Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 1 July 2009

Jom ! Kita Mengenali Jin & Kaum Kerabatnya


Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

Cara pembiakan Jin.

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

Agama puak-puak Jin.

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

Rupa Bentuk Jin.

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

Wallahu'alam...

12 comments:

  1. wow.... bestnya cete jin ni !!!!
    mula-mula takut nak baca .
    tapi , aku dah ulang 3x baca.
    baru aku tau jin macmne ..

    ReplyDelete
  2. bestlah cerita tentang jin ni...elama ni saya xtahu apa2 pun tentang jin...cuma yg tahu sikit2 je...kalau ada lagi cerita yang menarik,massage la kt cni k...

    ReplyDelete
  3. ada sape2 tak kt sini...jom chat nak tak...??

    ReplyDelete
  4. Ustaz, apa hukum orang yang ada jin islam berdamping dengannya macam cerita Capelos ?

    ReplyDelete
  5. Rosmin Bin Adam20 July 2009 at 21:54

    Salam ... Memang ada pendapat yang mengatakan bahawa manusia boleh berkawan dengan jin . Malah, manusia juga boleh berkahwin dengan jin . Namun begitu , ada pro dan kontra di kalangan ulama' mengenai isu ini kerana manusia dijadikan daripada tanah sedangkan jin daripada api .

    Imam Harb Al-Karmani di dalam kitabnya , Kumpulan Marsalah , meriwayatkan hadis dari Ahmad dan Ishak , hadis berasal dari Az-Zuhri berkata " Rasulullah saw melarang berkahwin dengan jin " .Hadis ini boleh berlaku perkahwinan antara jin dan manusia , tetapi melarang perbuatan itu .

    Mengenai berdamping dengan jin , saya ingin mengemukakan fatwa dan pendapat yang berkaitan dengan perbuatan ini , di antaranya :

    Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:
    Fatwa :


    1. Bersahabat dengan jin untuk tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.

    2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.

    3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.

    4. Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir dan nujum adalah haram.

    Kemudian jawapan Jabatan Mufti Melaka mengenai berkawan dengan jin :

    Assalamualaikum!

    Ustaz,saya di sini ada beberapa soalan:

    1.Apakah hukumnya manusia berkawan dengan jin?
    2.Apakah hukumnya jika seorang bomoh meminta pertolongan dengan jin dalam amalan
    perubatannya?

    Jawapan :
    Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah.

    1. Haram bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin dengan tujuan mendapat pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak walaupun dikatakan dengan jin Islam kerana tidak dapat dipastikan sama ada betul Islam atau tidak. Perbuatan ini juga dikhuatiri boleh menjerumuskan pengamalnya kepada perbuatan syirik (menyekutukan Allah Ta'ala).

    2. Tidak boleh meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga memebawa kepada syirik kerana dibimbangi wujud unsur menafikan kudrat Allah.

    Jadi , saya rasa soalan yang telah dikeutarakan itu sedikit sebanyak telah terjawab dengan pandangan yang saya kemukakan ini . Namun , saya harap kepada pengunjung blog saya ini boleh kiranya menambah atau memberikan pendapat yang lebih baik dan muktabar. Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. fatwa yg ustz bawa tu kurang jelas. sebagai contoh dlm jawapan mufti melaka. jelas dinyatakan,

    Haram bersahabat dengan makhluk ghaib seperti jin dengan tujuan mendapat pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak walaupun dikatakan dengan jin Islam

    ulasan saya, kalau utk mendapat pertolongan dlm PERKARA YANG DITEGAH OLEH SYARAK, bukan sahaja haram bersahabat dgn jin, bersahabat dgn manusia pun haram. Bagaimana pula mendapat pertolongan dlam perkara yang TAK DITEGAH OLEH SYARAK ?

    jawapan masih tak berjawab.

    ReplyDelete
  7. Rosmin Bin Adam21 July 2009 at 22:57

    Soalan masih tidak terjawab? Sebenarnya jika diperhatikan betul-betul pandangan dan fatwa itu , kemusykilan anda telah pun terjawab sebenarnya .

