Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Sunday 21 June 2009

e-mail : Baca Doa Ada Aktiviti Tarian , Nyanyian

Saya terima e-mail ini pada 11/6/2009 yang berbunyi begini :

Assalamualaikum Ustaz Rosmin. Saya tengok kolej kita apa-apa program selalunya dimulakan dengan bacaan doa.Mungkin nak ambil berkat , tolak bala dan lain-lain.Ni termasuk gak program yang ada nyanyian , karaoke , tarian dan banyak lagi.Yang tak tahan tu sampai peserta pun pakai pakaian terdedah aurat ??? eee.. Saya nak tahu dalam agama memang boleh ke mulakan dengan doa.Bukan ke program macam tu banyak unsur maksiat???????? Thanks.

6 comments:

  1. Berdoa adalah merupakan amalan yang baik dan mulia. Kita amat digalakkan berdoa kepada Allah swt untuk memohon keampunan , dijauhkan keburukkan , diberikan kebaikan dan segala tujuan yang baik dan makruf. Amalan berdoa adalah merupakan ibadah kepada Allah swt , bahkan ada hadis yang menyebutkan bahawa “ Doa itu adalah otak kepada ibadah “ .

    Terdapat adab-adab dalam berdoa samada cara , isikandungan doa , tempat berdoa dan masa kita berdoa. Doa yang dibaca terutamanya dalam sesuatu majlis atau program yang rasmi atau tidak rasmi adalah mengandungi kalimah-kalimah yang mulia . Dalam doa tersebut diseru nama Allah swt , nama nabi ,para malaikat ,para solihin dan dan sebagainya . Dalam doa juga sering menggunakan doa-doa daripada hadis yang mathurat dan doa-doa daripada ayat-ayat Al-Quran yang suci dan mulia. Semasa berdoa juga , kita tunduk , khusyuk dan tawadduk memohon pada agar majlis atau program kita diberkati , dirahmati dan didoakan oleh para malaikat al-muqarrabin seterusnya mendapat keredhaan daripada Allah swt.

    Alangkah mulianya doa yang kita baca dan kita aminkan bersama . Namun , yang amat malang dan mendukacitakan kita ialah apabila habis berdoa , majlis itu diisi dengan nyanyian yang lagha , tarian-tarian dan aktiviti maksiat yang lain . Fenomena ini sudah banyak kali berlaku di kolej kita ini , walaupun sudah berulang kali saya ingatkan kepada para pelajar. Apakah wajar perbuatan yang kita lakukan itu ? Saya ingin menyatakan dengan jelas bahawa majlis yang mempunyai aktiviti maksiat yang didahulukan dengan doa adalah perbuatan yang mungkar . Perbuatan itu mestilah dijauhi dan ditinggalkan. Bahkan perbuatan itu adalah perbuatan yang memperlekehkan , menjatuh dan menghina ayat Al-Quran dan Hadis yang dibaca dalam doa tersebut. Perbuatan menghina dan menjatuhkan ayat Al-Quran dan Hadis adalah berdosa .

    Doa merupakan ibadah kepada Allah untuk dihayati, bukan hanya sebagai penerus tradisi pelengkap majlis rasmi atau tidak rasmi. Jika kita hendakkan sesuatu aktiviti dan program itu diberkati oleh Allah, maka hendaklah kita pastikan segala perjalanan aktiviti itu menurut perintah Allah dan RasulNya, selepas itu barulah kita berdoa atas segala usaha baik yang telah kita lakukan itu.Umpama kita berdoa sebelum merokok atau berdoa sebelum merompak bank, sungguh Islam tidak mengajar begitu! Islam tidak pernah mengajar kita berdoa sebelum buat maksiat.

    Kesimpulannya , tidak perlu dimulakan dengan doa dalam sesuatu majlis atau program yang mengandungi aktiviti maksiat seperti tarian dan nyanyian yang lagha . Tradisi kolot ini perlulah dihentikan agar nama Allah , Rasul , Malaikat , Hadis , al-Quran dapat dipelihara . Sekiranya ada arahan yang memaksa untuk menyuruh berdoa dalam majlis seperti itu , maka sebenarnya sebagai orang Islam yang beriman adalah tidak wajib taat kepada arahan yang bid’ah seperti itu . Orang yang melakukan perbuatan mungkar ini kemungkinan orang itu jahil mengenai agama atau mungkin sengaja untuk tidak beramal dengan Islam. Wal’iyazubillahi min zalik.

    ReplyDelete
  2. Mlm esok aku nk tengok group 31 punya farewell.Apa yang ada sok.Ada tarian x ? ada baca x ? jeng..jeng......

    ReplyDelete
  3. harap2 x bc doa la.
    x bek.
    x seswai.

    ReplyDelete
  4. mayb lpas ni farewell wat kenduri kesyukuran je la kite kot... dok bersile rmi2, pengisian dengan dakwah dan ceramah... x bc doa trus kang tah ape lak yg korg tulis... bc doa pn slh, x bc pn slh.. terpulang pada insan yg menilai... assalamualaikum...

    ReplyDelete
  5. aku ingat kau ni x fhm cerita.aku sbnrnya x kisah kau org buat apa pe pun.kau nak menari.nak berjoget.nak kepala ke atas kaki ke bawah. lantak kuorang lah.apa aku pedulik!!!! tapi , jgan pulak kau mulakan dgn baca doa.bila kau baca doa dlm event kau tu , kau dah main-mainkan nama TUHAN , ext...nmpk sgt ilmu kau cetek....

    ReplyDelete
  6. masih ada lagi yg nak main-mainkan nama tuhan ni. cam ri sabtu lps.baca doa pas tu menari.lagu disko,lagu dangdut , lagu clubbing ext.aku pun menari juga..aku pun suka.

    tapi baca doa sebelum menari mmg x kena.jgn tunggu bala tuhan turun nanti bru nk insaf.nk tobat.aku tak nak dpt bala woi..

    ReplyDelete