Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Monday 6 July 2009

Kenapa Anda Perlu Dahulukan Simpanan Pelan TAKAFULINK ?


Apa itu TAKAFULINK ?

Takafulink adalah merupakan gabungan perkataan Takaful + Investment Link ( Berkaitan Pelaburan ) . Pelan ini mempunyai perbezaan dengan pelan daripada syarikat-syarikat insurans / takaful yang lain , di mana kebanyakkan syarikat itu mengamalkan pelaburan secara tradisional. Justeru , pulangannya adalah rendah dan tidak kompetatif . Kadang-kadang tiada apa-apa pulangan yang diperolehi apabila tamat mencarum. Tetapi , Pelan TAKAFULINK pulangannya lebih baik kerana sebahagian duit yang dicarum itu dilaburkan ke dalam beberapa dana Islam seperti Dana Urus , Dana Ekuiti dan Dan Bon.
Kedudukan Prudential BSN Takaful Bhd sebagai syarikat insurans/takaful No.1 di Malaysia

Tahukah anda ? Menabung dalam Pelan TAKAFULINK ini adalah sama seperti anda menabung dalam ASB , ASN , Tabung Haji . Sekiranya anda menyimpan dalam ASB , ASN atau Tabung Haji berjumlah RM 100 sebulan , maka dalam 1 tahun anda menabung berjumlah RM1,200 . Penabungan ini sama juga seperti TAKAFULINK. Apabila anda menabung RM 100 , maka dalam 1 tahun anda menabung berjumlah RM 1,200 . Tiada perbezaan dari segi konsep penabungan .

Apa faedah simpanan ASB , ASN atau Tabung Haji dan Pelan TAKAFULINK ?


ASB , ASN atau Tabung Haji akan memberi 2 faedah , seperti pulangan Modal dan Dividen . Manakala , Pelan TAKAFULINK memberi anda 3 faedah seperti pulangan Modal , Dividen dan sekeping Medical Card berjumlah antara RM 500,000 sehingga RM 1.5 juta. Di antara 2 faedah dan 3 faedah , sudah tentu ianya mempunyai perbezaan . Sekiranya anda diberi pilihan , anda mengambil 2 faedah atau 3 faedah ? Saya yakin anda akan mengambil yang lebih banyak faedah @ 3 Faedah !

Apa perbezaan antara ASB , ASN , Tabung Haji dengan Pelan TAKAFULINK ?

Terdapat beberapa perbezaan di antara instrumen kewangan tersebut . Perbezaan yang paling utama adalah seperti berikut :

Contohnya , sekiranya anda menabung dalam masa 3 bulan dalam ASB , ASN atau Tabung Haji , maka jumlah penabungan anda ialah RM 300 . Begitu juga halnya apabila anda menabung dalam Pelan TAKAFULINK . Jumlahnya adalah sama RM 300.

Tetapi , perbezaan besar diperolehi sekiranya berlaku musibah ke atas anda pada bulan ke-3 itu seperti kemalangan atau penyakit yang menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang , hati , jantung , paru-paru , dalaman otak dan sebagainya . Katakan kos rawatan atau pembedahannya RM 50 ,000 . Tidakkah anda akan menghadapi masalah dengan jumlah seperti itu ? Apakah RM 300 dalam ASB , ASN atau Tabung Haji anda itu cukup untuk membayar jumlah RM 50,000 . Sudah pasti tidak cukup . Apakah company anda akan membayar 100% kos itu ? Secara rela atau tidak , anda akan mengeluarkan simpanan lain seperti simpanan pendidikan anak , guna kad kredit , duit gaji atau meminjam pada orang lain untuk menampung kos itu . Bahkan , kedapatan orang yang terpaksa meminta derma atau menjual aset seperti kereta dan rumah untuk menampung bayaran kos hospital .

Maka di sini Pelan TAKAFULINK dapat membantu dan menyelamatkan anda . Walaupun anda baru mencarum 3 bulan , Medical Card yang anda perolehi sudah boleh digunakan untuk membayar jumlah RM 50 ,000 itu . Alangkah beruntungnya anda yang telah menabung dalam Pelan TAKAFULINK ini !! Terasa kenikmatan hidup menabung ….
Bahkan yang paling membahagiakan anda ialah … anda boleh memilih mana-mana 60 hospital swasta di seluruh Malaysia termasuk rangkaian KPJ Hospital , IJN , Gleaneagle , Pantai Hospital dan juga hospital di luar negara.

Bagaimana pulangan pelan TAKAFULINK ?

