Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Tuesday 12 May 2009

Selamat Hari Jururawat dan Selamat Hari Guru 2009


Jururawat , pelajar jururawat dan bakal jururawat seluruh dunia menyambut Hari Jururawat pada 12 Mei setiap tahun, iaitu hari sempena kelahiran idola jururawat bernama Florence Nightingale. Justeru , dunia mengiktiraf profesion jururawat sebagai merupakan profesion yang penting dan memberikan sumbangan yang besar kepada rakyat Malaysia khususnya , dan penduduk dunia secara amnya. Sambutan ini biasanya bermula dengan ucapan-ucapan ‘Happy Nurses Day “ , bertukar-tukar hadiah , memotong kek dan sebagainya.

Namun begitu , pada 16 Mei pula adalah merupakan Hari Guru . Di KPJIC , Hari Jururawat lebih diingati dan disambut meriah berbanding Hari Guru . Boleh dikatakan , tiada apa-apa sambutan yang perlu dibuat untuk Hari Guru . Sedangkan kedua-duanya adalah penting untuk diingati dan dihargai. Bahkan , jika tiada guru atau pensyarah yang mengajar , maka tiada jururawat terlatih yang dapat dilahirkan . Atau ahli farmasi , fisioterapi , juru x-ray atau apa-apa ahli yang dapat dilahirkan . Nah .. betapa besarnya jasa dan sumbangan guru dan pensyarah kepada rakyat Malaysia dan dunia secara amnya. Syabas .. kepada semua guru dan pensyarah yang sedang atau telah menaburkan bakti yang amat berharga untuk anak bangsa yang kita sayangi .

Oleh itu , adalah wajar kepada kepada semua pelajar yang mempunyai hemah dan konsep kendiri yang tinggi untuk mengingati dan menghargai para pendidik , guru atau pensyarah yang mengajar mereka . Sebenarnya , para pendidik tidak menginginkan wang ringgit , hadiah atau apa-apa daripada pelajarnya . Cuma sekadar ingatan , ucapan atau doa untuk seorang guru atau pensyarah sempena Hari Guru . Alangkah ... baiknya budaya ini disemai dan diamalkan pada setiap tahun sepertimana menyambut Hari Jururawat , Hari Kebangsaan dan sebagainya .

Namun demikain , sempena hari yang mulia ini , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua pelajar kejururawatan dan pensyarah jururawat . Juga Selamat Hari Guru kepada semua pensyarah , para guru dan para pendidik . Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik dan kekuatan fizikal dan mental untuk terus menabur bakti mendidikan anak bangsa kita menjadi warganegara yang berguna dan berkhidmat untuk negara suatu hari nanti – Bro.Kutu Ilmu

No comments:

Post a Comment