Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 5 December 2008

Apakah Kebaikan & Keburukan Blog ?

Ramai kawan-kawan saya dan student saya kat KPJIC terperanjat bila mengetahui saya ada blog.Mungkin mereka rasa pelik kerana seorang yang dipanggil Ustaz macam saya boleh create blog dan manage blog. " Hebatnya Ustaz ni ?" Macam tu lah lebih kurang dia orang cakap bila tahu saya ada blog.

Saya sebenarnya bukanlah pandai sangat dan nak buat blog ni juga sebenarnya bukanlah susah sangat . Ikut sahaja arahan kat google atau kat wordpress tu . Dalam 2-3 minit dah siap . Saya pun tak belajar pada sesiapa pun. Buat sendiri dengan bantuan anak kakak ( anak buah ) yang baru sekolah tingkatan 5 dan juga isteri saya di rumah.Cuma nak membentuk dan mencorakkan blog , bagi saya itu yang melambatkan dan meremehkan. Banyak masa digunakan untuk menyiapkannya. Tapi , itu cuma
pada peringkat permulaan sahaja . Lama-lama nanti , semuanya akan menjadi lebih mudah.Cuma sebagai seorang blogger , anda perlu memikirkan apakah tema dan pengisian kepada blog anda nanti.

Apakah semua orang perlu ada blog ? Bagi saya sesiapa sahaja boleh buat blog tak kira samada dia pegawai ,pekerja , pelajar dan sebagainya .Namun begitu , bagi saya orang yang terlibat dengan bidang akademik patut ada blog sendiri , seperti pensyarah supaya boleh menyampaikan ilmu dan maklumat yang ada pada dirinya kepada student atau orang lain. Selain daripada itu , pegawai atasan seperti CEO , Pengetua , Operation Manager , Student Affair Offical dan sebagainya adalah LEBIH WAJAR mempunyai blog sendiri . Hubungan komunikasi dan interaksi dengan customer dan pelajar akan lebih mudah dan lebih efisen. Jika terdapat pandangan , komplen , ketidakpuasan hati , aduan dan sebagainya dapat disalurkan dengan lebih mudah tanpa halangan atau tanpa melalui orang ketiga.

Para pelajar juga patut digalakkan mempunyai blog sendiri .Blog yang mempunyai nilai positif , ilmiah dan membina syakhsiah. Bagi saya adalah lebih baik 'melayan ' blog seperti itu daripada melayan myspace , friendster , facebook , multiply dan sebagainya yang lebih cenderung kepada berkomuniti dan sosial. Namun begitu , saya ucapkan syabas & tahniah kerana telah ada pelajar KPJIC yang telah mempunyai blog sendiri seperti Blog Ikhwan dan Blog Physiotherapy .

Ada pembaca bertanya apa kebaikan dan keburukan blog. Blog berbeza dari website atau mana-mana laman web statik, kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemaskini. Ada beribu blog berbahasa Inggeris di luar sana dikemaskini 3-7 kali dalam sehari.

Perkongsikan maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalik blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video.

Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah:
- Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.
- Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa.
- Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog skin’.
- Tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang pensyarah, atau guru.

Namun, blog mempunyai keburukan tersendiri. Baik atau buruk sesebuah blog sebenarnya bergantung pada orang yang mengendalikan blog tu, macamana orangnya, macamana attitudenya, perangainya dan kawalan emosinya.

Jika baik, maka baiklah blog tu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akan menjadi buruklah blog tersebut di mata masyarakat.

Keburukan blog yang utama adalah:
-Menyampaikan maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah.
-Blog Di gunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan selebriti.
-Menyebarkan SPAM, iaitu maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog.
-Sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar.
- Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang bersangkut-paut

No comments:

Post a Comment