Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Tuesday 24 February 2009

e-mail : Masalah Perkataan Mecca , Mohd , Bye , Semekom

Saya terima e-mail ini pada 19/2/2009 yang berbunyi begini :

- write 'makkah' but dont write 'mecca' coz 'mecca=house of wine'...

- write 'muhammad' dont write 'mohd' coz 'mohd=dog with a big mouth'...write allah

s.w.t' dun '4jji' coz '4jji' = for judas jesus isa almasih...

- prkataan BYE adlh jarum sulit kristian yg BERMAKSUD dibbwh naungan pope..

- JGN gnekn A'KUM sbb ia BERMAKSUD binatang dlm bhs yahudi..

- SEMEKON plak brmksd celaka kamu..jd GUNAKAN prkataan SALAM as a singktn bg assalammualaikum...tlg foward pd umt islam yg laen..UTK ELAKKN DARI DIRI BUAT DOSA YG XDISENGAJAKN..

- TOLONG SEBARKAN..klu nk beli alquran..yg dicetak edisi bru..hati2..cuz ade yg palsu 1-surah al iman 2-surah al wasaya 3-al tajasud n 4-al muslimoon..JGN sesekali LAYARIhttp://www.thequran.com............................................... coz sume isi laman tu palsu..

saya ni nak tanya ustaz, adakah betul semua maklumat yang saya dapat dari member saya???? boleh ustaz ulaskan....

2 comments:

  1. Kebiasaan hal yang seperti ini wujud bila ada orang yang kononnya terjumpa istilah2 tersebut dalam bahasa lain yang mempunyai maksud yang kurang elok.

    Bagi saya hal yang seperti ini tak perlu kita hiraukan sangat. Kita seharusnya perlu untuk mengambil kira pendifinasian yang difahami oleh masyarakat setempat.

    Istilah2 yang dimaksudkan itu sememangnya telah lama berakar umbi dalam masyarakat. Dan dah pun utuh dalam pemahaman kita, bahawa dalam bahasa yang kita fahami ianya bukan sesuatu yang tidak elok.

    personally sy x nmpak any relation antara word mecca dgn house of wines? ni bhs mane dpt? dlm english tmpt nk wat wine kite pnggl brewery.

    and the word mecca, without the capital means:-

    1. a. A place that is regarded as the center of an activity or interest.
    b. A goal to which adherents of a religious faith or practice fervently aspire.
    2. A place visited by many people: a mecca for tourists.

    mecca definition from free online dictionary: http://www.thefreedictionary.com/mecca
    mecca/makkah from wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Mecca#_note-2

    seingat sy, kita kat m'sia jer kot pendekan perkataan Muhammad jd Mohd, member egypt sy mungkin x pernah tgk name die ditulis as MUHD. cmne lak tibe2 org melayu yg cipta shorthand for muhammad bleh letak meaning dlm bhs english lak. musykil2..

    mosque=mosquitos, ala mmg la hampir2 sama ejaan, tp xde kaitan lgsung. Ni mesti bdak br blaja english tulis nih. habis tu non muslims and Muslims from english speaking country nak pnggl ape? diorg mana la tau arabic language.

    apa-apa perkataan yg b'kaitan nga agama, moleklah ditulis penuh spt juga assalamualaikum bknnya askum @ akum coz ini membawa maksud celakalah kamu.
    so,hati2lah apabila menaip huruf ringkas apatah lagi Pencipta Yang Maha Esa..

    ReplyDelete
  2. Menjaga dan memelihara syiar , lambang dan kedaulatan Islam adalah merupakan kewajipan semua umat Islam . Segala syiar Islam seperti surau , masjid , Al-Quran , Hadis , memberi dan menjawab salam , Mekah , Madinah dan sebagainya adalah merupakan perkara yang perlu dijaga dan diperlihara kesuciannya.Tidak boleh direndahkan , dihina dan dicerca oleh sesiapa pun .

    Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada komenter Anonymous yang telah memberikan pandangan yang cukup bernas sekali mengenai pertanyaan ini. Secara umumnya , saya bersetuju dengan pandangan Anonymous itu.

    Namun , apabila saya mengamati persoalan ini , saya mendapati bahawa perkataan-perkataan yang dimusykilkan itu adalah berkaitan dari aspek bahasa . Maksudnya , berlaku pertembungan bahasa yang menyebabkan timbul kekeliruan dalam memahami dan penafsiran makna perkataan tersebut. Oleh itu , adalah lebih wajar diserahkan terlebih dahulu kepada ahli bahasa atau linguistik untuk menentukan kedudukan dan makna perkataan -perkataan tersebut sebelum sesuatu hukum berkaitan ditentukan .

    Memang tidak dinafikan , bahawa setiap bangsa mempunyai bahasanya yang tersendiri . Setiap bangsa itu juga biasanya berbangga dengan bahasanya itu kerana bahasa melambangkan identiti sesebuah bangsa. Namun begitu , kedapatan ada persamaan dalam menggunakan sesuatu perkataan walaupun berlainan bangsa dan negara tetapi mempunyai makna yang sama . Tetapi ada juga mempunyai makna yang berlainan.

    Perkataan MECCA , MOUSQE , MOHD telah diberikan makna yang tidak baik oleh sesetengah pihak . Maknanya adalah menghina dan menjatuhkan syiar Islam . Timbul persoalan di sini , dalam bahasa apakah perkataan tersebut diterjemahkan ? Bahasa Inggeris? Bahasa Ibrani ? Bahasa Perancis ? dsbnya .. Saya rasa perlu ada kepastian yang tepat mengenainya .

    Selain daripada perkata ini , saya telah memperolehi makna HELLO yang diucapkan oleh ramai orang dari semua bangsa . Perkataan ini biasanya digunakan apabila berjumpa . Ada pendapat menyatakan bahawa perkataan ini tidak boleh digunakan samasekali kerana Hello = Hell Low ( Neraka Rendah ) .Mungkin banyak perkataan lain diertikan dengan berbagai makna dan tafsiran .

    Saya juga telah memperolehi satu copy kenyataan seperti " Surat Berantai " daripada internet mengenai ini perkataan-perkataan ini .Surat itu dinyatakan dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Arab Saudi . Timbulkan persoalan di sini, apakah benar surat itu dikeluarkan oleh instutusi tersebut atau daripada orang tertentu? Sebenarnya surat itu tidak mempunyai letterhead dan tidak dinyatakan bil. tarikh dan tandatangan .Saya rasa , surat ini juga perlu dipastikan kesahihannya.

    Manakala berkaitan dengan Semekom pula , penulisannya memang ternyata tersasar daripada ajaran Islam yang sebenar . Apatah lagi apabila menyebutnya , memang tidak sama sepertimana yang di ajar oleh Rasullah saw. Tidak wajar umat Islam mengubah bentuk tulisan dan ucapannnya kerana mengucap salam itu adalah merupakan syiar yang perlu dijaga ketulinannya . Saya lebih cenderung dengan pendapat yang menyatakan bahawa adalah memadai menulis perkataan SALAM atau WASSALAM untuk menyatakan ucapan salam itu terutamanya melalui sms . Ianya adalah lebih baik daripada menggunakan tulisan ringkas atau tulisan yang menghilangkan kesucian syiar Islam itu .

    Mengenai surah yang dinyatakan itu ; 1-surah al iman 2-surah al wasaya 3-al tajasud n 4-al muslimoon. . Memang ternyata bahawa di dalam Al-Quran tidak mempunyai surah-surah seperti itu . Surah itu adala surah palsu .Orang Islam mestilah menjauhinya dan tidak boleh membeli atau membacanya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete