Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 26 December 2008

sms : Bersetuju Nak Kahwin.Tapi Ibu Teman Lelaki Tidak Suka...

Saya terima sms ini pada 26/12/2008 yang berbunyi begini :
Salam Ustaz . Saya nak tanya , ibu teman lelaki saya tidak suka saya berkahwin dengan anaknya. Tetapi , kalau kami kahwin jugak , adakah teman lelaki saya tu dikira anak derhaka Ustaz. Apa pendapat ustaz ?Saya tak tahu samada nak teruskan atau tidak hubungan saya ni lagi. Saya sedih sangat ustaz . Drpd Enn G 24 PNC

4 comments:

  1. Berkahwin adalah merupakan tuntutan dalam Islam . Keluarga yang diiktiraf sebagai sah hanya terdiri daripada akad perkahwinan yang sah.
    Cita-cita saudari untuk berkahwin sepatutnya disokong dan diberi galakkan.
    Namun begitu , perkahwinan yang bakal didirikan perlulah mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak. Bak kata orang " nak kahwin dengan seseorang itu , perlu "kahwin" dahulu dengan ibubapanya " . Maksudnya , apabila mahu berkahwin dengan seseorang yang bakal menjadi suami atau isteri , sebaiknya hendaklah mempunyai seseorang itu mempunyai hubungan baik , mesra , sayang menyayangi dan berkasih sayang serta percaya memepercayai dengan bakal mertua dan keluarga kedua-dua belah pihak.
    Merujuk kepada sms yang saudari tulis , menunjukan bahawa terdapat unsur-unsur yang menghalang hubungan dan cita-cita saudari untuk berkahwin dengan teman lelaki itu.Matlamat yang murni itu tidak direstui oleh ibu teman lelaki saudari.
    Sekiranya perkahwinan itu diteruskan , saya berpendapat bahawa anak lelaki itu tidak dikira sebagai anak durhaka sekiranya anak lelaki itu mempunyai syarat yang mencukupi untuk berkahwin.Cuma perkahwinan itu tidak mendapat restu ibunya .
    Dalam Islam , mendapat restu ibu bapa perlu diambilkira dan amat diperhatikan . Rasululllah saw pernah bersabda " Redha Allah itu tertakluk kepada keredhaan ibubapanya ".Maksudnya , Allah swt tidak redha sekiranya ibubapanya tidak redha.Sekiranya perkahwinan yang tidak direstui atau tidak diredhai oleh ibubapa , biasanya akan menghadapi banyak masalah , ujian dan dugaan Allah swt sepanjang perkahwinan itu.
    Mungkin terdapat perkara-perkara tertentu yang menyebabkan ibu teman lelaki saudari berpendirian sedemikian .Seorang ibu yang baik dan bertanggungjawab , biasanya akan membuat sesuatu tindakan demi kebaikan anaknya. Saya ingin menasihati saudari supaya pihak saudari melihat dan memikirkan semula sebab musabab mengapa ibu teman lelaki tidak suka saudari menjadi menantunya . Mungkin ada pilihan lain ? Mungkin kurang yakin keserasian saudari boleh bersama dengan anaknya? Mungkin terdapat percakapan atau perbuatan saudari yang menyinggung hati dan perasaannnya ? dan bermacam-macam kemungkinan lagi yang tidak saudari sedari ....
    Oleh itu , saudari perlu bermuhasabah kembali dan memperbetulkan mana-mana kekurangan yang mungkin berlaku kepada diri saudari.
    Sekiranya saudari tidak dijodohkan dengan pilihan saudari itu , saudari tidak perlu kecewa dan berputus asa.Terimalah hakikat takdir daripada Allah swt dengan hati yang terbuka dan penuh keimanan.
    Saya mengharap dan berdoa agar saudari mendapat jodoh yang sesuai dan terbaik untuk saudari..

    ReplyDelete
  2. saya ingin memutuskan hubungan dengan teman saya itu. tetapi sampai hari ni dia masih mencari saya ustaz. saya tak kuat perasaan sebenarnya. bila saya tengok teman saya itu, hati saya akan lembut kembali dan akan terima dia lagi. saya tak tahu sampai bila hubungan kami ini akan bertahan..hanya Allah yang tahu kenapa takdir saya macam nie..

    ReplyDelete
  3. Saudari Enn,
    Daripada tulisan yang saudari tulis ( saya rasa mungkin Enn ), saya dapat merasakan bahawa saudari telah membuat satu keputusan . Saudari mengambil keputusan ingin memutuskan hubungan dengan teman lelaki saudari itu. Cuma saudari masih mempunyai rasa kasihan , lembut hati atau tidak sampai hati untuk untuk menolak perhubungan itu .
    Saudari telah mengambil jalan keluar berhadapan masalah ini dengan memutuskan hubungan ini . Namun , saudari mempunyai kelemahan untuk melaksanakan keputusan yang saudari buat itu . Sebenarnya saudari sedang menghadapi krisis " asertif " dalam diri saudari. Saudari tidak mampu bertegas dalam melaksanakan keputusan saudari itu. Inilah yang menyebabkan saudari sendiri tidak tahu sampai bila perhubungan ini akan bertahan . Apatah saya memang tidak dapat memberikan jawapan yang pasti mengenai tempoh lama perhubungan saudari itu.
    Sekiranya saudari benar-benar ingin memutuskan perhubungan itu sepatutnya saudari perlu ada kesungguhan , ketegasan dan keyakinan dalam diri saudari . Saudari juga patut memberitahu , berbincang atau berterus terang dengan teman lelaki saudari keadaan yang sebenar keputusan yang telah saudari ambil .....

    ReplyDelete
  4. Kalau dah cinta sangat, jgn dengar ckp orang lain. Ikut kata hati. Siapa yang komen pun ibarat mencurah air ke daun keladi. Ikut aje kate hati. Lepas ni kau orang berdua jugak yang nak tanggung. Manatau tiba-tiba bahagia tanpa restu. Teruskan jgn tak teruskan. Kita sendiri yang menentukan bahagia. Bukan ibubapa atau orang lain.

    ReplyDelete