hendak berihram, adalah makruh baginya berinai tanpa ada sebab keuzuran kerana ditakuti akan berlaku fitnah ke atasnya dengan sebab inai dan berlaku fitnah ke atas orang lain dengan sebab dia berinai itu."Mengambil kira keharusan berinai dan berhias sebagaimana yang telah dijelaskan, maka tidaklah dilarang perempuan bersuami memakai gincu bagi tujuan berhias dan bercantik-cantik untuk suaminya, selama mana gincu itu sendiri suci yakni bukan dari benda najis atau bercampur dengan bahan najis. Adapun perempuan yang bujang atau yang tidak bersuami adalah makruh memakai gincu kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah. Tetapi hukum makruh akan bertukar menjadi haram bagi perempuan bujang atau yang tidak bersuami sekiranya dengan bergincu itu boleh menimbulkan fitnah, seperti boleh menarik perhatian kaum lelaki. Begitu juga bagi perempuan yang bersuami jika memakai gincu tanpa keizinan suami, hukumnya adalah haram.
PEREMPUAN BERHIAS SEHINGGA MENARIK PERHATIAN LELAKI

No comments:
Post a Comment