Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Monday, 15 December 2008

Gambar : Team Building and Motivation Camp Staff KPJIC 2008


Program ini telah dijalankan pada 13-14 Disember 2008 bertempat PD Santuary Resort Port Dickson . Ia telah melibatkan staff KPJIC Nilai dan Johor Bahru yang berjumlah lebih kurang 70 staff yang juga disertai oleh Puan Zarina ( Operation Manager ) dan Puan Shahrina ( Human Resourse Officer ) . Puan Naziah ( CEO ) tidak turut serta dalam program ini.


Peserta telah dipecahkan kepada 2 kumpulan utama . Setiap kumpulan pula telah dipecahkan pula kepada 4 kumpulan kecil , iaitu : Manchester United , Arsenal , Liverpool dan Chelsea.

Objektif program ini , antaranya :
1. Membina sikap berpasukan
2. Meningkatkan hubungan komunikasi , kerjasama dan komitmen yang erat dalam kepimpinan
3. Membina kepercayaan

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program ini , termasuk :
1. Ceramah
2. Formasi Kumpulan : Mencipta nama & logo setiap kumpulan
3. Mengenalpasti sikap : Melukis gambar kucing
4. Telematch : Perlawanan polo air antara kumpulan
5. War Game : Antara Polis & Pengganas


Bagi saya , program ini banyak manfaatnya kepada semua staff KPJIC. Sebenarnya ramai staff masih tidak mengenali di antara satu sama lain walau dalam satu pejabat. Apabila tak kenal , macamana nak bekerjasama dan bantu membantu di antara sama lain.Objektifnya mungkin telah jelas , tetapi bagaimana keberkesanannya ??.Apakah motif program ini sampai atau tidak ?? Itu kena tanya peserta yang menyertai program ini & sama-sama boleh kita lihat selepas ini.

Sila berikan komen & pandangan mengenai program ini , mungkin komen & pandangan itu boleh membantu untuk mempertingkatkan pengisian dan keberkesanan program untuk masa akan datang . Moga program seperti ini dapat dijalankan setiap tahun , bukan hanya 5 tahun sekali. Begitu juga dengan Family Day . KPJIC sudah lebih 2 tahun tidak mengadakan program ini.Alangkah baik sekiranya diadakan seperti dulu ...











9 comments:

  1. nak kata capai matlamat...bergantung pada individu lerrrr....tp yg ptg enjoykan diri sendiri...cfu secara jujurnye mmg enjoy katak...hohoho

    ReplyDelete
  2. mmg enjoy la...paling enjoy bila men polo air and war-game. Pengganas di kalahkan dengan teruk sekali oleh pihak polis. Dah mcm perang btol da, riuh sekampung dengan suare staff KPJIC ni...rugi sape yang xde aritu...

    ReplyDelete
  3. ade enjoy ,ada yg tak enjoy.enjoy dpt main,dpt makn.yang tak enjoy ,sbb tak dpt cuti.patut progrm ri ahad dpt cuti ri lain.sape setju cuti.bagilah sokongan kat sini.kalau tak nak cuti , tak pyhlah komen ape-ape.senyap ye lah....

    ReplyDelete
  4. sokonnnnnngggggg....tp leh dpt ke???? kwang...kwanggg...

    ReplyDelete
  5. ahmad ah lin bin abu lullah15 December 2008 at 16:54

    wa setulu kita ganti cuti oooo...wa manyak penat...satu malam tatak bule tido...tapi wa banyak hepi oooo...

    ReplyDelete
  6. saya stuju juga tu...

    ReplyDelete
  7. kepada staff yang tak pegi tu...jgn la nak cakap besar sgt, nak kutuk2 program ni mcm budak2 lah ape lah...yang penting korang2 yang tak pegi tu sume nyer hipokrit. Cakap je besar tapi habuk pon xda...well done to all KPJIC staff yang terlibat...

    ReplyDelete
  8. siapakah yang tak pegi tu ? tolonglah senaraikan .....

    ReplyDelete
  9. mmg aku nak senaraikan nama diaorang kat sini , tp nak tau dulu sape orang yang kutuk , yg kerek yg cakap besar tu ????????????? aku nak tau dulu , sape ????

    ReplyDelete