Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 13 May 2009

Gangguan Seksual Di Kolej ; Adakah Perlu Pencegahan Segera ?


Senario Gangguan Seksual
Ramai orang menyangka bahawa gangguan itu hanya melibatkan halangan-halangan fizikal sahaja dan menyebabkan ketidakselesaan dalam menjalankan kehidupan seharian . Namun begitu , gangguan seksual adalah merupakan perlakuan yang tidak bermoral mengakibatkan kesusahan dan kesengsaraan kepada mangsa ; terutamanya dari segi psikologi , emosi dan tingkahlaku .

Sepanjang bertugas di institusi ini , saya belum pernah menerima dan mendengar masalah gangguan seksual daripada pelajar . Namun , baru-baru ini seorang pelajar baru masuk seminggu ke kolej ini telah mengadu dan memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah menerima kata-kata yang berunsur gangguan seksual daripada pelajar senior lelaki . Beliau tidak berpuashati dan terperanjat kerana dilayan dengan bahasa yang tidak sopan dan tidak bermoral . Sepatutnya seorang senior menunjukkan contoh teladan yang baik dan bermoral kepada pelajar junior untuk meneruskan budaya sihat dan postif berkembang pesat di kalangan pelajar di kolej atau IPTA/IPTS.

Pusat Pengajian dan Gangguan Seksual
Pusat pengajian tinggi, merupakan model di mana pendidikan, produktiviti, merit, dan kesaksamaan berada pada tahap maksimum bagi semua yang terlibat dalam suasana tersebut baik bagi penuntut, fakulti mahupun pentadbir. Namun gangguan seksual boleh menggugat pencapaian matlamat tersebut. Hakikatnya, isu gangguan seksual di pusat pengajian tinggi di negara kita telahpun dikesan pada akhir tahun 1980-an (Badriyah, 1988 ) .

Terdapat beberapa masalah timbul bagi menangani gangguan ini , diantaranya :
1. Mangsa tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka sedang diganggu dari segi seksual
2. Mangsa takut untuk melaporkan gangguan itu
3. Mangsa tidak tahu hak dan cara melaporkan mengenai gangguan seksual
4. Mangsa tidak mahu takut dan tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Makna Gangguan Seksual
Gangguan seksual boleh dibahagikan kepada bentuk ancaman dan persekitaran tidak selesa. Dalam konteks akademik sesuatu tingkah laku akan ditakrif sebagai ancaman atau ‘quid pro quo’ apabila ianya tidak diingini, berunsur seksual, dan dijadikan sebagai syarat untuk membuat keputusan ke atas status pengajian penuntut tersebut.
Manakala persekitaran tidak selesa dalam konteks akademik membawa maksud tingkah laku dalam kuliah atau di kaki-kaki lima bilik kuliah ataupun di asrama yang menganggu gugat keupayaan penuntut itu untuk belajar.

Bentuk Gangguan Seksual di Malaysia
1. Gangguan secara lisan seksual.
Contoh :
Kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi dan soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan

2. Gangguan secara isyarat/bukan lisan
Contoh :
Pandangan atau kerlingan yang isyarat/ bukan lisan membayangkan sesuatu
niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks dan lain-lain.

3. Gangguan visual
Contoh :
Menunjukkan bahan-bahan lucah,melukis gambar lucali, menulis surat berunsur seksual dan lain-lain.

4. Gangguan psikologi
Contoh :
Mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, ineinujuk rayu
berterusan dan lain-lain.

5. Gangguan fizikal
Contoh : Sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel
badan dan lain-lain.

Cadangan

Masalah gangguan seksual akan menjejaskan masa depan penuntut dan imej pendidik pada jangka waktu panjang. Saya amat bimbang sekiranya perlakuan negatif ini tidak dibendung , tidak mustahil anak didik yang berada di IPTA/IPTA ini akan rosak akhlaknya dan akan mengugatkan pertumbuhan modal insan di negara kita . Ianya juga akan memberi kesan kepada kualiti dan produktiviti pelajar-pelajar ini berada alam pekerjaan suatu masa nanti.

Mungkin tidak banyak kes yang berlaku .Atau mungkin banyak berlaku , cuma tiada laporan atau aduan dibuat . Maka , ramai yang menganggap bahawa gangguan seksual adalah masalah kecil dan remeh . Ianya tidak perlu difikirkan dan tidak perlu diadakan langkah-langkah pencegahan daripada sekarang . Walaubagaimanapun , saya berpendapat bahawa " mencegah adalah lebih baik daripada merawat " . Pencegahan memerlukan suatu tindakan holistik dan menyeluruh daripada semua pihak . Jangan " dah tergantuk , baru nak tergadah " . Masa itu tiada gunanya menyesali diri dan menyalahkan pihak itu dan pihak ini .

Oleh yang demikian, untuk mengatasi gangguan seksual, pusat pengajian tinggi harus
mengadakan kempen kesedaran terhadap gangguan seksual melalui seminar, pameran, edaran, forum dan sepertinya.

Selain dari itu pendidikan tinggi juga harus mengadakan khidmat kaunseling sebagai saluran untuk penuntut yang manjadi mangsa gangguan seksual. Antara strateginya ialah dengan melaksanakan program-program kaunseling di kolej atau pusat-pusat pengajian tinggi dan menyediakan perkhidmatan pelajar yang mempunyai kaunselor yang profesional berkhidmat kepada pelajar-pelajar yang setaraf dengan kolej tetapi di luar bilik kelas mereka.

Perkhidmatan kaunseling yang diberikan harus dapat membantu pelajar memahami isu gangguan seksual dan bagaimana untuk mengendalikan permasalahan gangguan seksual yang berlaku ke atas diri mereka serta pengetahuan untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa gangguan seksual.




\+

No comments:

Post a Comment