Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Monday 22 December 2008

sms : Apa makna doa ini " Allahumma inni ..... "

Saya terima sms ini pada 22 Disember 2008 , yang berbunyi begini :
Assalamualaikum ustaz . Saya H**** group 24 . nak tanya makna doa ini . " Bismillahhirramanirrahim. Allah humma inni as aluqa tahhdiy bihal qalbi watajmu bihal syamli watatdhubihal fitnati " Ini doa Nabi Muhammad s.a.w. Kirim pd 5 teman , insyaallah 2 hari kmdian , anda akn mndgr khabar baik dgn mndpt kbhgiaan . Tp jika anda tidak menyebarkannya , maka anda akn mndpt musibah besar , DEMI ALLAH .

3 comments:

  1. Wassalam. Terdapat beberapa persoalan bagi saya mengenai doa ini.
    Pertama : Tulisan doa dalam abjad Roman . Tulisan ini agak mengelirukan apabila ditulis dalam abjad Roman kerana ia berbeza dari tulisan Arab.Saya dapati tulisan itu banyak kesilapan dari segi perkataan dan nahunya.Kemungkinan juga terdapat perkataan yang tertinggal dalam doa itu.Contoh : gantinama Biha adalah tergantung , tidak ada makna baginya .Bagi saya , tulisan dalam B.Arab adalah lebih baik dan lebih jelas , malah lebih mudah untuk diberi makna . Saya mengalami kesukaran untuk memberikan makna berdasarkan tulisan yang saudari kirimkan . Namun begitu saya cuba untuk memberi makna seperti berikut " Ya Allah Ya Tuhan Kami , berilah hidayah dengannya akan hati ini . Dan pancarkanlah dengan akan kesempurnaan ini . Dan terangilah dengannya akan fitnah ini ".
    Kedua : Setakat ini saya mendapati doa ini tidak maksur ( bukan datang ) daripada doa Rasulullah s.a.w . Kebanyakan doa Rasulullah s.a.w ditulis dalam kitab-kitab muktabar dan ada dihimpunkan dalam Al-Makthurat.
    Ketiga : Terdapat unsur ugutan dalam pengamalan doa ini. Rasulullah s.a.w tidak pernah memaksa dan mengugut mana-mana umat mengamalkan doa yang pernah beliau amalkan semasa hayatnya.
    Saya berpendapat doa ini mempunyai beberapa keraguan .Lebih baik ditinggalkan dan saudari mengamalkan doa yang lebih jelas dan sahih samada daripada Al-Quran , Hadis , Para Ulama' atau doa buatan sendiri yang lebih difahami maknanya dan tiada keraguan baginya . Wallahu alam.

    ReplyDelete
  2. saya pun ada dapat doa mcm ne... baru lah saya tahu.ini doa palsu & ugut orang! Temaksih Uztaz... for ur penjelasan Uztaz yang mantap.

    ReplyDelete
  3. time kaseh ustaz...sy pom da phm n jelas dah pasal ni..
    dl pom sy musykil gak..

    ReplyDelete