Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Sunday, 30 November 2008

sms : Solat Guna Minyak Rambut Ada Alkohol

Saya terima sms ini pada 30 November 2008 yang berbunyi begini :
Salam,ustaz sy nak tanya skit.kalau minyak rambut yg kita pakai 2 ada alkohol ,boleh bawa sembahyang x ? Drp *** G31

1 comment:

  1. Wasalam.Penggunaan arak yang mengandungi alkohol tidak menimbulkan keraguan dan persoalan umat Islam kerana telah jelas haram sepertimana yang diterangkan dalam Al-Quran & Hadis Nabi S.A.W. Namun, penggunaan alkohol dalam alat pemakaian seperti minyak wangi , minyak rambut dan pewangian pakaian telah menimbulkan berbagai pandangan yang berbeza daripada para ulamak samada boleh digunakan atau tidak.Namun begitu saya tidak akan mendetailkan perbahasan itu dalam respon saya mengenai masalah ini.Cuma saya dimaklumkan bahawa alkohol dalam alat tersebut bukan hasil dari pembuatan arak tetapi ia dihasilkan dari etil. Etil alkohol atau etanol, proses percantuman atau penyatuan beberapa jenis bahan kimia. Ianya bukan proses penapaian seperti arak.Etil atau etanol ini adalah harus dan boleh dibawa dalam solat.Wallahu a'lam.

    ReplyDelete