Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Tuesday 16 June 2009

Tahukah Anda Simptom-Simptom Selsema Babi atau H1N1 ?


Saya telah mendapat cuti MC selama 2 hari kerana batuk dan selsema.Risau jugak sebab sekarang macam-macam penyakit muncul . Syukurlah cuma sakit biasa saja. Walaupun MC , saya datang juga ke KPJIC untuk menghadiri mesyuarat Counselling Committe buat julung kalinya diadakan. Semasa saya menulis posting ini ( 16/6 / 2009 ) akhbar dan berita telah menyatakan bahawa pengidap H1N1 di Malaysia telah berjumlah 17 orang . Manakala , di dunia secara keseluruhannya berjumlah 120 orang telah mati dan lebih 35,000 orang telah menghidapi penyakit ini .

Apakah anda mengambil kisah fenomena " pembunuh manusia" ini ?Sekiranya anda mengambil kisah , saya kongsikan maklumat ini sebagai persediaan langkah prevention dan tindakan sewajarnya . Moga kita semua selamat dan dijauhkan daripada menerima ancaman ini.


Apakah Selesema Babi?

Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

* Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

* Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

* Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

* Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Jika anda sakit anda perlu:-

* Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;

* Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.





15 comments:

  1. thank you atas info ini. it really helps

    ReplyDelete
  2. kami minta kolej buat pgrm kempen kesedaran ttng H1NI ni cepat.jgn besok , ada yang dah kena baru nak buat kempen!!!!!!!!!!penting ni...............

    ReplyDelete
  3. ape la kpjic nih... name je medical line nya kolej.. tp haprak lebih.. benda camnih x pnh nak amik kisah... ada juga ceramah yg bagus diadakan tp management x pnh nk amik tindakan.. sbg contoh ceramah pasal cinta2 rituh.. still juga ada dok pgg2... mcm org xder agama..

    ReplyDelete
  4. macam nih lah.. if rasa management x ada amik apa2 tindakan untuk kempen H1N1 nih. apa kata kita je yang buat.. kita semua nih kan dalam medical line..if management x nak buat... kita buat.. setakat bising2 macam ketuk tin kosong je dalam blog nih.. sapa yang tahu.. antara kita2 je.. management bukan ada baca pun.. amacam korang? berani sahut cabaran nih?

    ReplyDelete
  5. betul3x .. aku setuju.. apa kata kita ramai2 buat kempen kesedaran H1N1 nih.. betul juga apa yang dikatakan oleh orang diatas.. setakat kita bising2 dalam blog nih.. x ada gunanya sebab management x baca pun kot.. amacam kawan2?

    ReplyDelete
  6. blog ustaz ni popular pe..aku rase management mesti bace sbb dulu kan ada ustaz dipanggil oleh ceo pasal komen2 dlm blog.cube korang bace balik posting ustaz yg lame..korang nak buat pape program pun mestilah melalui management dulu..betol tak kengkawan?kalau depa tak setuju ada brani mau buat ka????

    ReplyDelete
  7. alaaaaaaaaaaa try buat kempen H1N1 gunakan pendekatan karaoke, joget lambak atau tarian bogel. gerenti management luluskan. tgk aje farewell mlm tu, ada yg dah tua bangka pun menari macam tak sedar diri

    ReplyDelete
  8. betul...betul.. betul...betul... betul !
    orang tua patutnya jadi contoh.
    Nasihatkan kami ni as a student.
    Banyakkan ibadat.Ingat Tuhan..he..he

    ReplyDelete
  9. jangan salahkan org tua tu sebab menari. nanti ada pihak kata awak ni bebal sebab salahkan orang yang ternyata buat salah. takkan tak tahu prinsip yg diamalkan di kpjic ? kalau org buat salah ditegur, org yg menegur tu bebal sebab salahkan org yg ternyata salah. org yg tak bebal ialah org yg takbuat salah, kemudian mengaku bersalah. sepatutnya salahkan diri awak semua sebab tak menari malam tu. kalau awak semua menari, tentu org tua tu tak menari hahahaha

    ReplyDelete
  10. gosh.......am i hidap H1N1?? siyes tu la simptom2 yg i alami 3 days ago...n now afraid to go to hospital since i know there is no cure... but i think i'm getting better...

    btw thanks for the info..

    ReplyDelete
  11. Gosh..i hope i am not 1 of da penghidap h1n1..i thnk i ve da smpton jz nw..

    ReplyDelete
  12. tadi aku tengok tv3 dah 4 org org Malaysia dah mati akibat H1N1,pastu lebih 20 sekolah tutup , dah lbih 1000 org dah kena penyakit ni.Ya Allah selamatkan aku ni.jauhkan aku drp penyakit ni..... aku hrp kolej buat kempen kesedaran penyakit ni segera sebelun ada student yg kena & kolej kena tutup...

    ReplyDelete
  13. kesodaran tu baguih... apak suko... stuju bona ngan oghang ateh ni...

    ReplyDelete
  14. Salam wrt..

    Semoga Allah menjauhkan penyakit ini dari kita semua tetambah lagi kepada anak2.... TQ atas nasihat dan penerangan. Lemah rasa bila tahu dah ada anak kecil yang terlibat dalam kes ni.. Ya Allah selamatkanlah kami semua..

    ReplyDelete
  15. Kat sini aku cadang KPJIC wat Saringan H1N1 setiap hari... pada student n staff.Pastikan sama yang demam or tak . Semalam seorang Cikgu sekolah dah mati kena penyakit ni...Bila kolej kita ni nak bertindak ??????????????

    ReplyDelete