Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Sunday 28 June 2009

Sekitar Perjumpaan & Perasmian Penubuhan PRS Pada Hari Sabtu , 27/6/2009


Majlis ini telah diadakan di Auditorium 2 KPJIC Nilai, N.Sembilan. Lebih kurang 80 orang pelajar telah menghadiri ini. Majlis bermula jam 10.15 pagi dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Saudara Mohd. Saufi dari DIN 32 . Selepas itu, giliran saya pula memberikan briefing mengenai PRS. Habis briefing , majlis menjemput Tuan Haji Yusof Ismail , Executive Director KPJIC menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penubuhan PRS KPJIC . Maka dengan itu , tercatatlah sejarah KPJIC tertubuhnya PRS atau Peers Facilitator buat julung kalinya sejak 18 tahun penubuhan KPJIC. Majlis telah diakhiri dengan sesi pertanyaan dan soal jawab dan majlis ditangguhkan pada jam 11.20 pagi.Program perasmian yang " cukup sederhana , tetapi penuh bermakna ". Moga diberkati Allah swt.

Dalam majlis ini para calon bersetuju agar perlantikan Jawatankuasa Penaja PRS akan diadakan dalam masa seminggu lagi . Notis panggilan mesyuarat akan dikeluarkan tidak lama lagi . Oleh itu , saya amat mengharap kepada semua calon-calon PRS agar dapat hadir.Kehadiran mesyuarat ini ada wajib .

Berikut gambar-gambar sekitar program :













2 comments:

  1. semoga penubuhan PRS mmbawa perubahan akhlak pada siswa siswi KPJIC..amin

    ReplyDelete
  2. kelab lain bila nak mula ???

    ReplyDelete