Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Thursday 13 November 2008

PNC International College Akan Tukar Ke Nama Baru ?

Saya difahamkan bahawa nama PNC International College of Nursing and Health Sciences akan ditukar kepada nama yang baru tak lama lagi . Penukaran ini adalah berikutan daripada permohonan daripada pihak PNC sendiri & pihak Kementerian Pendidikan Tinggi juga telah memberikan kebenaran untuk menukarkan nama tersebut. Nama baru yang telah diberi kelulusan ialah KPJ INTERNATIONAL OF NURSING & HEALTH SCIENCES . Syabas diucapkan ....

Saya sebagai warga kolej memang mengalu-alukan penukaran itu. Saya berpendapat nama PNC itu bukan hanya ditukar masa sekarang tetapi hendaklah ditukar sejak dahulu lagi semasa cadangan menukar nama yang baru pada tahun 2004 ( kalau tak silap saya... ) . Saya bukan mahu melupakan sejarah dan sumbangan nama PNC itu tetapi melihat kepada perkembangan semasa yang perlu dan berani untuk membuat perubahan !

Saya berpendapat nama KPJ lebih sesuai daripada PNC adalah kerana :
1. Terdapat repetation ( pengulangan perkataan College dengan International College )
2. PNC nama tidak dikenali oleh khalayak ramai . Hanya dikenali oleh rangkaian hospital KPJ sahaja.
3. Di kolej PNC bukan hanya program Nursing sahaja tetapi telah ada banyak menjalankan program lain seperti Pharmacy , Physiotherapi dan lain-lain.
4. Nama PNC tidak ada Commercial Value berbanding dengan KPJ yang telah disenaraikan di bursa saham dan dikenali di seluruh Malaysia.

Namun begitu , saya juga melihat nama KPJ International College of Nursing and Health Sciences masih TIDAK SESUAI digunakan . Saya berpendapat cukup hanya dengan KPJ INTERNATIONAL COLLEGE ( KPJIC ) sahaja kerana :
1. Nama ini ringkas dan mudah disebut oleh sesiapa sahaja terutama kepada orang yang baru mengenalinya dan sudah lama mengenalinya.
2. Tidak menunjukkan kepada entiti kolej kepada Nursing and Health Sciences sahaja kerana sampai suatu masa nanti pasaran kerja berkaitan dengan program ini akan mengecil dan mungkin berada pada " titik tepu " . Oleh itu , program lain boleh dijalankan seperti program Busssines , program Pengurusan atau program Pengajian Islam dan sebagainya sepertimana yang dilakukan oleh kolej @ Universiti College yang lain.
3. Kolej akan dinaiktaraf kepada College University apabila mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan suatu masa nanti . Oleh itu , cukup dengan nama yang ringkas dan penuh bermakna seperti KPJ University College ( KPJUC ) sahaja. Tak perlu kepada nama yang menjela-jela panjang dan menyusahkan.

Sekiranya anda ingin memberikan pandangan atau komen , sila beri komen anda kat comment anda .k.

8 comments:

  1. Setakat hari ni tak ada apa-apa pun information daripada Puan Naziah atau mana-mana staff pasal nama baru ni ? Tak ada ke nak buat prgam sempena tukar nama ni ?

    ReplyDelete
  2. kalau tukar nama pun tapi kalau servis @ kemudahan macam hampeh , tak de makna nye....lebih baik tak payah tukar namalah PNC !

    ReplyDelete
  3. sya dgr dlm meeting NI baru ni , Pn Naziah amt sedih & tak setuju PNC tukr nama.Dia lbih suka nama PNC drpd KPJIC.Sbb tu lah smpi skrg tak dbagtau pd staff & student .sbb dia x happy.Signboard PNc pun tak akn tukar.Klu nak tukr ,akn dilmbtkn. Betul ke cete ni.Sape yg ada mklmat , syer lah kat sini.

    ReplyDelete
  4. sya tk stuju ttg pmotongn ptptn trus dr bank, slip lambat dapt rsa tk berbaloi mohon...

    ReplyDelete
  5. sape lak orng yg dikasihi tu ? Student ker ? Pekerja ker ? klau student aku tahu lah.yg paling dikasihi DIMI 1.sbb ada .... tut..tut.apa yg diorang minta or lecturer dia orng minta smua boleh dpt punye....group lain jgn harp lah.bebulu aku tengok.Kau orang setuju tak ? Pekerja sape pulak yg jd kekasih? Bagtau lah kita orang.

    ReplyDelete
  6. mmg dah lama patutnye dia berenti.tpi masih nak pegang jawatn.2 jawatn besar sekaligus.tamak......dpt gaji besar lah tu.dia sbnrnya gagal kat pnc.slagi ada dia,slagi tu lah pnc ni hura-hara & byk probelm. yg jadi magsa ialah student mcm kami......sudah.fede-up dah.

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Saya merupakan pelajar MBA di UKM. Saya sedang mencari maklumat berkaitan kolej ini melalui internet dan ia membawa saya kpd blog saudara. Saya ingin mengajukan beberapa soalan berkaitan PNC International College of Nursing and Health Sciences. bolehkan saudara memberikan saya emel saudara supaya saya boleh menyatakan maklumat yang diperlukan melalui emel.

    emel saya:

    masila75@hotmail.com

    ReplyDelete
  8. Wassalam.Boleh gunakan e-mail saya : rosminns@gmail.com

    ReplyDelete