Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 10 July 2009

Ijtimak Tabligh Sedunia di Sepang , Malaysia 2009


Selepas solat Jumaat ( 10/7/2009 ) , saya telah sempat melawat lokasi Ijtimak ( Perhimpunan ) Tabligh Sedunia di Sepang , berhampiran Masjid Kuaters KLIA .Saya difahamkan ratusan ribu manusia dari pelusuk dunia telah berhimpun dilokasi ini . Dijangka hampir 2 juta manusia akan hadir sehingga hari Ahad ini . Perhimpunan ijtimak ini dianggap himpunan umat Islam ke-2 terbesar di dunia selepas Haji di Makkah Al-Mukarramah . Belanja menjayakan ijtimak ini mencecah RM 10 juta . Persiapan khemah sahaja hampir RM 3 juta . Setiap hari 100 ekor disembelih untuk jamuan makan peserta ijtimak . Banyak juga gerai jualan disediakan termasuk kedai makan , buah-buahan , pakaian dan sebagainya . Jangan lepaskan peluang ini . Permandangan ini seperti jarang dapat dilihat di negara kita.Pergilah melawat ijtimak yang hebat ini .Subhanallah ....













31 comments:

  1. membuktikan bahawa Umat islam bila bersatu dan berkumpul dapat mengerunkan musuh islam.
    tapi saya sedih umat islam di malaysia berpecah belah dan orang kafir ambil kesempatan. saya harap umat islam di KPJIC tidak berpecah seperti apa yang berlaku di luar pagar kolej (PAS vs UMNO vs PKR). Umur saja dewasa tapi fikiran macam budak .
    sungguh memalukan.
    aku benci PAS, aku benci UMNO dan aku benci PKR !!!!

    ReplyDelete
  2. terima kasih coz letak pic2 tapak ijtimak tu..ana tringin sgt nk tngok life..klau bleh amik la lg pic2 di sana..

    ReplyDelete
  3. Waspada juga penularan H1N1.Maklumlah..diorang dtg dr seluruh dunia yg ada jangkitan wabak tuh..

    ReplyDelete
  4. kalo boleh ambel vidio skali

    ReplyDelete
  5. That is big turn out. Probably the biggest event ever organized in Malaysia. Wonder how many people come for F1 next door last year?

    Ada hilang kasut tak.............

    ReplyDelete
  6. awat yang hang nak benci pas pasai apa ,hang baru kenai islam tak berapa hari dah cakap macam ni.inilah satu orng yang akan merosakkan jemaah islam.

    ReplyDelete
  7. asyik komen org jer muhasabah diri sendiri lagi baik. sekurang kurangnya kluar 3 ari dulu ikut jemaah tabligh ok. isteri karkun melaka............

    ReplyDelete
  8. saja je cari2 artikel perhimpunan tabligh ni..
    sebab nak banding dgn himpunan rakyat yg lain media kata tak dapat sambutan..

    tngok gmbr ni tak macam 200rbu pun

    tgk gmbr yg media ckp tak dpt smbutan tu,ramai gile,tapi PR target biasa 20-60ribu je pulak..

    pelik2...

    ReplyDelete
  9. baik umno, pas, pkr, tabligh etc, semua jahat termasuk aku. sebab tak satu pun antara kita yang dah dijamin syurga, dan tak sorg pun antara kita boleh jamin dia akan mati dalam husnul khatimah. jadi usahakanlah yang terbaik. walaupun kita tak tahu kita ke syurga atau ke neraka, secara ilmiah kita dapat tahu ke mana kesudahan kita, sama ada ke syurga atau ke neraka. rasulullah saw yg maksum pun tak kurang 100 kali dia taubat, kita yang tak maksum ni agak2nya berapa kali kita taubat ? solat rasulullah saw & para sahabat khusyuk, tapi solat kita tak khusyuk. ALLAH dalam Quran ada mengingatkan, neraka wail bagi org yang tak khusyuk solat. itu adalah janji ALLAH yg sememangnya pasti & tak dimungkiri. sedar atau tak sedar, aku dah tersenarai sebagai ahli neraka. anda bagaimana ? sejauh mana kita berusaha utk didik diri menjadi hamba ALLAH yg dpt melaksanakan titah perintah ALLAH serta menjauhi larangan ALLAH ? apa pun label dalam jemaah-jemaah umat islam yg ada, lom tentu menjamin keselamatan di dunia & akhirat. tapi kita ada tggungjwb utk menyeru kpd yg makruf & mencegah kpd yg mungkar, sebab itu adalahperintah ALLAH. maka laksanakanlah tangungjwb kita sebagai seorg muslim agar kita menjadi hamba ALLAH yg mendpt kasih sayang & ampunan NYA.

