Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Thursday 26 February 2009

Jururawat Trauma , Teman Lelaki Ugut Sebar Gambar Bogel

KUALA LUMPUR: Risau gambar bogelnya disebarkan teman lelaki, seorang jururawat dibelenggu ketakutan dan trauma selepas diugut dan terpaksa mengikut ‘telunjuk’ serta kehendak teman lelakinya itu.

Malah, mangsa berusia awal 20-an itu terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya itu selama hampir tiga tahun berikutan risau gambarnya dalam keadaan berbogel disebarkan kepada orang ramai.

Difahamkan, gadis yang tinggal di sebuah kondominium di Setapak di sini, berkenalan dengan teman lelakinya itu pada 2006 dan sejak itu, mereka sering keluar bersama.

Menurut sumber, mangsa mendakwa pada awal perkenalan, teman lelakinya itu menunjukkan sikap sopan dan baik terhadap dirinya membuatkan dia tidak mencurigai apa-apa .

“Namun, dia menunjukkan perangai sebenar apabila sering mengamuk di perkarangan asrama mangsa jika gadis itu enggan keluar bersamanya.

“Berikutan kejadian terbabot, mangsa hanya mengikut kehendak teman lelakinya itu kerana takut walaupun dia tidak tahan dengan perangai panas barannya,” katanya kepada di sini, semalam.

Sumber itu berkata, mereka terus berhubungan sehingga pada penghujung 2007, gadis berkenaan dibawa teman lelakinya itu bercuti di sebuah negeri di Pantai Timur.

“Ketika bercuti itu, teman lelakinya memaksa mangsa melakukan hubungan seks dan mangsa hanya menurutinya kerana takut perkara buruk berlaku terhadap dirinya,” katanya.

Katanya, sejak kejadian terbabit, mangsa sering melayan nafsu seks teman lelaki itu di hotel di ibu negara. Malah, lebih malang hubungan seks dan gambar bogelnya dirakam walaupun mangsa enggan.

“Sejak itu, mangsa sering diugut untuk menyebarkan gambar bogel berkenaan jika tidak mahu berjumpa dan menjawab panggilan teman lelakinya itu,” katanya.

Menurutnya, tindakan teman lelakinya itu menyebabkan mangsa mengalami gangguan perasaan dan mengganggu prestasi kerjanya sebelum akhirnya dia nekad membuat laporan di Balai Polis Setapak di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan berhubung ugutan membabitkan pendedahan gambar peribadi mangsa.

“Polis kini menjalankan siasatan berhubung dakwaan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 502 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber :Harian Metro ( 26/2/2009 )

5 comments:

  1. Jururawat itu kena byk bersabar. Biarlah teman lelakinya buat. Jgn pulak dia buat kat org lain pulak.

    ReplyDelete
  2. Boyfren dia baru kena tangkap semalam.

    ReplyDelete
  3. Itu yg dah terkena..... yg belum byk lagi........ tolonglah jgn malukan profesion ni....... kepada yg masih boleh bertaubat..... insaflah.... jgn jadi bodoh..... diperbodohkan oleh lelaki..... obses sgt dgn lelaki.....tapi kalau dah bodoh... nak buat camne.......

    Dengan mak.. bapak.... tak takut.. melawan... dgn tuhan tak takut.... melawan...dgn.. jantan hamjadah... takut pulak..... haii... donia2.... kepada yg mana masih buat suka sama suka tu taubat lah ye... sampai bila kita nak menongkat langit..... sedarlah wahai wanita....... sebagai salah satu ciptaan tuhan yg indah.... jgn letakkan taraf anda ditahap paling hina.....

    ReplyDelete
  4. ni la masalah pompuan skrg..
    bkn semua tp golongn ini lah yg mnjtuhkan martabat wanita..
    nabi adam pun turut sunyi tnpa hawa...jd jelaslah wanita itu tinggi martabatnya..
    namun,harus diingat..wanita jg penghuni teramai neraka dan golongan yg mudah mndapat dosa..
    masalah yg dihadapi jururawt ni bukan baru..
    tp still jgk berlaku..
    lu pikir la sendiri...
    nasihat pun mcm mencurah air kedaun keladi..

    ReplyDelete
  5. Mahkamah Syariyyah sila ambil tindakan pasangan tersebut kerana mereka melakukan persetubuhan haram luar nikah

    ReplyDelete