Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Saturday 27 December 2008

Selamat Tahun Baru 1430 Hijrah

Pada hari Isnin 29 Disember 2008 , bermulanya episod baru kehidupan manusia. Tahun baru 1430 Hijrah mengikut kalender Islam dinamakan juga Maal Hijrah atau Awal Muharram kepada umat Islam . Maal Hijrah merupakan sejarah besar penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Kota Mekah ke Madinah yang berlaku pada tahun 622 Masihi yang lalu.

Awal Muharram sekali lagi menyingkap tirai dan mengimbau perjuangan agung Rasulullah s.a.w. menghadapi kebejatan jahiliah dan kemelut permasalahan yang tidak berkesudahan. Ia sekaligus membuka satu lembaran baru dalam sejarah kemerdekaan sejati bagi umat Islam daripada belenggu jahiliah dalam pelbagai aspek kehidupan .

Setelah 1430 tahun lamanya peristiwa hijrah hakiki berlalu, kini umat Islam hidup di dalam pelbagai cubaan dan dugaan yang amat mencabar. Lebih-lebih lagi di saat dunia sedang menghadapi ledakan kemajuan yang tidak berhenti-henti. Paling mencabar, dakwah Islamiah hari ini memasuki era siber serta memerlukan kepakaran di dalam bidang sains komputer dan multimedia yang tinggi. Dunia tanpa sempadan, konsep langit terbuka, kerajaan elektronik, perdagangan elektronik, munculnya penyakit-penyakit yang kronik, budaya-budaya Barat yang semakin banyak didedahkan kepada masyarakat dunia, penerokaan pelbagai jenis disiplin ilmu dan sebagainya, merupakan sebahagian daripada cabaran yang mesti disahut oleh umat Islam hari ini.

Peristiwa Hijrah ini amat besar ertinya kepada orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasulnya. Sewajarnya sebagai hamba Allah , kita semua menjadikan Rasulullah saw sebagai idola dan model dalam segenap aspek kehidupan samada sebagai suami , isteri , anak , pemimpin atau orang yang dipimpin . Tetapi , apa yang kita lihat adalah disebaliknya . Kita boleh mengisytiharkan cuti dan meraikan perayaan Tahun Baru 2009 dan juga mengisytiharkan serta merayakan perayaan/ hari kebesaran agama lain , meraikan kemenangan dalam pertandingan , permainan dan sebagainya. Tetapi kita tidak boleh mengisytiharkan cuti dan tidak merayakan Tahun Baru Islam yang berkait rapat dengan perjuangan Rasulullah saw menegakkan agama Islam yang suci ini . Sedangkan orang lain , secara umumnya semuanya mengisytiharkan cuti pada awal Muharram sebagai menghormati hari kebesaran Islam yang penuh bersejarah ini ; yang diraikan oleh umat Islam seluruh dunia.Mungkinkah ini kesan daripada penjajahan pemikiran Barat terhadap umat Islam ??? Ingatlah , Barat sentiasa berusaha menjauhkan umat Islam daripada penghayatan dan syiar Islam sehingga hari kiamat .

Saya mengucapkan “ Selamat Tahun Hijrah 1430 Hijrah “ untuk semua pembaca blog saya yang beragama Islam .............


No comments:

Post a Comment