    ReplyDelete
  10. Org sembhyang pun boleh masuk neraka.Ni apatah lagi org yg x sembhyang , buka aurat , x amanah , pilih kasih , menari khlayak rmai ext. Takut aku wey....

    ReplyDelete
  11. Aku lagi jahat, tadi baru attend ijtimak tabligh, dengar ceramah pasal pentingnya nilai akhirat, sekarang aku online kat dalam Golden Lounge, KLIA!

    Ada jugak ke orang Tabligh cinta dunia? Aku ingat dia orang ni gila kejar akhirat...

    ReplyDelete
  12. Berita Harian , 11/7/09 ( Sabtu )

    Najib kunjungi ijtimak tabligh

    NILAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam sempat meluangkan masa bersama 200,000 jemaah yang menghadiri Ijtimak (Perhimpunan) Tabligh Sedunia di kawasan lapang berhampiran Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini yang bermula Rabu lalu.

    Perdana Menteri yang tiba jam 5.10 petang terus menunaikan solat Asar di kawasan khemah terbuka bersama anggota jemaah tabligh. Beliau kemudian menyampaikan ucapan ringkas mengalu-alukan kedatangan peserta.

    "Saya mengucapkan selamat datang kepada saudara-saudara semua, Semoga Allah merahmati dan menjadikan kita umat yang berjaya," katanya.

    Najib Kemudian menghabiskan masa kira-kira 30 minit bermuzakarah bersama ahli syura jemaah tabligh. Antara mereka ialah Sheikh Mohamad Ali. Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan memasuki khemah khas untuk tetamu kehormat.

    Jurucakap jemaah tabligh, Ridzuan Mohd Sagir, berkata mereka yang turut serta dalam muzakarah itu ialah tetamu luar negara seperti Prof Abd Rahman dari India.

    Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut sama meluangkan masa kira-kira 45 minit menghadiri perhimpunan itu, semalam.

    Sebaik tiba kira-kira jam 1.30 tengah hari, beliau mendengar taklimat mengenai majlis itu sebelum menyertai solat Zuhur berjemaah bersama peserta dari 40 negara termasuk Belanda, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan India.

    "Perdana Menteri bersama ahli syura tidak bercakap mengenai hal keduniaan, sebaliknya membincangkan perkara keimanan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT," katanya.

    Seorang lagi anggota jemaah tabligh yang turut menghadiri pertemuan itu, Prof Hanim Tahir, berkata Perdana Menteri turut meminta jemaah tabligh ketika berdoa di majlis penutup hari ini, mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

    Terdahulu, pada tengah hari semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama jemaah dari 40 negara, termasuk Belanda, Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan India.

    Bercakap kepada pemberita selepas itu, Muhyiddin menyifatkan perhimpunan berkenaan yang terbesar di dunia dan bersyukur kerana dapat menghadirinya serta bertemu pemimpin jemaah yang membicarakan soal cinta kepada agama, semangat ukhuwah Islamiah, bersikap sederhana dan usaha menyatukan ummah.

    ReplyDelete
  13. salam..
    sy bru balik dr ijtima ni..
    Dalam gmbar ni mmg nmpak macam xramai..
    Tp kalo pergi dan tgok dgn mata sndiri..
    mmg btol la.. Ramai.. 200 ribu org..
    ini pngalaman prtama sy solat bjemaah seramai ni..
    hee :D

    Alhamdulillah ALLAH telah pilih negara kte sbg lokasi ijtima'..
    diharap dgn adanya usaha ijtima' ni..
    hidayat ALLAH tersebar seluruh alam..

    ReplyDelete
  14. sy mnta izin amik beberapa picture ni er..

    ReplyDelete
  15. sebenarnya nie bukan jamaat tabligh, org yg asaskan usaha nie pun (maulana Illyas rah.) x berapa bekenan bila org ramai dok panggil jamaat tabligh..

