Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Thursday 19 February 2009

e-mail : Hukum Orang Islam Repair Buah Dada & Kemaluan

Saya terima e-mail ini pada 18/2/2009 yang berbunyi begini :

Assalamualaikm Al-Ustaz ,
Saya ada persoalan yang tengah hangat diperkatakan sekarang kat kolej ni . Apa hukum seorang wanita Islam yang saja-saja buat operation repair breast dan vagina . Kononnya nak bagi menarik dan lebih enak....T kasih.

12 comments:

  1. apalah jenis manusia ni.alat-alat mcm tu pun nak repair juga? tak de barang lain ke repair ? barang kau org tu dah rosak teruk ke ? or dah tak boleh pakai lagi?smpai nak kena repair pulak ?repairlah alat lain such as paip bocor ke.tandas tesumbat ke .apa nak jadi manusia skrg ni !dah tak ingat tuhan dah skrg.

    ReplyDelete
  2. xsilap cfu merubah kejadian Allah tanpa sebab yg diharuskan spt faktor kesihatan adalah haram...xkiralah repair alat sulit or botox ke, membesar or memanjang dsb...hehe...harap ustaz leh bagi detail ttg hukumnya dari pejabat mufti??ini amat ptg kerana ramai umat Islam hari ni jahil ttg perbuatan mereka ni...wallaualam.

    ReplyDelete
  3. Manusia adalah merupakan makhluk Allah swt yang cantik , indah dan sempurna . Di atas kesempurnaan dan keindahan itu , maka manusia dilantik menjadi khalifah Allah swt di atas mukabumi ini . Hal ini dinyatakan dalam Al-Quran : “ Dan telah kami jadikan manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian “ , “ Kami jadikan manusia sebagai khalifah di atas mukabumi “ . Justeru itu , amat wajar manusia itu kita patut mensyukuri dan berterimakasih kasih kepada Allah swt di atas segala pemberiannya itu dengan memperbanyakan ibadah , bertasbih , bertakbir , disamping menggunakan pemberian Allah swt itu kearah mentaati Allah swt.

    Mengenai persoalan yang dikemukan ini , pembedahan baiki pulih hanya diizinkan jika ia dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk memulihkan keadaan kesihatan dan mengembalikan anggota badan kepada bentuknya yang asalnya akibat daripada kemalangan , kebakaran atau penyakit.

    Selain daripada itu, pembedahan yang dilakukan untuk tujuan kecantikan atau kerana nafsu adalah tidak harus dilakukan kerana ia dikira sebagai mengubah ciptaan ALLAH swt
    Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh ALLAH sepertimana firmannya yang bermaksud :
    “Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku). Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.” [Sûrah al-Nisâ’: 118-119]
    Barangsiapa yang terlibat dalam pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan semata-mata juga tergolong dalam celaan sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas`ud r.a. di mana dia mendengar Rasul ALLAH s.a.w. mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH.

