Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 24 October 2008

Subjek LAN 1004 Pengajian Islam

Ramai student PNC tertanya-tanya mengapa nak belajar lagi subjek Agama kat PNC ? Apa kaitannya dengan program yang mereka ambil ?Tak cukup kah Agama yang pernah dipelajari semasa di sekolah dulu ? dan macam-macam lagi...
Subjek ini sebenarnya adalah Matapelajaran Wajib ( MPW ) kepada semua IPTS di bawah Malaysian Quality Agency ( MQA ) , dahulu dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara ( LAN ) . Subjek ini hanya untuk pelajar beragama Islam sahaja. Pelajar bukan Islam wajib mengambil subjek LAN 1005 Pendidikan Moral. Masa belajar 48 jam ( 3 kredit ) .Subjek LAN 1004 membincangkan perkara yang berkaitan dengan Tamadun Islam , Epistemolgi & Aksiologi , Konsep Kekluargaan Islam , Konsep Kemasyarakatan Islam , Konsep Ekonomi Islam , Konsep Politik Islam , Konsep Perundangan Islam , Kesenian , Sains dan Teknologi , Isu-Isu Semasa dan lain-lain lagi.

Bagaimana penilaian exam dibuat?
Pelajar yang mengambil subjek ini akan dinilai seperti berikut :
1. Formative Exam ( 40% )
i. MCQ : 15% ( 30 soalan / 30 minit )
ii. MEQ : 15% ( 1 soalan / 30 minit )
iii. Pop Quiz : 10% ( 2 kuiz )

2. Summative Exam ( 60% )
i. MCQ : 10% ( 20 soalan / 20 minit )
ii. MEQ : 20% ( 2 soalan/ 1 jam )
iii. Assigment : 30% ( Assigment Kumpulan 20% & Individu 10% ).

Pensyarah yang mengajar subjek ini di PNC ( setakat ini ) ialah En.Rosmin Adam . Saya lah tu... ok lah tu !

6 comments:

  1. saya nak tanya...subjek lan wajib diajar dalam bahasa melayu atau tidak kisah dalam apa2 bahasa.TQVM

    ReplyDelete
  2. Subjek ini diajar dalam Bahasa Melayu ( ikut MQA ) termasuk juga menjawab soalan peperiksaan . Semuanya dalam Bahasa Melayu... k

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...10hb hingga 14hb Februari ni saya akan menduduki peperiksaan LAN.Di mana nak dapat contoh2 soalan? Tengah bengang ni..nak baca satu buku otak tua saya tak dapat nak ingat.

    ReplyDelete
  4. Wsalam Nazmiyen . Saya tidak pasti subjek LAN yang mana satu yang anda maksudkan. Terdapat 3 subjek LAN yang ditawarkan di KPJIC, iaitu Pengajian Islam , Pendidikan Moral dan Pengajian Malaysia.
    Untuk makluman , contoh kertas soalan tidak disediakan. Namun begitu , contoh soalan dan teknik menjawab soalan boleh diperolehi daripada pensyarah anda.
    Jumlah soalan dalam peperiksaan telah saya jelaskan dalam artikel saya LAN 1004 Pengajian Islam .
    Saya berharap agar anda berbincang dengan pensyarah anda untuk mengetahui lebih lanjut dengan segera. Saya berharap agar anda berjaya dengan cemerlang dalam subjek LAN nanti.

    ReplyDelete
  5. Terimakasih kerana sudi mjawab soalan saya.Untuk makluman ustaz saya adalah PJJ dalam 'degree of nursing'.Adakah hanya 3 subjek tersebut yang wajib diambil oleh semua pelajar? Saya tengok contoh2 soalan dlm internet tu susahnya..Mana nak dapat bahan bacaan? Masih sempatkah nak baca? Aduh ustaz tak dakah jalan 'shortcut'? Terimakasih atas doanya...

    ReplyDelete
  6. Saudari Nazmiyen ,
    Subjek MQA ( LAN ) tidak perlu diambil oleh semua pelajar degree.Hanya perlu diambil oleh pelajar yang tidak pernah mengambil subjek ini semasa di peringkat diploma dahulu.
    Namun begitu ,pelajar beragama Islam hanya perlu mengambil subjek Pengajian Islam & Pengajian Malaysia. Manakala pelajar bukan Islam perlu mengambil subjek Pendidikan Moral dan Pengajian Malaysia.
    Terdapat beberapa buku rujuan di perpustakaan. Anda boleh membaca buku seperti Tamadun Islam , Tamadun Islam dan Asia serta buku keluaran Pengajian Islam Cosmopoint . Subjek yang lain saya tidak pasti .
    Sebenarnya tiada shortcut dalam menimba ilmu . Anda mestilah berusaha sebagai seorang pelajar jika inginkan kejayaan dalam bidang yang anda ceburi.k

    ReplyDelete