    ..sebab keja tabligh/dakwah nie keja sume org islam, asalkan ada syahadah dlm diri x kira la hg umno ka pas ka pkr ka dap ka demokrat us ka, asalkan namanye ada syahadah dlm diri, tanggungjawab kte sume la kan.....

    sbb tuh umat nie umat yg paling mulia dari umat terdahulu (umat tdahulu just beramal x berdakwah), sebab kerja dakwah (kerja nubuwah) nie juga diwariskan oleh kte oleh Rasullulah s.a.w.

    kte nak beramal kena ada iman kan? cuba cite mcmana nak usaha atas iman supaya amal ada roh? dzikir?, tadarus quran?, semayang? nie kan sume amalan, so mai habaq camne eh nak usaha atas iman agar amalan2 tadi boleh bertapak dlm diri n flow naturally into us without forceful feeling n istiqamah?.....dakwah illallah ler jawapnye....

    cube ingat masa Nabi saw dpt perintah Allah, keje apa yg Nabi saw 1st buat? dakwah kan?...besar weh sunnah dakwah nie, org dok ingatkn fardu kifayah (org laen bwat kita bwat x payah), silap besar giler tut tut tuh, sampaikan wpun sepatah ayat.

    Aku penah terbaco salah satu imam dari kalangan wali songo (500 years ago) ckp kalu kebesaran dunia semakin rancak, jgn lupa ketuk pintu setiap orang bagitau tentang kebesaran Allah.....kan, very the tabligh sgt....

    so far sapo eh yg kte nengok dok slalu berdakwah ustaz? yup....tapi tuh pun kalu nengok ramai yg dok ckp kebesaran politik dari kebesaran Allah...isk isk isk...

    ...tapi bagi kebanyakkan org? org yg terlibat ngan keje tabligh nie la yeop.....depa dok ringan mulut jumpa sume jenis orang (mat pit ka, jurutera ka student ka, pekebun ka, pemerintah negara ka, pokcik pencen ka etc), mai cakap kebesaran Allah, ikut sirah RasulAllah saw

    harap kan org surau? persatuan agama? lagi kena jelingan tajam menusuk jiwa raga adalah....perasan sgt ahli syurga.....hehehe jgn mare ye....

    salam

    ReplyDelete
  16. fuhh bestkan gi sana dapat fikir agama dan tahu maksud hidup

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah ijtimak dah selesai.Semoga segala pesanan dan nasihat MASYAIKH2 sepanjang ijtimak dapat di amalkan dan di sampaikan.

    Bilangan yang hadhir memang ramai... panjang saf menghampri 1km.... lebar nya menghamiri 500 km..

    so agak2 laa berapa ramai..yer...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulilah...tapi maulana pesan..siapa yang tak dapat khuruj kene sedih...aku pun sedih..huhu..

    tak kisah ler siapa yg datang, Datuk Najib ker atau Muhyidin...jangan ler dipandang serong kedatangan mereka..sebab dakwah tak mengenal rupa atau darjat..setiap umat Nabi Muhammad ada tanggungjawab ajak manusia kepada Allah taala..

    erk..aku dengar Nik Aziz datang hari jumaat..wallahualam...

    ReplyDelete
  19. aku baru balik dari ijtimak...

    ya..media memang tak pandai bg andaian bilangan org yg datang ijtimak...sepatutnya bukan 200,000....tapi 250,000 org datang...aku org PR gak...aku bukan karkun...tapi jujur aku cakap, perhimpunan ni lebih mulia dari himpunan PR...bukan tak mau amik gambar..tapi kat ijtimak kami dilarang ambil gambar...sebab maulana kat sana tak mau glamour...bagi depa, kerja dakwah nih hanya Allah menilai...bukan manusia...

    Aku respect la kat karkun yg jayakan program..bukan macam himpunan PR...aku pi bersih tak ramai pun diorang cakap 100, 000 org...aku pi join demonstrasi tak ramai pun, masuk harakah cakap ratusan ribu...lagi pembohong...bagi karkun, mereka tak kesah berapa yg datang....wallahua'lam..

    ReplyDelete
  20. jemaah tablgh?? kalau nak join firkah lain kena masuk.. masuk umno, masuk pas, masuk pr dan tah apa apa lagi masuk.. tapi kalau nak buat kerja tabligh ni kena KELUAR..!! KELUAR (KHURUJ) 3 HARI 40, 4BULAN.. tapi tak kisah tak ikut number2 tu pun asal keluar jaa.. ;)

    ReplyDelete
  21. salam...

    ade sesuatu yg menarik & ade sesuatu yg tak menarik ngan jamaah ni...nanti la aku merapu kat blog aku hehe...itu yg aku suluh la...