    Saya juga ingin mengutarakan beberapa keputusan yang diperolehi daripada Persidangan Akademi Fiqh Islam kali ke 18 di Putrajaya mengenai permasalahan pembedahan membentuk semula dan pembedahan kosmetik dari aspek pandangan hukum syara' . Di antaranya :
    (1) Harus dari segi syara' menjalankan pembedahan kosmetik yang bersifat dharurat dan keperluan yang tujuannya di antaranya ialah:
    a. Mengembalikan bentuk anggota tubuh badan kepada keadaan sebagaimana manusia dijadikan berdasarkan firman Allah Subahanahu wa Ta 'ala yang bermaksud :"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). '' (Surah at-Tin: 4)
    b. Mengembalikan fungsi asal anggota tubuh badan.
    c. Membaik pulih kecacatan semulajadi seperti bibir sumbing, hidung yang terlalu bengkok, tanda kelahiran (yang mencacatkan), jari dan gigi yang lebih dan jari-jari yang melekat (synostosis) apabila kewujudannya membawa kepada kesakitan dan kesan yang mendalam kepada jasmani dan jiwa.
    d. Membaik pulih kecacatan yang mendatang (yangdiperolehi) akibat daripada kebakaran, kemalangan,penyakit dan sebagainya seperti pemindahan kulit (skin transplant) dan penempelannya,mengembalikan rupa bentuk keseluruhan payudarakerana terpaksa dibuang, atau sebahagiannya jikaukurannya yang besar atau kecil membawa kepada penyakit dan penanaman rambut (hair transplant)khusus bagi wanita kerana masalah rambut gugur.
    e. Menghilangkan kehodohan yang mengakibatkan jiwa dan jasmani seseorang itu menderita.
    Tidak harus menjalankan pembedahan kosmetik untuk kecantikan yang tidak termasuk dalam rawatan perubatan dan yang bertujuan mengubah kejadian manusia yang biasa atau normal kerana menurut hawa nafsu dan keinginan untuk meniru orang lain, seperti pembedahan mengubah rupa bentuk muka untuk menonjolkan rupa paras yang tertentu atau untuk tujuan penipuan dan mengelirukan pengadilan, mengubah rupa bentuk hidung, menebal atau menipiskan bibir, mengubah rupa bentuk kedua belah mata dan menggebukan pipi.arus mengurangkan berat badan (menguruskan badan) melalui cara-cara saintifik yang diperakui di antaranya ialah pembedahan (penyedutan lemak) apabila masalah berat badan membawa kepada penyakit dan tidak ada cara lain yang boleh dilakukan selain pembedahan dengan syarat ia bebas dari sebarang kemudaratan.
    (4) Tidak harus menghilangkan kedutan dengan cara pembedahan atau suntikan selama mana kedutan itu bukan penyakit yang syaratnya bebas dari sebarang
    kemudharatan.
    (5) Harus menjahit selaput dara yang koyak yang disebabkan oleh kemalangan atau rogol atau secara paksaan. Manakala menjahit selaput dara yang koyak disebabkan oleh perlakuan lacur tidak harus dari segi syara', demi menutup pintu kerosakan dan penipuan. Dan yang lebih utama pembedahan itu dikendalikan oleh para doktor wanita.
    Doktor pakar hendaklah mematuhi aturan syara' dalam menjalankan tugasnya dan memberi nasihat kepada siapa yang ingin melakukan pembedahan kosmetik .

    Kesimpulannya ; saya bersetuju dengan pendapat bahawa orang Islam yang membuat pembedahan atau repair bahagian anggota badan termasuk payudara dan vagina kerana kecantikan dan mengikut nafsu adalah merupakan perbuatan yang DILAKNAT oleh Allah swt , BERDOSA dan HARAM melakukannya.Orang itu mestilah bertaubat , insaf dan kembali ke jalan Allah swt. Jangan juga berbangga-bangga atau menunjuk-nunjuk dengan perbuatan dosa yang dilakukan itu dihadapan orang lain kerana ia termasuk perbuatan orang FASIK yang dilaknat oleh Allah swt. Wallahu a’lam – ROSMIN ADAM

    ReplyDelete
  4. kitaorng dpt tahu lecturer kolej kita yang buat repair bende tu .betul ke ? sape tahu ?

    ReplyDelete
  5. mesti lect pompuan kan...xkan lect laki plak..kita lihat sape yg kena..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. nape la nk repair2 lg...
    bsyukurl..dgn apa y ada skg..
    btl x ustaz??? =)

    ReplyDelete
  8. apa lak nak di jadikan isu pasal repair nie... bagi aku kalo lecturer tu nk kecik, nk besar, tu masalah dia.. tak nyusah kan sesiapa pun..
    lagi pun.. dia repair tapi tak tayang kat orang.. simpan kat laki dia..
    ni lecuter yang naik honda tu.. datang keje dada dan perut keluar.., duduk lak kain di selak ke peha.. tak lak pulak uztaz nak terbiyah.... huhu.. uztaz and cfu terliur kut kt lectuer yang repair tu.. tu yang jaki semacan jek...

