Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 15 May 2009

Tahniah ! Tan Sri Muhammad Ali Hashim Ada Blog Sendiri


Masih kedapatan manusia yang berpendapat bahawa blog adalah merupakan alat perhubungan yang tidak berfaedah , sia-sia dan bersifat negatif . Oleh kerana itu , manusia yang berpendapat seperti ini telah mengambil keputusan untuk tidak mahu mengambil tahu atau mengambil bahagian apa-apa yang berkaitan dengan blog . Mereka amat membenci perkataan " blog " !

Namun begitu , saya tetap berpendapat bahawa blog juga mempunyai nilai yang baik dan positif jika kita berfikiran secara terbuka dan sentiasa mengikuti peredaran " global village " pada hari ini . Jika kita menyonsang arus , maka kita akan menjadi seperti " katak dalam cermin " atau seperti " serigala dengan buah epal " . Kita akan ketinggalan zaman atau kita akan terpinggir dengan sendiri dalam masyarakat dunia yang semakin mengecil dan dikeliling segala sumber maklumat yang sekadar berada " di hujung jari " .

Apa itu Blog? blog adalah salah satu laman web yang kebiasaannya dipelihara oleh seseorang individu atau organisasi tertentu untuk memaparkan penulisan, deskripsi, atau satu bahan grafik mahupun video. Selalunya blog mengandungi komentar, berita, perkongsian maklumat serta diari persendirian secara online. Blog juga merupakan kombinasi sesebuah teks, gambar, video, mp3 dan ‘link’ ke satu blog ke blog, laman web lain, dan antara media yang ingin di sampaikan. Format yang paling penting untuk sesebuah blog, pembaca selalunya boleh meninggalkan komen.

Kebanyakan blog dibina oleh seseorang adalah bergantung kepada inspirasi diri sendiri contohnya mereka fokus kepada seni ( art blog), fotografi, (photo blog), sketch blog, blog video, blog mp3, podcasting. Blog juga adalah salah satu media sosial yang berkembang secara meluas pada setiap masa.Micro-blogging merupakan salah satu lagi blog berbentuk ‘post’ pendek. Pada Desember 2007, Technorati iaitu enjin pencarian blog menjumpai lebih 112 juta blog di seluruh dunia.

Saya mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhammad Ali Hashim , CEO JCorp kerana telah membina blog sendiri pada 20 April 2009 yang lalu. Saya yakin banyak maklumat akan Tan Sri kongsikan dengan pembaca di seluruh dunia , di samping menerima pandangan , kritikan dan cadangan daripada pengunjung blog . Tan Sri juga akan dapat berinteraksi dengan klien atau pengunjung secara terus di maya siber , yang akan memberikan satu impak yang besar kepada perjuangan Tan Sri dalam memperjuangkan Bisnes Jihad .

Saya berpendapat usaha Tan Sri sepatutnya menjadi ikutan dan pedoman kepada kepimpinan yang lain samada di KPJ atau KPJIC atau mana-mana organisasi .Di samping berkongsi maklumat dan ilmu , pendekatan " Mesra Pelanggan " dapat diterapkan untuk merealisasikan konsep " Customer is always right " dalam bisnes yang dijalankan . Semoga usaha ini akan dirahmati oleh Allah swt dan akan sampai kepada matlamat dengan penuh kejayaan . Tahniah Tan Sri Muhammad Ali ! Bagi yang berminat , sila layari blog Tan Sri kat http://www.businessjihad.com/




11 comments:

  1. Malangnya orang hebat begini telah meletak jawatan sebagai CEO Johor Corporation dalam tempoh 24 jam akibat 'tekanan' oleh pihak kerajaan Johor(baca UMNO Johor).

    Orang yang telah berjasa mengumpul aset lebih RM18 billion untuk JCorp dibuang seperti sampah. Di antara jasa terbesar beliau adalah menjadikan sebahagian saham syarikat sebagai harta wakaf. Ini bertujuan bagi mengekalkan pegangannya oleh umat Islam ke atas syarikat-syarikat berkenaan. TS Muhammad Ali tidak berminat meminta sebahagian saham menjadi milik peribadinya seperti banyak CEO lain. Dia hanya mahu berusaha menjadikan ekuiti syarikat sebagai hak umat Islam hingga hari kiamat melalui konsep Wakaf Korporat. Mungkin inilah 'dosa' terbesar beliau hingga ditekan sebegitu rupa.

    Episod perletakkan jawatan 24 jam beliau adalah satu malapetaka kepada rakyat Johor khususnya dan umat Islam Malaysia. Amat malang sekali mempunyai pemerintah yang takut kepada orang-orang baik dan jujur bagi mentadbir GLC. Apa yang UMNO Johor mahu sebenarnya???

    Inilah realiti UMNO sekarang. They Just don't care.

    ReplyDelete
  2. ya... undilah PAS...UMNO itu ibarat telur busuk, cantik di luar, busuk di dalam

    ReplyDelete
  3. sudah tiba masanye UMNO Johor dikebumikan pd pihanraya akan datang.masa utk berubah ke Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  4. Jgn byk jihad. Nanti kita yg jahat. Lepas tu kita gak merempat....org kata kita kill bizness org lain. Mcm contoh klinik An Nurr. Krn ada klinik an nur byk org tak pergi klinik swasta biasa. jadi lingkup lah doktor2 kat situ. Bayangkan kalau kita tidak ade mekanisme yg betul, drpd bizness jihad jadi jahat pd sangkaan org lain.

    ReplyDelete
  5. X sangka politik longkang turut berlegar dlm blog ini.... vote DAP for PRU13...

    ps: tarawih mlm ni aku nak doa utk lim kit siang pula... esok utk karpal singh.... lusa utk gobind singh deo..... theresa kok.... dan mlm2 seterusnya...

    ps2: Andai mereka semua dah memeluk islam... PAS bleh dibubarkan.. kita semua jadi ahli DAP .... umno biaqpila sorang2.... mati beragan... :)

    ReplyDelete
  6. habih tu ..kau nak vote MCA & Gerakan for PRU13?? aku nak tengok kau baca doa utk kit siang mlm nieh.memang bengong kau nieh..

    ReplyDelete
  7. anon 10.34... kau pi smayang terawih pun x... aku tggu jugak kau utk doa kit siang sama2.... tapi hang x sampai pun.... hang pi shopping ka.... huhuhu..

    ps: aku cuma undi calon islam.... :)

    ps: melayu longkang je undi mca, gerakan, dap, mic.. bla.. bla.. bla...

    ReplyDelete
  8. hahaaha.. aku setuju.. xkira apa parti, as long as islam.. kalu geng DAP sume islam mcm TGNA,,, aku pn masu DAP

    ReplyDelete
  9. Lepas ni Melayu merempat kat negara sendiri laaa. Yg naik bangsa asing je la. Bodo betoi...

    ReplyDelete
  10. melayu xd makna disisi tuhan.. malaysia ni bkn milik melayu,, tp milik Allah.. so apa peduli ngn bangsa... "" jika kita membantu agama Allah, maka Allah akan memudah kan kehidupan kita"" ~~~ tu janji dr maha pencipta~~~
    **aku budak KPJ***

    ReplyDelete