Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 15 July 2009

Matahari Atas Kaabah Jam 5.28 Petang , Khamis 16/7/2009


Ramai lagi umat Islam yang tidak tahu apa yang berlaku pada 16 Julai 2009 nanti . Sebenarnya pada tepat jam 5.28 petang nanti matahari betul-betul berada di atas Kaabah , yang menjadi qiblat umat Islam .

Qiblat merupakan perkataan Arab yang merujuk arah apabila seseorang Muslim solat. Asalnya, mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem (dan dengan itu dikenali sebagai qiblat pertama umat Islam).

Pada tahun 624M, semasa penghijrahan Nabi Muhammad SAW di Madinah, arah Qiblat ditukar ke arah Kaabah Al Musyarrafah di Makkah AL Mukarramah, dan ia kekal sehingga kini.

Firman Allah swt: "Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan shalat), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka'bah), dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Ka'bah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan." ( QS. Al-Baqarah : 149).

Sabda Nabi saw: “ Baitullah ( Ka'bah ) adalah kiblat bagi orang-orang di dalam Masjid Al-Haram dan Masjid Al-Haram adalah kiblat bagi orang-orang yang tinggal di Tanah Haram ( Makkah ) dan Makkah adalah qiblat bagi seluruh penduduk bumi, Timur dan Barat dari umatKu” ( Hadith Riwayat Al-Baihaqi ).

Dalam pada itu, umat Islam sentiasa diingatkan agar dapat menyemak dan mengemaskini arah qiblat mereka dari masa kesemasa. Ini kerana Islam sangat mengambil berat soal ketepatan dan ketelitian selain mengadap ke arah qiblat itu merupakan syarat sah solat seorang Islam. Persoalan: Apakah arah kiblat boleh berubah? Tentu Tidak! Artinya pengukuran sebelumnya memang yang tidak tepat.

Penentuan arah qiblat boleh dilakukan dengan dua cara: 1. Cara Tradisional 2. Cara Moden

CARA TRADISIONAL: Selain melihat atau berpandukan kepada Istiwa (merembang) nya matahari di atas Ka’abah yang berlaku dua kali setahun, menentukan arah qiblat secara tradisional juga boleh dilakukan dengan cara melihat kepada:

a. Arah Buruj Bintang.
Kaedah ini ialah dengan cara menggunakan kedudukan buruj Orion atau buruj Al-Babadour. Pada buruj itu ada tiga bintang berderet iaitu Mintaka, An Nilam dan An Nitak. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet berkenaan ke arah barat.

b. Melihat arah matahari tenggelam.
”.. Pada hari Khamis, 16 Julai esok, jam 5.28 petang, umat Islam di Malaysia boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam,” kata Timbalan Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said.

Apa berlaku pada 16 Julai tersebut?
Pada hari itu kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Makkah yang menjadi kiblat umat Islam.

Semakan arah kiblat bagi tujuan pengemaskinian ini amat penting sekali.
"Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya. Perubahan satu darjah saja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer," nasihat beliau kepada seluruh umat Islam khasnya di Malaysia.



No comments:

Post a Comment