Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 10 December 2008

Ayuh ! Selamatkan Kewangan Wanita ..

Perancangan Kewangan adalah merupakan ilmu yang penting untuk dipelajari. Tanpa ilmu perancangan kewangan , kehidupan boleh rosak dan musnah. Ada orang miskin bertambah miskin . Orang kaya jatuh miskin . Orang banyak harta jadi bankrap dan macam-macam lagi kerana kesilapan dalam perancangan kewangan. Ramai orang berkata “wang bukanlah segala-galanya” . Kenyataan itu ada kebenarannya tetapi sebenarnya pada hari ini “ segala-galanya perlukan wang “ . Wang diperlukan untuk makan , minum , membeli buku , belajar , membeli alat ibadah , membeli rumah , membeli kereta , membayar bil hospital , hutang piutang dan sebagainya.

Berdasarkan sejarah, lelaki merupakan perencana kewangan utama dan dalam kebanyakan situasi juga pembuat keputusan tentang strategi kewangan keluarga. Produk-produk kewangan pula biasanya direka bentuk dengan menggunakan maklum balas daripada situasi lelaki. Contohnya produk insurans hayat atau takaful (yang bertujuan untuk menggantikan pendapatan pencari nafkah sekiranya dia meninggal dunia) semenjak 100 tahun lepas adalah "biased" terhadap lelaki. Akan tetapi pada masa kini pendapatan yang diperoleh oleh isteri akan juga menjadi punca utama untuk menentukan perbelanjaan isi rumah. Maka kini adalah penting bagi wanita untuk mempunyai perlindungan yang secukupnya bagi melindungi diri mereka dan keluarga samada ianya seorang pelajar , surirumah atau seorang pekerja.

Wanita menghadapi banyak kenyataan asas hidup yang sangat berbeza berbanding apa yang dihadapi oleh lelaki. Pertimbangkan statistik di bawah :
Purata jangka hayat wanita adalah 4 hingga 5 tahun lebih lama dari lelaki. Secara purata mereka akan menghabiskan akhir 1/3 dari hayat dengan tidak berkahwin, tetapi bujang; sama ada menjadi janda ataupun bercerai.

- Hampir 85 peratus orang tua adalah wanita. 80 peratus penghuni rumah kebajikan / penjagaan adalah wanita 60 peratus wanita tidak mempunyai pencen.

- Wanita masih lagi memperoleh penda¬patan 20 peratus hingga 40 peratus kurang dari lelaki walaupun mempunyai taraf pekerjaan yang sama.

- Di antara wanita berumur 35 hingga 55 tahun, kira-kira 1/3 dan 2/3 akan men¬jadi miskin ketika mencapai umur 70 tahun.

Untuk setiap tahun yang diperuntukkan oleh wanita untuk menjaga anak, mereka mesti bekerja 5 tahun tambahan untuk mendapatkan balik pendapatan yang hilang, pencen yang kecil dan kenaikan pangkat kerjaya.
- Di dalam satu kajian, 18 peratus wanita tidak menyimpan untuk persaraan.
- 20 peratus dari wanita tidak pernah berkahwin.

Berikut beberapa situasi dan fakta tam¬bahan untuk menaikkan lagi semangat anda:

1) WANITA BUJANG
Sama ada anda bujang - tidak pernah berkahwin atau cerai tanpa anak. Keperluan anda adalah lebih daripada wanita yang berkahwin. Ini adalah kerana sebagai seorang bujang anda bertanggungjawab ke atas segala masalah.Anda mungkin ada pinjaman, perbe-lanjaan, menanggung orang tua serta adik beradik dan Iain-lain. Semua kewajipan ini tidak mungkin boleh diserahkan sepenuhnya kepada ibu bapa atau orang yang tersayang. Dengan perancangan kewangan yang bijak anda boleh melindungi jaminan masa depan anda bila meningkat tua. Dan sekiranya anda berkahwin, ia akan "melindungi" suami dan juga mungkin anak. Jika anda memilih untuk terus membujang program kewangan anda boleh bertindak untuk menjaga persaraan anda.

2) BERKAHWIN - DUA SUMBER PENDAPATAN KELUARGA
61 peratus wanita yang berkahwin membawa pulang gaji. Suami dan isteri adalah pasangan ekonomi bersama. Hari ini pendapatan keluarga bergantung kepada kedua-dua pendapatan, suami dan isteri. Untuk kehidupan yang ideal, pengetahuan kewangan yang mencukupi akan menghi-langkan ketidakpastian dan membantu menjamin keselamatan kewangan keluarga anda.

3) BERKAHWIN - SURI RUMAH SEPENUH MASA
Bagaimanakah suami dan anak-anak akan diurus tanpa anda? Dua daripada 5 orang sepenuh masa. Ini adalah mengenai perkongsian yang memerlukan usaha sama di antara dua orang untuk membentuk fungsi rumahtangga. Perkhidmatan anda adalah amat bernilai.

4) JANDA/BERCERAI –MERUPAKAN KETUA RUMAH TANGGA
Pada hakikatnya anda mempunyai tanggungjawab kewangan kepada keluarga anda. Sebagai ibu tunggal, andalah satu-satunys pencari nafkah, bertanggungjawab untuk menanggung dan menjaga anak-anak.

5) PERSARAAN
Fakta mengenai wanita yang hidup lebih lama dari lelaki telah memberi implikasi terhadap perancangan kewangan seorang wanita. Oleh kerana fakta ini, seorang wanita sudah pasti memerlukan wang yang lebih banyak berbanding lelaki untuk persaraan.

6) RAWATAN PENYAKIT
Apa pun juga bentuk penyakit (terutamanya kanser) yang mengganggu wanita seluruh dunia setiap tahun, fakta yang penting ialah pengetahuan merupakan senjata yang paling kuat untuk melawan merebaknya penyakit tersebut. Biasanya wanita tidak mengambil tahu tentang pencegahan, di mana pemeriksaan yang kerap dan menge-saninya lebih awal, adalah lebih baik dari mengubatinya. Contohnya apabila kanser dapat dikesan lebih awal, peluang untuk mengawalnya dan mengubati pesakit adalah lebih cerah berbanding jika ia lambat dikesan.

Kesimpulannya, keperluan wanita terhadap perencanaan kewangan tidak diberi perhatian yang secukupnya sebelum ini. Kesannya: kemungkinan terdedahnya kepada risiko kewangan yang amat serius serta boleh membawa kesan sampingan kepada berjuta-juta suami, kanak-kanak dan Iain-lain tanggungannya.

Jadi ayuh, bangun dan bantulah perjuangan wanita dalam membentuk dan melindungi masa hadapan mereka dan keluarga mereka. Mulakan dengan membaca artikel-artikel kewangan, pratikkan pengetahuan anda dan sebarkan pengetahuan baru anda kepada sahabat-sahabat lain. Sebagai tunggak keluarga dan "partner" kepada pasangan anda, secara tidak langsung keadaan eko¬nomi keluarga akan menjadi lebih kukuh dan stabil. Dan kesannya - keluarga akan menjadi lebih bahagia dan ceria. Nantikan edisi berikutnya Bagaimanakah Penyelesaian Kewangan Wanita akan menyusul tak lama lagi – Oleh Rosmin Adam

No comments:

Post a Comment