KEMAHIRAN MEMBACA
Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca: ....
1. Membaca secara BERHATI-HATI
· Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
· Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
· Elakkan gangguan radio dan televisyen
2. Membaca secara MENYELURUH
· Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
· Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
· Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3. Membaca secara BERULANG-ULANG
· Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
· Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
· Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.
4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA
· Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
· Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
· Udara sekitar mestilah mencukupi
· Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5. Berasa dalam KEADAAN selesa
· Duduk dengan betul
· Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
· Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
6. Baca secara PERPERINGKAT
· Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
· Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
· Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
HOW - WHAT - WHO - WHEN - WHERE - WHICH - WHY
· Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.
8. CATATKAN isi yang dibaca
· Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
· Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
· Pastikan pen,highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
· Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
· Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
· Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
· Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.
Tips-tips selanjutnya akan muncul selepas ini. Pastikan anda sentiasa mengikuti blog saya ini sepanjang masa.Mungkin boleh membantu anda untuk belajar dengan sukses apabila belajar di KPJIC ini. Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment