Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 19 June 2009

Tanda-Tanda Penyakit Misteri


Teknologi moden banyak membantu kita mengesan , mengawal atau merawat berbagai-bagai penyakit . Kepakaran para doktor dan kecanggihan peralatan perubatan telah memberi satu impak besar dalam memberi satu jaminan kualiti dalam perkhidmatan kesihatan dan rawatan.

Namun begitu , terdapat banyak penyakit yang dihadapi oleh manusia tidak boleh dibantu dan dirawat melalui teknologi moden . Malah , kedapatan teknologi yang canggih dan kepakaran doktor tersebut tidak dapat mengesan atau mendiagnos masalah yang dihadapi oleh pesakit . Ini mungkin sesuatu yang dianggap pelik !

Oleh itu , saya sebagai seorang pengamal ilmu Syariah dan pelatih Kaunselor UKM lebih cenderung mengatakan bahawa penyakit yang tidak boleh dikesan oleh teknologi moden itu sebagai " penyakit misteri " . Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan saya terutamanya pengamal-pengamal perubatan moden dan ahli-ahli psikologi atau di kalangan kaunselor . Bagi saya , penyakit misteri itu mempunyai kaitan antara psikologi dan gangguan makhluk halus. Jesteru , saya bersetuju dengan pendapat mengenai tanda-tanda penyakit misteri yang berlaku , seperti :

Tanda-tanda penyakit misteri:

* Malas melakukan rutin dan amalan harian seperti berkerja, belajar, solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya

*Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam,doa yang dihafaz dan was-was.

*Kehilangan minat atau semangat secara tiba-tiba terhadap aktiviti harian termasuk seks.

*Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, jatuh dari tempat tinggi atau mimpi bersetubuh.

*Kerap bermimpi haiwan seperti tikus,anjing hitam,kucing hitam,ular,kala jengking atau binatang berbisa.

*Berdebar-debar terutama menjelang malam.

*Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulang kali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar bernafas dan bersuara.

*Sering mengantuk tidak mengira masa.

*Hilang selera makan dan berat badan.

*Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.

*Kerap migrain, pening kepala, selesema yang berpanjangan, gastrik atau sakit kronik tetapi tidak dapat di atasi dengan rawatan doktor.

*Letih luar biasa.

*Daya tumpuan merosot.

*Rasa sakit tetapi diSAHkan sihat oleh doktor.

*Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.

*Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.

*Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.

*Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.

*Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau per

*Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.


*Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.

*Terasa seperti diperhatikan atau diintai.

*Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa dalam rumah.

*Melihat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ular di dalam rumah.

*Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadangkala bau wangi atau pertukaran antara bau busuk dan wangi.

*Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan mati dengan kadar cepat atau akan sakit selalu.

*Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.

Saya mencadangkan , jika terdapat tanda-tanda seperti di atas segeralah mendapatkan rawatan , samada anda berjumpa kaunselor atau pengamal-pengamal perubatan Islam . Semoga anda disembuhkan sepenuhnya dan jadikanlah ianya iktibar dan hampirkanlah diri anda kepada Tuhan dengan meningkatkan amal ibadah serta memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.


1 comment:

  1. Siswi UKM maut dikejar 'lembaga'

    KAJANG: Seorang siswi sarjana sains kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, ditemui mati di kawasan letak kenderaan Blok C, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba awal pagi semalam, dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat empat bangunan itu selepas dikatakan dikejar satu lembaga.

    Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, yang lengkap berpakaian kemeja T kuning dan berkain batik ditemui oleh seorang tukang sapu di depan pintu laluan utama kolej itu, dalam keadaan mengiring dan muka lebam serta mulut berdarah, kira-kira jam 7 pagi.

    Sehingga kini, polis masih menyiasat punca kejadian, tetapi cerita mengenai gangguan lembaga itu kini tersebar dan menjadi perbualan ramai pelajar di kolej berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, bagaimanapun berkata tiada bukti atau saksi yang boleh mengesahkan mangsa terjatuh selepas dikejar lembaga itu.

    "Beberapa pelajar di kolej itu, termasuk rakan sebilik mangsa yang disoal siasat polis mengaku tidak mengetahui mengenai kejadian itu kerana mereka tidur.

    "Bagaimanapun, kita akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut, termasuk kemungkinan mangsa menghadapi tekanan," katanya ketika dihubungi.

    Shakaruddin berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat pelajar tahun satu itu.

    Mangsa yang bekerja sambilan sebagai pembantu penyelidik di UKM, dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya beberapa jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayatnya yang masih berdarah.

    Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan UKM (PPUKM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jalan Long Yunus, Padang Bongor, Pangkalan Chepa, Kelantan.

    Shakaruddin berkata, hasil bedah siasat mendapati tulang rusuk kiri mangsa patah dan menyebabkan pendarahan dalaman.

    Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ketika meluangkan masa setengah jam menemui keluarga mangsa di PPUKM, berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian itu.

    "Kita akan melihat hasil bedah siasat sebelum sebarang keputusan dapat dilakukan," katanya.

    Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, beberapa hari sebelum kejadian itu, Wan Siti Farihan berkelakuan pelik, termasuk mengikuti kelas agama di Serdang dan sering mengaji, berzikir serta melakukan solat sunat.

    "Farihan juga selalu berjaga malam kerana mendakwa tidak dapat tidur. Saya yang kenal dengan dia sejak zaman sekolah rendah, percaya ia tiada kaitan dengan percintaan kerana dia tidak mempunyai teman lelaki.

    "Tiga jam sebelum kejadian, Farihan bangun dan memaklumkan ingin ke tandas. Saya tidak syak sesuatu yang dan terus tidur sebelum terkejut apabila dimaklumkan Farihan ditemui terbaring di kawasan letak kenderaan ketika hendak menunaikan solat subuh," katanya.

    Berita Harian Rabu / 24 Jun 2009 ,

    ReplyDelete