    Berdamping dengan jin untuk tujuan yang ditegah Syara' sepertimana yang disebut di atas adalah tidak dibenarkan dan berdosa . Oleh yang demikian , selain daripada tujuan tersebut berdamping dengan jin adalah dibenarkan . Apatah lagi apabila berkawan itu bertujuan dakwah dan membawa jin tersebut ke arah kebaikan , takwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt. Kedudukannya adalah seperti berkawan dengan manusia .
    Namun begitu , dalam hal ini saya secara peribadi berpendapat adalah lebih wajar agar tidak berdamping dengan jin .Saya melihat kepada beberapa perkara , antaranya ;
    1. Jin adalah makhluk halus yang dijadikan daripada api . Walaupun ada jin yang beriman dan beragama Islam tetapi entiti mereka adalah berbeza daripada manusia . Cara hidup dan budaya jin juga amat berlainan dengan manusia.
    2. Adalah lebih wajar berdamping dan berkawan dengan manusia yang berada di sekeliling kita daripada berkawan dengan jin. Masih ramai lagi saudara kita seagama yang masih kita tidak kenali dan belum terbina ukhuwwah dan kasih sayang sebagai ummat Nabi Muhammad saw. Masih ramai lagi golongan manusia di depan mata kita yang terpesong daripada iman dan cara hidup Islam yang masih tidak didakwah lagi !
    3. Dapat mengelak diri daripada menjadi mangsa tipu daya jin yang jahat dan mengambil kesempatan di atas kealpaan dan kelemahan manusia itu sendiri . Ramai manusia yang menjadi mangsa jin telah sengsara , hidup ketakutan dan menghadapi masalah dalam kehidupan seharian dan sebagainya.

    Terdapat juga manusia meminta pertolongan jin untuk kebaikan , seperti mencari barang hilang , mencari harta karun , mengubati orang sakit dan macam-macam lagi .

    Saya juga berpendapat meminta pertolongan jin dalam perkara seperti itu perlulah dielakkan dan jauhi sama sekali.Biasanya jin akan mengadakan syarat atau perjanjian dalam meminta pertolongan seperti itu .Kita juga perlu mengelak diri daripada meminta bantuan daripada manusia seperti bomoh atau "ghost-buster" yang menggunakan khidmat jin dalam mendapatkan rawatan , pertolongan dan sebagainya.

    Namun , saya boleh menerima sekiranya ada jin yang ingin memberi bantuan secara sukarela dan ikhlas kepada manusia , tanpa ada syarat atau perjanjian apa-apa.Bukannya ... manusia itu yang memanggil dan meminta bantuan jin tersebut walaupun jin Islam .
    Demikianlah pendapat saya . Bagaimana pendapat mengenai persoalan ini ? Sila kemukakan ..

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Datangnya saya ke sini dengan dorongan ingin tahu lebih lanjut perihal jin. Ini kerana saya berhadapan dengan seekor jin yang sangat bijak, dan berilmu yang menetap di dalam badan kawan saya. Telah pelbagai ikhtiar di lakukan termasuklah badan kawan saya telah di pagar walikan (keluasan pagar 1/4 dari masjid Shah Alam ketika itu, namun ia bergantung pada amalan) oleh seorang bersusur jalur keturunan wali. Namun itu semua kuasa dan kehendak Allah.

    Setelah hampir 2 bulan saya bersama dengan kawan saya juga makhluk tersebut (saya tidak nampak dan dengar, melainkan melalui kawan saya yang di rasuk), memang kehidupan mereka tidak jauh berbeza dengan manusia dan banyak saya melihat kekuasaan Allah.

    Saya memohon kepada ustad untuk mendoakan saya berjaya berdiplomasi dengan makhluk tersebut untuk meninggalkan kawan saya.

    ReplyDelete
  9. Uztad..saya ade 1 soalan sahaja..

    1. Apakah maksud sebenar Islam?

    ReplyDelete
  10. Shan: Islam mempunyai maksud yg luas. Secara ringkasnya Islam bermaksud selamat.Menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.Islam bukan sekadar mengajar manusia cara beribadah tetapi Islam merupakan cara hidup manusia keseluruhannya.Islam adalah cara hidup..

    ReplyDelete