Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Tuesday 23 December 2008

Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya ( Siri 1 )

Apabila menyebut tentang Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) kedapatan warga KPJIC yang terkeliru. PRS ini untuk staff atau pelajar ? Untuk orang beragama Islam sahaja atau sesiapa sahaja tanpa mengira agama ? Perempuan sahaja , atau lelaki sahaja ? ..... dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin timbul.

Sebenarnya ... apabila menyebut mengenai persatuan pembimbing ini , berbagai-bagai nama boleh diberikan . Tidak semestinya Pembimbing Rakan Sebaya sahaja. Perkataan lain yang boleh digunakan termasuk Pembimbing Rakan Siswa/Siswi , Unit Rakan Siswa , Pembimbing Rakan Sekerja dan berbagai-bagai lagi . Buat masa ini biarlah saya war-warkan dengan Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) supaya lebih mudah difahami dan dihayati.Sekiranya ada cadangan nama lain , cadangan itu akan dipertimbangkan sesuai dengan keadaan semasa dan tahap pelajar-pelajar KPJIC.

Apa yang saya maksudkan daripada cadangan awal PRS di KPJIC hanyalah melibatkan para pelajar sahaja. Tidak melibatkan staff secara umum .Ianya boleh terdiri daripada berbagai agama dan bangsa yang terdapat di KPJIC ini , samada terdiri daripada pelajar lelaki atau perempuan. Penglibatan adalah sukarela , tiada paksaan . Cuma pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling akan memohon kepada pihak kolej agar setiap group mencadangkan 2 nama pelajar yang berkelayakan untuk mewakili group dalam persatuan Pembimbing Rakan Sebaya ini.

Secara ringkasnya , di sini saya ingin memberikan sedikit penerangan mengenai PRS ini .

Pengenalan
Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi.Ia berfungsi sebagai rakan pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya , terutamanya kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

Perkhidmatan PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama , bangsa , jantina , kedudukan perlakuan dan fizikal.

Falsafah PRS
‘ Bantu diri supaya berupaya membantu orang lain "
( Help Your Self to Helps Others )

Visi PRS
Sistem pengurusan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti

Misi PRS
Membentuk dan melahirkan insane yang cemerlang dari segi Jasmani , Emosi ,Rohani dan Inteletual ( JERI ) dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

Matlamat PRS
1. Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di antara pelajar.
2. Membina pelajar yang yakin diri dan nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan .
3. Memupuk potensi atau bakat kepimpinan dan menjadikan individu yang peka , bertimbangrasa , rela , taat , menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4. Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain , PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

Peranan PRS
1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
2. Sebagai khidmat sokongan , PRS membantu menggerakkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di KPJIC.
3. Salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan rujukan .
4. Sebagai penghubung kepada khidmat Bimbingan dan Kaunseling seperti membuat rujukan ( jika perlu ).
5. Sebagai role-model kepada pelajar lain.
6. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka , yakin , percaya diri sendiri , berasa selesa dan BEREMPATI.
7. Menerima rakan secara terbuka TANPA SYARAT.
8. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
9. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
10. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa / normal.
11. Menjalnkan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri .
12. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami BATASAN DIRI untuk membantu.

Etika PRS
1. Amanah dan menyimpan RAHSIA.
2. Tahu batasan dan keupayaan diri.
3. Menerima dan menghormati rakan lain.
4. Mematuhi peraturan kolej dan norma masyarakat dan agama.
5. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari berbagai aspek.
6. Merujuk kes rumit kepada Kaunselor.
7. Melaporkan kepada Kaunselor tentang kes yang boleh merosakkan diri dan orang lain.


3 comments:

  1. Assalamulaikm Ustat ,
    Saya nak jadi PRS . Macamane cara nak masuk ?

    ReplyDelete
  2. Wassalam SyamFO. Terimakasih kerana berminat menyertai PRS. Untuk menjadi ahli , saudara perlu berjumpa saya di ofis untuk isi borang PRS . Selepas isi borang saudara akan diinterview secara ringkas .
    Kemudian saudara akan diwajibkan mengikuti bengkel PRS sehari yang berkaitan dengan psikologi , asas kaunseling , teknik komunikasi dan lain-lain lagi.
    Selepas itu nanti , barulah saudara akan mendapat sijil tauliah sebagai ahli PRS .

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum ustaz,boleh ke kalau saya nak keluar Dari PRS?

    ReplyDelete