tag:blogger.com,1999:blog-8742979826541550010.post1204515557443070357..comments2024-01-28T23:34:30.757+08:00Comments on .: sms : Bergaduh Dengan Suami . Jatuh Talak Atau Tidak ?ROSMIN ADAMhttp://www.blogger.com/profile/13542476753526366658noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-8742979826541550010.post-6430391776123895612008-12-24T22:23:00.000+08:002008-12-24T22:23:00.000+08:00Wassalam . Bercerai atau talak merupakan jalan ter...Wassalam . Bercerai atau talak merupakan jalan terakhir untuk membubarkan sesebuah perkahwinan .Dalam Islam . ianya dikira sebagai perkara halal tetapi dibenci oleh Allah swt.Rasulullah saw pernah bersabda , yang bermaksud " Perkara halal yang dibenci oleh Allah itu ialah talak ( penceraian ).Namun begitu , saya yakin terdapat banyak cara dan ikhtiar untuk menyelamatkan rumahtangga daripada dibubarkan .Itupun masih tertakluk dengan Qada' dan Takdir Allah swt.<BR/>Merujuk kepada sms saudari , saya dapat memahami bahawa saudari sedang keliru.Apakah perkataan atau ayat yang digunakan oleh suami saudari itu akan menyebabkan berlaku penceraian atau tidak. Saya berpendapat TIDAK JATUH TALAK atau dengan perkataan lain tidak jatuh cerai.<BR/>Namun begitu , saya menasihatkan agar saudari berjumpa dengan Pegawai Psikologi atau Kaunselor yang anda percayai untuk berbincang dengan lebih lanjut bagi mengelak berlaku keadaan yang lebih buruk dalam rumahtangga saudari.Wallahu a'lam.Anonymousnoreply@blogger.com