    ReplyDelete
  9. Saya bersetuju dgn Ustaz. Lepas ni kalau dia mati mcm mane ustaz? Adakah dia perlu remove buah dada dia? Jadi kalau sesiapa dpt tahu ada lecturer pompuan mane2 yg mati n kena remove buah dada, jadi nampaknya si Dia lah tu. He he he.

    ReplyDelete
  10. Kemungkinan pembinaan semula payudara (breast reconstruction) patut didendangkan kepada para pesakit sekiranya mereka terpaksa menjalani pembedahan untuk membuangkan keseluruhan ataupun sebahagian besar bahagian payudaranya. Aspek pembinaan semula payudara selalunya dipertimbangkan setelah pelan pembedahan serta rawatan terapi “adjunct” seperti kemoterapi serta radiasi telah dibincangkan.

    Mengambil langkah membina semula payudara pastinya merupakan langkah terbaik serta anugerah kepada mereka yang terpaksa mengorbankan payudara mereka. Ia memulihkan tahap keyakinan, harga diri serta rasa kewanitaan mereka. Tidak syak lagi, ia sebenarnya mengembalikan mereka kepada dunia asal mereka di dalam masa yang lebih singkat.


    Bagaimana berbezanya pembinaan semula payudara dengan pembedahan kosmetik?
    Untuk menjawap soalan ini, eloklah terlebih dahulu kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan bina semula. Pembedahan ini dilakukan untuk membina serta membaik pulih struktur badan seseorang yang tidak sempurna. Ketidak sempurnaan ini mungkin berpunca daripada kecacatan sejak lahir, pembesaran yang tidak normal, kecederaan serta trauma, jangkitan penyakit, ketumbuhan ataupun akibat daripada serangan penyakit.

    Dalam situasi sedemikian, pembedahan bina semula ataupun membaik pulih dilakukan untuk memperbaiki kefungsian organ tersebut, disamping itu ianya turut memberikan tumpuan kepada aspek memulihkan sesebuah organ kepada rupa bentuknya yang lazim. Ataupun sekurang-kurangnya mencuba untuk menyerupai keadaan semulajadi organ tersebut.

    Apabila memperkatakan mengenai pembinaan serta membaik pulih payudara sesudah menjalani rawatan mastektomi, tujuan serta matlamat melakukannya adalah untuk memulihkan rupa bentuk payudara tersebut kepada keadaan semulajadinya ataupun asalnya.

    Pembedahan kosmetik pula bertujuan untuk memperbaiki bentuk struktur badan yang normal untuk meninggikan tahap keyakinan dan harga diri.

    Sesuatu yang harus kita akui ialah bahawa tiada pembedahan yang berupaya untuk menghasilkan satu hasil kesempurnaan. Namun, dengan kepakaran moden serta teknologi mutakhir yang wujud hari ini, apa yang dianggap mustahil sedekad yang lalu mampu dilaksanakan hari ini.

    Walaupun pembedahan pembinaan semula boleh dilakukan sekaligus di dalam satu proses pembedahan, ada juga yang terpaksa melalui beberapa peringkat pembedahan. Ini bergantung kepada teknik pembedahan pembinaan semula yang digunakan.

    Dalam menjalani rawatan membaik pulih ataupun pembinaan semula payudara, ramuan serta unsur yang digunakan adalah daripada kulit serta bahagian lemak seseorang pesakit itu sendiri. Antara bahagian yang lazim digunakan ialah bahagian bawah abdomen, bahagian belakang, tepi peha serta punggung. Namun, kesemua ini bergantung kepada nasihat pakar bedah plastik/pembinaan semula dan juga kemahuan pesakit itu sendiri.

