Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Saturday 22 September 2012

Zaidah Diganggu Ahmad, Jin Kawasan Pembinaan ,

Seorang gadis bernama Zaidah ( bukan nama sebenar ) mengadu pada saya rasa badannya dihimpit oleh seseorang sehingga rasa amat berat di bahunya. Zaidah juga  rasa ditolak oleh seseorang sehingga terjatuh. Zaidah rasa sakit sehingga menangis... sedangkan kawan-kawannya yang melihat tidak ada sesiapa pun yang menolaknya. Pelik ! Ada orang himpit.. ada orang tolak tapi tak nampak. Akhirnya Zaidah dibawa oleh rakan-rakannya berjumpa dengan saya.

Selepas buat konsultansi dan diagnosis secara ringkas , saya dapat mengesan ada 2 jenis jin sedang mengganggu gadis ini. Pertamanya, jin saka dan keduanya tidak dapat dipastikan samada jin sihir atau jin penunggu. Setelah diberi minum air rukyah dan scanning jin, nampaknya ada tindakbalas . Ternyata ada jin dalam badan Zaidah. Zaidah kerasukan .. Saya meneruskan bacaan ayat Al-Quran.. dan jin mula kesakitan sehingga bertindak agresif dengan menyepak dan menahan tangan saya ketika saya ingin menyentuh kepalanya. Alhamdulillah.. ada 2 orang kawan Zaidah dapat membantu untuk memegang badannya sambil seorang lagi merakam aksi kerasukan ini  menggunakan handphone.

Saya menggunakan berbagai teknik untuk melemahkan jin ini. Teknik yang gunakan termasuklah teknik bakar, bom dan terbaru saya gunakan teknik belasah guna Knee Pad Kesihatan yang telah dirukyahkan. Alhamdulillah nampak jin ini semakin "terseksa ". Knee Pad Kesihatan ini sebenarnya mujarab untuk sesiapa yang sakit lutut, sendi dan sebagainya . Boleh juga dipakai untuk mengelak dan menakutkan jin. Harganya tidak mahal. Cuma RM 180 sehelai. Nanti saya akan cerita lebih lanjut berkenaan dengan Knee Pad Kesihatan ini yang dibuat menggunakan teknologi Jepun.

Saya dapat berdialog dengan jin ini ... walaupun jin ini kurang bercakap. Jin ini rupanya bertempat tinggal kawasan pembinaan bangunan baru yang berhampiran. Nama jin ini Ahmad dan beragama Islam. Ahmad tidak bersekolah kerana dia tak nak pergi sekolah. Mungkin tak suka agaknya ! Ahmad masuk dalam badan Zaidah untuk menjaganya... kononnya. Saya juga sempat berdakwah kepada Ahmad mengenai Islam dan akhlak Islam.

Akhirnya Ahmad bersetuju untuk keluar dari badan Zaidah . Saya juga menawarkan pada Ahmad untuk berpindah ke Serambi Madinah (sebuah perkampungan jin ). Alhamdulillah.. Ahmad bersetuju. Lantas saya berdoa pada Allah swt agar Ahmad dipermudahkan untuk sampai ke Serambi Madinah. Sebelum keluar saya minta pada Ahmad agar berjanji tidak menganggu Zaidah dan semua manusia yang lain.

Selepas melafaz perjanjian Ahmad menyatakan ingin keluar ... Ahmad ingin keluar melalui ibu jari kaki kanan Zaidah dan saya membenarkan. Saya membantu Ahmad keluar dengan membaca ayat al-Quran. Alhamdulillah.. telah keluar dengan begitu mudah dan terus sampai ke Serambi Madinah. Insyaallah..

Selepas Ahmad keluar , Zaidah sedar sambil terpingga-pingga. Zaidah telah selamat daipada gangguan jin kawasan pembinaan ini.. Namun, saya ingatkan pada Zaidah lagi spesis jin saka yang menganggu Zaidah.. tapi kebetulan pada masa ini jin saka tidak ada dalam badan Zaidah. Saya menasihatkan agar Zaidah menjalani Rawatan Buang Saka dan Pendinding Diri selepas ini.

Saya doakan agar Zaidah sihat dan bebas daripada gangguan jin. Amin...


Catatan Pengalaman ,

Ustaz Rosmin Adam
22 September 2012
Seremban, N.Sembilan.

(Klik Label : Pengalaman Merawat di bawah ini untuk membaca kisah-kisah yang lain )


Tonton himpunan video rawatan SYIFA' AS_SAKINAH di http://www.youtube.com/results?search_query=assakinah1






No comments:

Post a Comment