    ReplyDelete
  22. Salam,

    Dalam Islam ada lima hukum yang telah ALLAH turunkan. Umat Islam tak boleh lari dari hukum2 tersebut.Setiap perkara, perbuatan, percakapan, tindak-tanduk manusia tak lari dari kelima-lima hukum ni.

    1. Wajib - Kalu buat dapat pahala, ditinggalkan berdosa.Kedudukannya, KENA BUAT, tak leh ditinggalkan.

    2. Haram - Kalau dibuat dapat dosa, kalau ditinggalkan berpahala. Kedudukannya, KENA TINGGALKAN, tak leh dibuat.

    3. Sunat - kalau buat dapat pahala, ditinggalkan tak dapat apa2. Kedudukannya ELOK BUAT.

    4. Makruh - kalau ditinggalkan dapat pahala, kalau dilakukan tak dapat apa2. Kedudukannya, ELOK TINGGALKAN.

    5. Harus - buat ke, atau tinggalkan ke, pahala tak dapat, dosa pun tak dapat.

    Dalam kehidupan kita banyak perkara-perkara yg berlaku, dan kesemuanya takkan lepas dari lima hukum ni.

    Nilailah program2 yg dijalankan oleh mana-mana individu mahupun jemaah atau pun fikrah dengan neraca iman.

    Andainya program tersebut menjurus ke arah pembangunan sahsiah dan iman, SOKONGLAH. InsyaALLAH, kita beroleh saham di akhirat sana.

    Andainya program tersebut menyeru ke arah kemaksiatan dan keruntuhan iman, HALANGLAH. Agar diri kita & generasi kita terselamat dari ancaman neraka ALLAH.

    Macam di awal tulisan saya, TAK ADA SEORANG PUN YG HIDUP DI MUKA BUMI INI YANG SUDAH DIJAMIN SYURGA.

    Tapi , kita wajib berusaha ke arah kemantapan iman dan taqwa serta bersifat raja' (harap) kepada ALLAH agar kita diterima menjadi umat Muhammad SAW dan hamba ALLAH yang disayangi dan diampuni.

    Jangan disebabkan perbezaan fikrah, perbezaan jemaah, maka kita bersengketa sesama muslim.

    Masing2 ada kekuatan dan masing2 ada kelemahan.Maka lengkap-melengkapilah antara satu sama lain. Agar kekuatan di satu pihak dapat menguatkan kelemahan di pihak yang lain. Agar amalan Islam kita lebih sempurna.

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  23. aku sokong pendapat musafir.
    kesimpulan yang aku boleh ambil adalah orang yang tak ada ilmu dan tak ingin tuntut / cari ilmu dah tentu masuk neraka dan orang yang ada ilmu tapi tak amal dah tentu juga masuk neraka. kita semua kena muhasabah diri.
    ambil pengajaran apa yang berlaku di dalam pagar dan luar pagar kolej.

    ReplyDelete
  24. usha agama nie.. asas dia adalah susah payah..
    usha agama bukan bergerak dengan kemasyuran.. tetapi bergerak dengan kudrat Allah..
    Oleh itu untuk faham kerja yang suci nie kita kena lapangkan masa... 4 bulan, 40 h dan 3 hari.. ingat in bukan maksud.. tapi just latihan.. Yg sebenarnya bagaimana kita dapat bagi masa 24 jam.. setiap hari .. setiap minute.. hatta every second utk agama Allah by tehe manner of Mustafa Muhammad SAW..

    ReplyDelete
  25. Terima kasih kerana menghadiri ijtimak. Perhimpunan mingguan dibuat pada setiap malam minggu di masjid bandar baru Sri Petaling.

