Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 28 August 2009

Hanzalah - Jenazahnya Di Mandikan Oleh Para Malaikat


Allahyarham Asri Rabbani telah meninggal dunia sejak 2 minggu yang lalu . Namun , namanya tetap subur dan mekar pada saya . Umurnya lebih kurang sama dengan umur saya dan nama gelaran isterinya juga sama seperti nama isteri saya.. Saya dan Asri meminati bidang seni suara dan nasyid. Itulah sedikit persamaan yang ada yang mungkin hanya kebetulan sahaja. Cuma saya tidak berpotensi seperti Allahyarham Asri yang berjiwa besar dan mempunyai bakat yang luarbiasa. Saya boleh menganggap Allahyarham adalah ikon kepada golongan pendakwah dan pemuda Islam di zaman ini.

Jasanya amat besar bagi saya terutamanya dalam dakwah. Beliau banyak berdakwah melalui seni lagu dan seni suara . Memang saya amat meminati lagu-lagunya sejak daripada terlibat dengan Al-Arqam lagi pada suatu masa dahulu.

Bagi saya lagu-lagunya yang disampaikan oleh Allahyarham Asri adalah " hidup " dan mempunyai " ruh " sehingga sampai kepada hati dan perasaan kepada sesiapa yang mendengar dan menghayatinya . Lagu-lagunya telah banyak memberikan kesedaran mengenai Islam , Iman , akhlak , mencintai Rasullah saw , kedamaian , keharmonian dan lain-lain lagi.Tetapi , sehingga setakat ini tiada filem dokumentari di tv sebagai memperingati jasa dan sumbangan Allahyarham Asri dalam dakwah .

Tetapi apa yang saya lihat.. filem dokumentari Allahyarham Yasmin Ahmad sahaja yang banyak kali keluar tv . Boleh katakan tiap-tiap hari filem dokumentari Allahyarham Yasmin ditayangkan di tv. Kalau nak dibandingkan kehebatan Asri dan Yasmin , bagi saya sumbangan Asri lebih hebat dari segi sumbangannya kepada masyarakat dan dakwah Islamiah.Apatah lagi akhlaknya yang baik ..

Hanzalah adalah salah satu tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Asri bersama kumpulannya Rabbani . Mungkin ramai orang tidak mengetahui tentang tajuk lagu ini . Mungkin tidak pernah mendengarnya . Atau pernah mendengarnya tetapi tidak memahaminya . Bagi saya Asri berjaya menghidupkan lagu ini melalui penghayatan dan keikhlasannya menyampaikan lagu ini .Untuk mengenali Hanzalah , cuba baca senikata lagu ini :

HANZALAH

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringailah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tidak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang airmata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga

Bepisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah

Dengan nama Mu Allah yang Maha Gagah
Langkah ku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum Muslilin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Demi Islam ditegakkan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi

Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijab kabulkan
Rela menyahut seruan
Demi islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

Hanzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya

Turunlah Malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke firdausi

Dengarkan lagu Hanzalah di sini.Klik play :


MusicPlaylistRingtones
Music Playlist at MixPod.com


Siapakah Hanzalah ?

Selepas tamatnya peperangan Uhud yang dahsyat , Rasulullah saw telah mengumpulkan para tenteranya yang cedera dan yang mati syahid. Rasulullah saw dan para sahabat yang lain telah melihat seorang mayat yang dalam keadaan basah seperti orang lepas mandi . Lalu Rasulullah saw berjumpa isterinya bertanya tentang apa yang telah dilakukan oleh Hanzalah sebelum pergi berjihad. Isterinya memberitahu Rasulullah saw bahawa beliau baru sahaja berkahwin dengan Hanzalah .

Apabila bangun tidur Hanzalah terdengar gendang di luar rumah memanggil sesiapa yang ingin berjuang di medan Uhud. Lalu Hanzalah menyatakan hasratnya untuk berperang walaupun ketika itu Hanzalah belum sempat lagi mandi junub . Dengan linangan air mata isterinya merelakan pemergian Hanzalah dan meminta doa daripada isterinya . Hanzalah juga berkata ' sekiranya dia mati di medan Uhud nanti , cintanya itu akan disemai di syurga kelak " Subhannallah ! begitulah kata-kata Hanzalah kepada isterinya yang dicintainya itu.

Hanzalah Sahabat Rasulullah saw


Hanzalah merupakan salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal . Namanya ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saja dinikahkan. Oleh karena itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah cara Rasulullah untuk merayakan kebahagiaan sahabat baginda.

Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, beliau mendengar gendang perang dibunyikan begitu kuat sekali. Melalui seorang sahabatnya beliau mendapat berita bahwa tentera Islam mendapat tantangan yang hebat. dan dalam keadaan terlalu genting.

Tanpa membuang waktu lagi Hanzalah lalu memakai pakaian perang lalu mengambil pedang. Dia menuju ke medan tempur tanpa sempat mandi junub.

Maka terjadilah pertempuran hebat sehingga banyak dari pihak Islam yang gugur syahid. Pihak musuh telah menyerang dari belakang. Akhirnya Hanzalah turut menjadi korban dalam keadaan sedang junub.

Maka Rasulullah SAW pun melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana tercantum dalam sabdanya: “Aku melihat diantara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air dari awan di dalam bejana perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah terjadi dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

Subhanallah… itulah hebatnya seorang pejuang Islam yang bernama Hanzalah . Semoga kan muncul lebih ramai lagi pejuang Islam seperti Hanzalah di masa-masa akan datang untuk memelihara dan memperjuangan Islam.Aminn....


1 comment:

  1. Salam ustaz... alhamdulillah.. Sy gembira juga sbb ustaz terpanggil utk keluarkan bacaan dan cerita mengenai ustaz asri.. Sy sgt2 Bersetuju dgn ape yg ustaz katekan.. Kita spttnya menghargai ape yg Tlh beliau lakukan demi islam..

    ReplyDelete