Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 22 September 2010

Mesej Facebook : Boleh Tak Ganti Puasa Dan Puasa Sunat 6 Di Bulan Syawal Sekaligus ?

Saya terima e-mail ini pada 20/9/2010 yang berbunyi begini :
assalamualaikum ustaz..
saya ada kemusykilan ckit mengenai mana yang ptt didahulukan antara pose ganti n pose sunat 6..saya ada dgar banyak pendapat yang buat saya tmbah keliru.sy paham y y wajib ptt didahulukan, tapi bleh x kalu saya dahulukan sunat (pose 6),memndangkan sywal dah masuk minggu ke 2 n ganti saya 7 hari,saya juga akn "bercuti" n mungkin akn mkin masa masa y lame hingga hbs bulan syawal..
tambahan pula kita ada masa setahun untuk ganti pose sedangkan syawal hanya sebulan..n saya kurang suka pose dgan 2 niat (pose ganti n pose 6).rase seperti spt mengambil jaln mdh tok beramal di c2.harap ustaz dapat tolong saya..terima kash.

1 comment:

  1. WASSALAM.Memang betul banyak pendapat mengenai permasalahan ini.Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;
    a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa enam.
    b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
    c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.So,boleh pilih mana satu yang anda rasa nak ikut mana-mana pendapat di atas.Wallahu a'lam.

    ReplyDelete