Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda
Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang
yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang
kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas
setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.
Adapun
menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu
menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya
apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith
Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :
Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang
kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana
sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka."
Riwayat Imam Muslim.
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci
orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan
sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang
mentertawakanmu." Hadith riwayat Imam Muslim,
Ahmad dan At-Tirmidzi
Daripada
Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw
yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat
suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan
At-Tirmidzi
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.
Simber: http://halaqah.net
No comments:
Post a Comment