    Sesuatu yang harus diingat ialah pilihan serta kaedah pembinaan semula ini juga bergantung kepada keadaan payudara serta rawatan dan tahap pembedahan yang dilakukan terhadap pesakit tersebut. Malah, para pesakit juga turut mempunyai pilihan serta kaedah pembinaan semula payudara yang lain. Antaranya ialah menggunakan kaedah pewujudan semula yang berasaskan kepada pemindahan tisu, implant payudara serta kaedah “mengembangkan” tisu (tissue expanders). Para pesakit serta wanita yang berhasrat untuk menjalani proses membaik pulih atau pembinaan semula payudara, haruslah terlebih dahulu berbincang dengan pakar bedah plastiknya mengenai pilihan-pilihan pembinaan semula yang wujud serta yang manakah adalah pilihan terbaik buat diri mereka.

    Terdapat satu rawatan mastektomi yang dikenali sebagai skin sparing mastectomy. Apabila menjalani pembinaan semula kaedah ini, hanya bahagian peputing serta tisu payudara sahaja yang buang dan ianya digantikan semula dengan lemak serta otot daripada bahagian punggung ataupun abdomen para pesakit. Adalah dilapurkan bahawa payudara yang dirawat serta dibaik pulih itu akan menonjolkan sifat serta tindak balas yang serupa dengan payudara sendiri asal disebelahnya. Ini termasuklah responnya kepada aspek penuaan serta kehilangan berat badan individu tersebut. Adalah menjadi harapan agar fakta-fakta ini akan mendorong lebih ramai pesakit barah payudara menjalani rawatan mastektomi. Ini adalah kerana, ramai pesakit yang membuat pilihan untuk menjalani rawatan lampektomi yang mungkin ada waktunya bukanlah penyelesaian yang terbaik serta terpilih dalam menangani penyakit tersebut.


    Bilakah Pembinaan Semula Payudara Harus Dilakukan?
    Sebenarnya rawatan pembinaan semula payudara boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Namun, masa yang terbaik untuk merancang rawatan sedemikian adalah sebelum menjalani rawatan mastektomi. Jika mempunyai peluang untuk melakukan kedua-dua rawatan yakni mastektomi serta pembinaan semula dalam lingkup masa yang berhampiran, ianya adalah langkah yang baik kerana ia seberarnya memberikan peluang kepada pengamal perubatan untuk mengendalikan tisu yang masih berfungsi sewaktu menjalankan proses membaik pulih. Malah, kedua-dua pengamal perubatan (pakar bedah payudara dan pakar bedah plastik) akan dapat berbincang serta mengambil langkah tindakan secara teratur sewaktu menjalankan pembedahan.

    Rawatan pemulihan sewaktu menjalankan pembinaan semula mungkin dilengahkan sekiranya tidak mempunyai pakar bedah plastik, masalah logistic, kerana pesakit itu sendiri berubah fikiran untuk melengahkannya ataupun pembedahan mastektomi akan disusuli rawatan radioterapi. Ianya boleh dilengahkan tetapi sebelum membuat keputusan sedemikian, eloklah sekiranya berbincang dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan pandangan serta nasihat yang manakah terbaik untuk diri anda.


    Peringatan and Kesimpulan
    Apabila membuat keputusan untuk menjalankan rawatan membaik pulih payudara, ia tidaklah tertumpu kepada isu penampilan diri. Sebaliknya ia turut memberikan ketenteraman kepada jiwa serta memantapkan tahap keyakinan seseorang individu. Dalam usaha memperolehi tahap pemulihan diri secara mutlak, selain daripada aspek fizikal, emosi juga turut memainkan peranan. Dengan menjalankan rawatan ini, mereka berupaya mengembalikan rasa keyakinan diri seperti waktu sebelum mengalami penyakit tersebut. Selain daripada factor psikologi, ia juga akan memberi wanita pilihan yang lebih luas untuk pakaian. Untuk mereka yang mempunyai saiz payudara yang lebih besar, kehilangan sebelah payudara akan mempengaruhi imbangan badan dan simetri (symmetry).

