Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 24 December 2008

sms : Bergaduh Dengan Suami . Jatuh Talak Atau Tidak ?

Saya terima sms ini pada 24/12/2008 yang berbunyi begini :
Salam Ustz.Saya nak minta pendapat boleh ? Saya ada bertengkar dengan husband . Husband saya kata pada saya " kalau awak boleh hidup yang lebih baik & mmg bertekad , abang boleh lepaskan bila keadaan semakin buruk. Time tak de anak ni mudah sikt.apapun jika awak tekad awak boleh mohon kat mahkamah.buat cara baik.jangan ungkit benda yg lepas... " Jatuh talak tak ? - M******** DIN G 21 PNC.

1 comment:

  1. Wassalam . Bercerai atau talak merupakan jalan terakhir untuk membubarkan sesebuah perkahwinan .Dalam Islam . ianya dikira sebagai perkara halal tetapi dibenci oleh Allah swt.Rasulullah saw pernah bersabda , yang bermaksud " Perkara halal yang dibenci oleh Allah itu ialah talak ( penceraian ).Namun begitu , saya yakin terdapat banyak cara dan ikhtiar untuk menyelamatkan rumahtangga daripada dibubarkan .Itupun masih tertakluk dengan Qada' dan Takdir Allah swt.
    Merujuk kepada sms saudari , saya dapat memahami bahawa saudari sedang keliru.Apakah perkataan atau ayat yang digunakan oleh suami saudari itu akan menyebabkan berlaku penceraian atau tidak. Saya berpendapat TIDAK JATUH TALAK atau dengan perkataan lain tidak jatuh cerai.
    Namun begitu , saya menasihatkan agar saudari berjumpa dengan Pegawai Psikologi atau Kaunselor yang anda percayai untuk berbincang dengan lebih lanjut bagi mengelak berlaku keadaan yang lebih buruk dalam rumahtangga saudari.Wallahu a'lam.

    ReplyDelete