Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Sunday 10 May 2009

Selamat Menyambut Hari Ibu 2009


Ibu adalah merupakan sumber kelahiran manusia di dunia . Tanpa ibu , tidak akan timbul istilah anak di dunia ini. Anak yang baik terdiri daripada anak yang mempunyai sikap dan tingkahlaku yang baik dan menghormati ibunya . Tiada gunanya mempunyai harta dan pangkat yang tinggi sekiranya kita tidak hormat dan mengasihi ibunya yang telah melahirkan kita.Hilang harta boleh dicari.Hilang pangkat boleh dicari.Hilang " kekasih " boleh dicari. Tetapi , sekiranya hilang ibu tiada galang gantinya lagi.

Oleh itu ,baktilah dan buatlah jasa yang baik kepada ibu . Janganlah kita menyakiti hati ibu kita . Elakkan daripada berlaku yang mengundang kemurkaan dan kemarahan ibu kita .Dalam agama Islam telah mengajar kita " Syurga itu terletak di bawah kaki ibu " .


Dapatkan restu dan doa daripada ibu kita dalam apa jua kerja dan usaha yang kita lakukan . Insyaallah akan direstui dan dirahmati oleh Allah swt . Amat bertuahlah sekiranya ibu masih hidup , kita boleh lagi berbakti kepada ibu dan masih dapat melihat dan mengamati muka ibu kita . Ingatlah bahawa Allah swt memberikan ganjaran pahala yang banyak walaupun melihat muka ibu untuk seketika cuma . Oleh itu , jika ada masa dan peluang eloklah kita balik ke kampung atau ke rumah untuk berjumpa atau melihat muka ibu kita .

Dalam usaha untuk berjaya dalam pelajaran , seorang anak patut meminta restu dan doa kesejahteraan daripada ibunya . Tak kira apa jua peperiksaan akan dihadapinya . Samada peperiksaan setiap semester , exam akhir KPJIC , LJM exam dan sebagainya . Jangan lupa , dapatkan restu daripada mereka samada dengan berjumpa semasa balik kampung , menerusi telefon atau sms dan sebagainya .

Sempena hari peringatan yang mulia ini , saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua rakan sekerja di KPJIC , semua kenalan dan semua kaum ibu yang mengunjungi blog ini . Semoga menjadi ibu Mithali yang cemerlang . Berjaya hidup dunia dan akhirat . Aminnn ..

No comments:

Post a Comment