Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Monday 22 December 2008

Pelajar Baru KPJIC Boleh Mohon Duit Zakat ?

Dalam subjek LAN 1004 Pengajian Islam terdapat tajuk penting yang diperbincangkan iaitu Konsep Ekonomi & Kewangan Islam. Saya akan bertanya kepada pelajar mengenai wang zakat dan cara pengagihannya. Apa yang mengejutkan , ramai pelajar tidak mengetahui PELAJAR juga adalah termasuk dalam kategori penerima zakat. Boleh saya katakan , hampir 90% pelajar baru KPJIC tidak mengetahui seorang pelajar boleh menerima zakat .

Mengapa boleh berlaku seperti ini ? Mungkin pelajar tidak faham mengenai zakat ? Mungkin tidak merujuk kepada Kaunselor ? Mungkin Kaunselor sendiri tidak faham ? Mungkin pihak sekolah / kolej tidak mempunyai maklumat permohonan ini ? Mungkin pelajar buat “bodoh sombong“ , tidak mahu bertanya pada orang lain seperti guru , pensyarah , kaunselor , Hal Ehwal Pelajar dan sebagainya ?

Dalam Islam terdapat 8 asnaf yang layak menerima zakat.Antaranya ialah Fi Sabilillah . Apa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah itu ? Maksudnya ialah orang yang berjuang di jalan Allah swt. Orang yang berjuang di jalan Allah swt adalah termasuk orang yang menuntut ilmu , membina masjid / surau atau belajar di sekolah , institusi pendidikan di dalam atau di luar negara. Pelajar KPJIC adalah merupakan pelajar yang menuntut ilmu dalam institusi pendidikan dalam negara .

Siapakah pelajar yang layak memohon ?
1. Mestilah beragama Islam .
2. Telah mendapat Surat Tawaran daripada mana-mana institusi pendidikan

Di manakah permohonan dibuat ?
Di mana-mana Majlis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri di mana pelajar itu bermastautin atau ibubapanya bermastautin.

Bagaimana ingin memohon duit zakat itu ?
1. Pelajar perlulah membuat surat rasmi atau mengisi borang permohonan yang disediakan oleh Majlis atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam.
2. Melampirkan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan.

Berapakah jumlah yang diperolehi ?
Tidak dapat dipastikan . Bergantung kepada dana yang sediakan.Biasanya antara RM 1,000 – RM 3,000. Hanya dapat sekali dalam seumur hidup.Jumlahnya adalah berbeza antara satu Majlis atau Jabatan Hal Islam Negeri.

Perlukah duit zakat dibayar semula ?
Duit zakat tidak sama seperti duit pinjaman atau loan. Duit zakat tidak perlu diganti semula.Duit zakat seperti “ duit hangus”.

Apakah setiap permohonan mesti dapat ?
Tidak dapat dipastikan . Ini adalah kerana setiap Majlis atau Jabatan Hal Agama Islam Negeri mempunyai prosedur atau syarat-syarat tambahan yang lain untuk melayakkan sesorang pelajar itu layak mendapat duit zakat yang disediakan seperti pendapatan ibubapa , pengiktirafan kerajaan Institusi Pendidikan , taraf permastautinan dan sebagainya. Namun begitu , beberapa orang pelajar KPJIC sebelum ini telah bermohon dan telah berjaya mendapatkan duit zakat itu.

Oleh itu , sebagai kaunselor saya mencadangkan kepada pelajar baru dan juga kepada lama KPJIC ( terutamanya yang menghadapi masalah kewangan ) untuk mencuba memohon mendapatkan duit zakat itu . Berjaya atau tidak , itu tidak penting . Yang penting anda telah mencuba . Semoga Berjaya !!!!!

No comments:

Post a Comment