    ReplyDelete
  11. Ust Hj zaharuddin Abd Rahman
    http://www.zaharuddin.net

    Sebelum saya menjawab persoalan ini, terlebih baik jika saya utarakan bahawa isu Botox telah dibincangkan dan diftawakan oleh Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Muzakarah mereka kali ke-74 bermula pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan kerana ia didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan dan bersifat najis.

    Bagaimanapun, ada pihak yang cuba untuk mempertikaikan keputusan itu dengan mengatakan bahawa bahan yang digunakan untuk menghasilkan botox hanya protein, malah bukan protein daripada binatang yang diharamkan, tetapi mungkin namanya melambangkan seolah-olah ia daripada sesuatu yang kotor.

    Pihak ini juga cuba mendakwa, dari segi kesihatan, penggunaan botox tidak memudaratkan jika ia dilakukan pihak yang bertauliah dan menggunakan teknik suntikan yang betul. Cuma pihak ini tidak menolak kemungkinan ia akan menimbulkan kesan sampingan jika digunakan berlebihan tanpa pemantauan atau diselia pihak bertauliah. Adalah diakui oleh para pakar bahawa Botox digunakan untuk memperbaiki keadaan muka saja supaya pengguna rasa lebih selesa, bukan untuk mengubah menjadi orang lain.



    SEBAB UTAMA BOTOX HARAM

    Bagaimanapun isu utama yang menyebabkan ia menjadi Haram pada pandangan Shariah adalah :-

    a) Unsur najis dan kotoran di dalam bahan BOTOX ; kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat.
    Dalam Islam, terdapat dalil yang menyebut "Tidak boleh mendatangkan mudarat dan tidak boleh pula membalas mudarat"

    b) Pengubahan Ciptaan Allah Tujuan Tambah Kecantikan : Isu mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik. Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada kejadian tubuh manusia normal. Dalil yang mengharamkan pembedahan plastik untuk tujuan selain kesihatan adalah berdasarkan ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:

    "Apa yang mereka sembah selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'

    Ulama tafsir memiliki tiga pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta sebaliknya

    Terdapat juga hadith yang menyebut :

    "Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)

    Tatoo, iaitu memberi tanda pada muka dan kedua tangan dengan warna biru dalam bentuk ukiran. Sebahagian orang-orang Arab, khususnya kaum perempuan, mentatoo sebahagian besar dari tubuhnya. Bahkan dimasa pengikut-pengikut agama membuatnya tatoo dalam bentuk persembahan dan lambang-lambang agama mereka, misalnya orang-orang Kristian melukis salib di tangan dan dada mereka.

    Perbuatan-perbuatan yang buruk menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyiksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusukkan jarum pada badan orang yang ditatoo itu. Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatoo ataupun orang yang minta ditatoo.



    KIKIR GIGI DAN ‘BRACES'

    Dan yang disebut mengikir gigi dalam hadith di atas, iaitu merapikan dan memendekkan gigi. Biasanya dilakukan oleh perempuan. Karena itu Rasulullah melaknat perempuan-perempuan yang mengerjakan perbuatan ini (tukang kikir) dan minta supaya dikikir. Kalau ada laki-laki yang berbuat demikian, maka dia akan lebih berhak mendapat laknat.