Apabila anda menabung 1 tahun , 3 tahun , 5 tahun , 10 tahun atau sehingga 30 tahun . Sebagai contoh , dalam masa 20 tahun pulangan yang anda perolehi dalam Pelan TAKAFULINK berjumlah l/kurang RM 34,000 . Anda boleh keluarkan sebahagian pulangan itu untuk apa-apa kegunaan samada pendidikan anak , renovate rumah , menunaikan haji , umrah atau sebagainya . Anda juga boleh gunakan pulangan itu untuk caruman akan datang . Ini bermakna anda telah mendapat “ cuti mencarum “ sehingga beberapa tahun yang akan datang . Dengan kata lain , anda tidak perlu mencarum tetapi masa yang sama anda mendapat manfaat menggunakan Medical Card seperti biasa sehingga umur 70 – 80 tahun akan datang dan juga faedah-faedah yang lain .

Selain daripada manfaat pulangan Modal , Dividen dan Medical Card dalam Pelan TAKAFULINK terdapat Faedah-Faedah Utama yang lain , seperti :

- Faedah Jaminan Caruman Percuma Seumur Hidup - akibat menghidap 36 Penyakit Kritikal & Hilang Upaya Kekal
- Elaun Tunai Harian Masuk Wad : RM 200/ setiap hari
- Elaun Tunai Penyakit Kritikal : RM 10,000
- Faedah Tunai Akibat Kemalangan Di Rumah/Tempat Kerja / Jalanraya : RM 20,000
- Manfaat Pesakit Luar Akibat Kemalangan : RM 20,000/setiap kes
- Manfaat Kematian / Hilang Upaya Kekal : RM 20,000
- Manfaat Kematian Kemalangan Kenderaan Awam : RM 60,000
- Pengecualian Cukai Pendapatan Kerajaan : Maksima RM 6,000 / setiap tahun .

Mana lebih penting ?

Apakah Pelan TAKAFULINK ini perlu untuk anda ? Adakah Pelan TAKAFULINK ini penting untuk masa depan anda ?

Apabila anda diberi pilihan antara ASB , ASN , Tabung Haji dan Pelan TAKAFULINK – mana satukah yang menjadi pilihan anda ? Mana satukah yang akan anda dahulukan ?

Anda berhak membuat pilihan ! Buruk baik nasib masa depan anda , anda sendiri yang menentukan kerana anda telah membuat pilihan . Syabas , anda telah mendapat maklumat yang berharga daripada saya dengan membaca arikel ini .

Sekiranya anda merasakan Pelan TAKAFULINK ini penting dan perlu diutamakan , bersegeralah mendaftar sebelum terdapat apa-apa halangan ke atas diri anda . Pelan TAKAFULINK ini hanya layak dipohon oleh pemohon yang sihat dan tidak mempunyai penyakit ! Jangan tangguh lagi !


Berapa jumlah caruman Pelan TAKAFULINK ?


Jumlah caruman bergantung kepada kelas pekerjaan , umur dan status anda merokok atau tidak . Jumlahnya juga adalah bergantung kepada faedah yang anda perlukan Namun , jumlah minima ialah RM 100 sebulan dan jumlah maksima RM 5,000 sebulan . Lagi banyak anda menabung , lagi banyak faedah dan pulangan yang anda perolehi . Pelan TAKAFULINK tidak akan mengecewakan anda !

Namun, saya suka mengingatkan agar anda membuat tabungan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda . Sekiranya gaji anda RM 2,000 sebulan , maka tabungan anda cuma RM 200 sebulan . Kalau gaji anda RM 3,500 , maka tabungan anda Cuma RM 350 sebulan dan begitulah seterusnya . Ini adalah konsep Perancangan Kewangan yang betul . Sekiranya tidak mampu , anda hanya perlu menabung sekurang-kurangnya 5% daripada pendapatan bulanan anda .

Bagaimana nak mendaftar atau mulakan tabungan Pelan TAKAFULINK ?


Mudah sahaja . Anda hanya perlu mendaftar atau membuat appointment dengan Quality Agent Prudential BSN Takaful Bhd. , Ustaz Rosmin Adam . Saya bersedia berkunjung ke premis / rumah anda untuk penerangan lanjut dan urusan pendaftaran .

Setiap pendaftaran Pelan TAKAFULINK :
- Tiada pemeriksaan kesihatan
- Tiada gandaan caruman .

Bersegeralah menabung dalam Pelan TAKAFULINK !! Prudential BSN Takaful Bhd . merupakan syarikat No.1 Insurans / Takaful 2008 Malaysia …. sentiasa memberikan produk dan perkhidmatan terbaik !!

Sila baca brosur penuh Pelan TAKAFULINK :





No comments:

Post a Comment