Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 21 September 2012

Jin Sihir Menganggu Anisah Akhirnya Keluar Selepas DiBelasah Dengan Pad

Saya diberitahu oleh kawan saya ada seorang perempuan , Anisah ( bukan nama sebenar ) telah diganggu jin sihir . Anisah mendapat gangguan sihir sudah lama..sudah bertahun-tahun. Anisah sudah menderita sakit disebabkan sihir ini. Anisah juga telah banyak kali pergi berubat.. dah banyak tempat pergi berubat termasuk di Darussyifa'. Namun, sihir ini masih tidak hilang. Makin lama, makin menyakitkan.

Suatu hari Anisah dibawa berjumpa dengan saya. Selepas membuat diagnosis ringkas , saya dapati memang Anisah diganggu jin sihir. Bukan seekor jin yang menganggu Anisah, tapi banyak. Apa yang menyedihkan saya , saya diberitahu bapa Anisah meninggal dunia akibat terkena sihir. Moga roh ayah Anisah digolongkan bersama roh orang beriman. Amin...

Semasa saya membuat scanning jin , Anisah menunjukkan tindak balas. Ada jin dalam badan Anisah. Jin cuba menghalang rawatan saya. Namun, jin sihir ini tidak begitu agresif . Mungkin dah cedera parah dibelasah oleh perawat-perawat lain sebelum ini. Saya menawarkan pada jin sihir ini supaya keluar dengan baik & jangan menggangu manusia lagi. Nampaknya tawaran ini kurang diberi perhatian oleh jin ini. Saya dapat kesan sihir ini bertempat tingal di bahagian kanan badan Anisah , terutama di bahagian lengan kanan Anisah. Saya menggunakan berbagai teknik termasuk teknik bakar, rejam, sterika , lontar bom berangkai dan terbaru belasah dengan menggunakan Knee Pad Kesihatan . Alhamdulillah ... jin sihir ini kesakitan dan terseksa.

Knee Pad Kesihatan ini adalah merupakan pad yang serbaguna. Ianya mujarab untuk sakit lutut, sendi , sakit-sakit badan dan lain-lain lagi. Berteknologi Jepun.Harganya tidak mahal . Hanya RM 180 sehelai. Boleh digunakan sehingga  3 tahun. Nanti ada masa , saya akan bercerita lagi pasal Knee Pad Kesihatan selepas ini.

Saya hampir hilang punca juga sebenarnya, kerana jin ini tidak mahu keluar dari badan Anisah. Saya telah 3 kali mencuba menyembelih jin ini, tetapi masih gagal. Saya minta rakan-rakan yang ada ketika itu untuk mendapatkan limau nipis atau limau purut. Alhamdulillah.. mereka dapat 2 biji limau nipis. Setelah limau ini dirukyahkan , barulah dapat kesan hot button kawan lemah jin ini. Rupanya di bahagian hujung ibu jari kaki kanan. Saya menghebatkan serangan dibahagian ibu jari ini menyebabkan jin kesakitan amat sangat. Jin ini menyatakan pada saya untuk  keluar. Sebelum keluar saya tanya jin siapa yang hantar masuk dalam badan Anisah. Tapi, jin tak nak bagitau. Saya juga menawarkan jin ini untuk masuk Islam. Jin ini juga menolak Islam. Namun, saya tidak memaksa untuk jin ini masuk Islam.

Dengan izin Allah swt jin ini keluar melalu bahagian kepala. Alhamdulillah... akhirnya Anisah sedar semula. Badan Anisah rasa ringan dan tidak ada sakit-sakit. Namun, masih ada lagi bisa-bisa yang masih ada dalam darah dan melekat dalam badan Anisah. Anisah juga masih dalam bahaya sebenarnya ... kerana ahli sihir biasanya akan menghantar lagi jin-jinnya yang lain untuk menganggu Anisah. Saya juga membuat pembersihan dalaman dan benteng diri untuk Anisah. Saya telah mencadangkan kepada Anisah agar membuat Rawatan Buang Sihir dan Benteng Diri secepat mungkin..

Rawatan gangguan jin sihir mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Saya doakan agar Anisah sihat dan tidak lagi diganggu oleh jin. Amin...

Catatan Pengalaman ,
Ustaz Rosmin Adam
21 September 2012
Seremban, N.Sembilan.




Tonton himpunan video rawatan SYIFA' AS_SAKINAH di http://www.youtube.com/results?search_query=assakinah1


No comments:

Post a Comment