    Termasuk diharamkan seperti halnya mengikir gigi, yaitu menjarangkan gigi. Dalam hal ini Rasulullah pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam hadisnya:

    "Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Yang disebut ‘al-Falaj', yaitu meletakkan sesuatu di sela-sela gigi, supaya nampak agak sedikit jarang. Di antara perempuan memang ada yang oleh Allah dicipta demikian, tetapi ada juga yang tidak begitu. Kemudian dia meletakkan sesuatu di sela-sela gigi yang berhimpitan itu, supaya giginya menjadi jarang. Perbuatan ini dianggap mengelabui orang lain dan berlebih-lebihan dalam berhias yang samasekali bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenarnya. Perlu diingat, hal menjarangkan gigi ini adalah ‘trend' Jahiliyah di zaman Jahiliyah dan ia dianggap cantik. Adapun pada hari ini, kebanyakkannya sudah menukar ‘style' mereka kepada merapatkan gigi menggunakan ‘braces' (http://en.wikipedia.org/wiki/Dental_braces) yang yang bertujuan MENCANTIKKAN susunan gigi. Ketika itu, hukum haram yang sama jatuh pada perbuatan merapatkan gigi bagi tujuan kecantikan. Adapun jika ia dilakukan bagi inidivud yang mengalami kemalangan dan bertujuan mengubatnya, ia menjadi harus.

    Dari hadis-hadis yang telah kita sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui tentang hukum pembedahan kecantikan seperti yang terkenal sekarang kerana bagi memnuhi selera nafsu dan syahwat, iaitu kebudayaan Barat yang amat materialististik, sehingga begitu ramai perempuan dan laki-laki yang mengorbankan wangnya beribu-ribu untuk mengubah bentuk hidung, payudara atau yang lain. Semua ini termasuk yang dilaknat Allah dan RasulNya, karena di dalamnya terkandung penyiksaan dan perubahan bentuk ciptaan Allah tanpa ada suatu sebab yang mengharuskan untuk berbuat demikian, melainkan hanya untuk pemborosan dalam hal-hal yang bersifat ‘show' dan lebih mengutamakan pada bentuk, bukan inti, lebih mementingkan jasmani daripada rohani.

    Bagaimanapun Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : "Adapun kalau ternyata orang tersebut mempunyai cacat yang kiranya menjijikkan pandangan, misalnya kerana ada daging tambah yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka ketika itu adalah tidak berdosa orang untuk berubat selagi dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran" (Al-Halal wal Haram Fil Islam )

    c) Unsur Penipuan : Mengandungi unsur penipuan yang diharamkan Islam.
    Selain itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan produk kosmetik botox yang menukarkan wajah yang tua kepada muda.

    Tujuan Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas dari hadith Nabi SAW :

    "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

    Hadith larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam. Hal ini samalah seperti botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki yang kulitnya sudah kelihatan tanda ketuaan, bagi mengekalkan rupa mudanya, maka mereka melakukan botox dan lebih teruk lagi susuk.

    SUSUK & SIHIR

    Adapun pemakaian susuk, ia dianggap lebih berat kerana ia biasanya melibatkan ilmu sihir. Susuk juga dipakai di tempat tertentu seperti muka, badan, malah kemaluan dan jika ada yang mendakwa menggunakan ayat al-Quran, jelas bertentangan dengan Islam. Melihat kepada apa yang didakwa (menggunakan ayat al-Quran), ia sama seperti bomoh melakukan jampi tetapi mendakwa menggunakan ayat al-Quran.

    Tentang pembelajaran ilmu sihir, al-Quran mengatakan:

    "Mereka belajar suatu ilmu yang membahayakan diri mereka sendiri dan tidak bermanfaat buat mereka." (al-Baqarah: 102)

    Rasulullah s.a.w. menilai sihir sebagai salah satu daripada dosa besar yang boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan derajat pelakunya di dunia ini lagi. Justeru itu Nabi bersabda:

    "Jauhilah tujuh perkara besar yang merusak. Para sahabat bertanya: Apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, yaitu: 1) menyekutukan Allah; 2) sihir; 3) membunuh jiwa yang oleh Allah diharamkan kecuali karena hak; 4) makan harta riba; 5) makan harta anak yatim, 6) lari dari peperangan; 7) menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Sebahagian ahli fiqh menganggap, sihir itu bererti kufur, atau membawa kepada kufur. Sementara ada juga yang berpendapat; ahli sihir itu wajib dibunuh demi melindungi masyarakat dari bahaya sihir.

