Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Tuesday 9 December 2008

10 Tips " Sedang Bertengkar "

Dalam pergaulan seharian , pertengkaran atau perselisihan faham selalu berlaku. Ianya berlaku di mana-mana samada dalam rumahtangga , dalam pergaulan dengan rakan sebaya di kolej/sekolah , semasa bercinta , sesama rakan sekerja dan sebagainya. Di KJIC sebagai contoh , memang banyak aduan saya terima berkaitan dengan pertengkaran sesama rakan sekelas dan sebilik di asrama.Ada pelajar yang tidak boleh belajar , lari dari asrama dan berhenti belajar akibat pertengkaran. Saya melihat sesama staff juga di KPJIC sering berlaku pertengkaran sehingga kecoh satu pejabat dan sehingga sampai ke tahap " berhenti kerja ". Inilah penangan akibat bertengkar.Suka atau tidak suka inilah hakikat yang berlaku di tempat kita.

Banyak sebab berlaku pertengkaran , di antaranya :
1. Ingin menunjukan kuasa dan keegoaan
2. Membenarkan sesuatu nilai/prinsip yang dipegang
3. Rasa tidak puashati
4. Stress
5. Marah , dan sebagainya

Terdapat beberapa cara yang baik untuk di amalkan sekiranya "sedang " bertengkaran .
1. Sebagai orang yang dewasa , ketika bertengkar, cuba bertenang dan jangan menjerit seperti kanak-kanak atau bersifat degil.

2. Hendaklah dengar terlebih dahulu dengar apa yang hendak dikatakannya. Sekiranya ada orang lain di situ menjelaskan keadaan, sila dengar dan fahaminya. Jangan melawan cakap orang tersebut, nanti anda melibatkannya pula.

3. Hendaklah bercakap dengan nada suara yang rendah. Jika anda meninggikan suara, dia hanya mendengar pekikan suara anda. Dia atau orang lain yang ada di situ, pasti tidak faham malah tidak ambil peduli kata anda.

4. Hendaklah tumpukan topik atau isu yang berbangkit. Apabila anda bercakap di luar topikyang tidak berkaitan, anda sebenarnya menambahkan masalah. Anda fokus topik yang berkaitan sahaja dan elakkan mengungkit.

5. Hendaklah fikir dulu sebelum cakap. Bak kata orang tua, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata binasa

6. Masa untuk tenangkan hati .Jika perlu , anda pergi ke mana-mana sehari dua dan tenangkan hati . Bagi pelajar , asingkan diri sementara waktu dengan menyibukan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan postif.

7. Cuba fahamkan setiap maksud kata-katanya .Apabila anda dapat memahami maksud katanya , anda dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah .

8. Ingat ! Bertengkar bukan hendak menang, tapi hendak menyelesaikan masalah. Pertengkaran bukannya pertandingan untuk menjadi juara berbahas.

9. Hendaklah alihkan perhatiannya dengan membuat jenaka. Tetapi awas, jenaka yang berpada-pada sahaja.

10. Cuba diam, dengar dan biarkan dia begitu sahaja. Biar dia luahkan apa yang dia rasa dan anda menjadi pendengar yang setia. Pertengkaran pasti tidak menjadi.

Sumber: Mingguan Wanita

1 comment:

  1. mcm mana nak hentikan pergaduhan yg berpanjangan

    ReplyDelete