Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 5 December 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2008

Pada hari Isnin 8 Disember 2008 bersamaan 10 Zulhijjah 1429 , perhimpunan mega yang terbesar di dunia akan berlaku . Perhimpunan yang menyatukan seluruh umat Islam dari berbagai negara , bangsa , etnik dan keturunan yang berjumlah melebihi 2 juta orang di Mekah , Arab Saudi. Semuanya mempunyai satu tujuan iaitu memuji dan membesarkan Allah swt. dengan membaca talbiah , berdoa dan bertakbir. Allahu Akbar , Allahu akbar , Walillah il ham.

Bagi yang mampu akan mengadakan korban atau penyembelihan binatang sempena memperingati sejarah besar yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s

Sempena hari yang mulia ini , saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga & pelajar KPJIC serta pembaca blog saya yang beragama Islam. Tolong doakan ibu dan adik perempuan saya yang sedang menunaikan haji sekarang ini selamat menunaikan ibadah haji & umrah dan juga selamat sampai semula ke tanahair.Amin ya rabbal alamin.....

No comments:

Post a Comment