    Al-Quran juga telah mengajar kita supaya kita suka berlindung diri kepada Allah dari kejahatan tukang sihir, yaitu firmanNya:

    "(Dan aku berlindung diri) dari kejahatan tukang meniup simpul." (al-Falaq: 4)

    Peniup simpul salah satu cara dan ciri yang dilakukan ahli-ahli sihir. Dalam salah satu hadis dikatakan:

    "Barangsiapa meniup simpul, maka sungguh ia telah menyihir, dan barangsiapa menyihir maka sungguh dia telah berbuat syirik." (Riwayat Thabarani dengan dua sanad; salah satu rawi-rawinya adalah thiqah)

    Susuk ini ada persamaannya dengan peniup simpul ini, iaitu dijampi susuk itu dan kemudiannya di masukkan ke dalam tubuh.

    Jelas, bahawa pemakaian susuk amat mampu mempengaruhi seseorang itu agar mempercayai adanya kuasa lain selain kuasa Allah. Ini juga telah diharamkan melalui hadith-hadith yang sohih sebagaimana pengharaman kepercayan kepada tangkal dan menggantungnya.

    Pemakai susuk akan mula percaya dan seterusnya bergantung kepada susuk digunakan dalam kehidupan hariannya. Ketika itu, jelas mereka dalam keadaan syirik dan menanggung dosa besar.
    Islam tidak menghalang umatnya kelihatan cantik, malah menggalakkan umatnya menghias diri, namun ia perlu mengikut cara dibenarkan dan tidak membabitkan perbuatan syirik seperti memakai susuk mahupun pembedahan plastik dan botox.

    KESIMPULANNYA

     Botox atau pembedahan plastik yang dibenarkan ialah jika tidak dilakukan akan mendatangkan mudarat kesihatan kepada individu, mengembalikan kecacatan kepada bentuk kejadian manusia normal. Manakala susuk tidak dibenarkan sama sekali.

     Tujuan yang tidak dibenarkan adalah untuk kelihatan lebih cantik dari apa yang dianugerahkan, pembedahan mendatangkan lebih bahaya dan memudaratkan.

     Syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam: memiliki keperluan tidak bercanggah syariat untuk melakukan pembedahan; untuk tujuan kesihatan semata-mata dan tiada niat lain; mesti diakui doktor Islam dan pakar dalam bidang itu; doktor yakin pembedahan boleh berjaya dilakukan tanpa risiko bahaya dan mudarat; mendapat persetujuan pesakit dan wali.

     Peraturan umum kecantikan Islam: tidak mengubah ciptaan Allah; tidak memudaratkan diri seperti kesakitan pada tubuh atau bertambah beban kewangan; tiada unsur penipuan atau untuk membanggakan diri; tidak membazir; tiada unsur najis; tidak menyerupai jantina berlainan; tidak menyerupai orang kafir dan fasik; wanita hanya berhias untuk suami dan mahramnya saja; mengikut syarat pembedahan kosmetik dibenarkan Islam.

    Jika botox itu menggunakan bahan suci sekalipun, ia tetap haram kerana dua ‘illah ( sebab utama) pengharaman masih ada.

    25 Jan 2007

    ReplyDelete
  12. Slm...ustaz... sy ada masalah berkaitan pembedahan buah dada.. sy mmpunyai payudara kecil... sy xperlu pakai bra.dan sy mmg dilahirkn dgn sikap kelakian tp sy xpernah ingin mnjalankn hubungan dgn wanita. Sy x berambut pendek cuma sy rasa sy xperlu ada buah dada sbb sy mls nk jawab dgn mak , mak sdara dan org lain bile mereka bertanya ttg "mmbesarkan buah dada" dengan memakai push up bra dan sbgainya...sy malas penat sakit hati semua ada... sy terfikir kalau buang terus kan senang ada mcm xde...

    ReplyDelete