    ReplyDelete
  26. As'kum...alhamdulillah istimak berlansung dlm keadaan penuh tenteram...kita,orang Islam semuanya adalah bersaudara...dan kita semua kena sama2 belajar usaha agama nie,tabligh@dakwah...
    sebenarnya tak ada pun jemaah tabligh@jemaah dakwah...ini hanya 'panggilan'untuk orang2 yang nak belajar usaha agama nie dgn keluar buat latihan 3hari,40hari,4bln...orang2 alim dlm usaha agama nie tak pernah pun istiharkan kami nie jemaah tabligh...kami spt saudara2 gak org Islam, dimana kami sekarang nie sedang belajar usaha agama(dakwah@tabligh)dgn keluar beberapa hari utk buat latihan belajar2 menceritakan kebesaran Allah Taalla,belajar2 hidupkan sunnah nabi saw dari bangun tidur hingga tidur kembali.
    belajar2 nak solah dgn khuysuk & khuduq,belajar2 nak amalkan ilmu2 agama@belajar ilmu2 agama yg byk lagi kami tak tau,belajar2 nak zikir@nak ingat Allah setiap keadaan,belajar2 nak rasa kasih terhadap saudara2 kami walau apa keadaan mereka(tak sempurna iman seseorg kalau tak kasih saudara kamu spt mana kamu kasih diri kamu sendiri),nak belajar2 buat sesuatu perkara semata2 krn Allah Taalla aje dan kami nak belajar2 buat usaha Dakwah&Tabligh nie mirip2 usaha Dakwah&Tabligh nabi saw dan sahabat2 dgn pergi jumpa orang ramai rumah ke rumah,pintu ke pintu,hati ke hati dgn penuh kasih sayang semata krn Allah Taalla...
    insya'Allah setiap sabtu malam ahad ada perhipunan orang2 Islam kat masjid sri petaling.
    Kami jemput semua tuan2 utk hadir tak kira tuan2 semua dari Pas ke,Umno ke,Keadilan ke Dap ke dan sebagainya,janji tuan2 semua orang Islam...

    ReplyDelete
  27. anonymous said.. 13 July 2009 11:43

    " bilangan yang hadir memang ramai..panjang saf nya menghampiri 1 km.. lebar menghampiri nya menghampiri 500 km.." , so agak2 ler berape ramai yer..

    berpandukan populasi rakyat M'sia skrg nie, agak2 aku dalam 5 juta org hadir kut.. he..hee..jgn mare gurau aje..

    biar betui kou.. 500 km dr sepang tu dah masuk kampung aku kat terengganu..

    any way..pada semua..thanks for the info, semoga Allah memberkati majlis tersebut & atas usha deme seme. Harap tahun depan kite wak kat tranung pulok.. propose location : Kubang Bujuk. KTG.

    ReplyDelete
  28. Dunia sementara akhirat kekal selamanya..

    insyallah buat 5 amal masjid..kebesaran makhluk akan keluar dlm diri kita.

    kemanisan dlm ibadat akan di rasai, pabila ada mujahadah dlm agama ALLAH swt.

    ReplyDelete
  29. Ilmu banyak iman jadi mati,
    sebab dia jadi hijab

    contoh..
    bila kita tanya dengan org berilmu ( segolongan ulamak ) mereka akan bagi pendapat yang tak munsabah langsung...kerna apa sebab dia berpendapat mengikut kehendak bidang ilmu yg di pelajarinya... dan dia tak faham,, yang dia tu kena tuntut lagi ilmu....sebab minda dan tindakan kita dah di canai oleh yahudi dan nasrani...sehingga kita beranggapan pengajian agama itu noktahnya kat universiti...
    ( Nabi dan sahabat2, tabien , dan tabit tabiin tak pun pergi universiti...lalu allah reda dengan mereka - rujuk alquran- sebab iman mereka ini telah di asaskan dengan mujahadah itulah bezanya...kita nak bagi tiga hari bukan main susah... tapi bagi 3 hari kursus macam macam kat masjid dengan bercmpur dengan bukan muhrim...boleh pulakkk.. sebab apa nafsu tuan...

    Jadi berbahagia dan beroleh kemenangan lah orang orang yang mengikuti jejak langkah Para nabi dan sahabat....

    ReplyDelete
  30. Cuba perhatikan komen2 di atas...
    kebanyakkannya merasakan diri sendiri betul dan orang lain salah...
    Di mana2 pun ada yg baik,ada yg buruk...
    Tapi x kan kerana ada sebilangan yg buruk,kita nak jadi buruk...

    ReplyDelete
  31. Minta maaf Bro, Hanim tu bukan Prof, U mana bagi dia Prof, saya ingat PhD pon dia tak da biar maklumat betul. kalau Dr Fadilah Kamsah betul PhD

    ReplyDelete