Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Saturday 18 October 2008

GAMBAR : SEKITAR FESTIVAL KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2008 DI UKM PADA 18/10/2008 (SABTU)








Festival ini mendapat sambutan yang cukup hebat . Berduyun-duyun pelajar pengajian tinggi IPTA / IPTS dan pelajar sekolah seluruh Malaysia datang ke sini. Ada yang jalan kaki , naik motor , naik train , kereta dan bas yang disediakan oleh institusi mereka.Lebih 50 booth disediakan. Berbagai agensi terlibat. Boleh dikatakan semua univesiti dan sebahagian kolej / kolej universiti mengambil bahagian. College Masterskill pun turut ada . Saya cari gak PNC Interntional College . Tapi , tak ada. Tidak terlibat dalam festival ini.

Booth Kaunseling Kerjaya dan Ujian Psikologi UKM juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan . Saya sendiri tidak sempat nak berehat kerana melayan dan membantu customer menjalankan Ujian Psikologi dan nasihat / kaunseling.6 buah komputer yang disediakan memang tidak mencukupi. Sehingga ramai yang terpaksa berdiri begitu lama untuk mendapatkan giliran.Ramai customer yang datang ke booth kami amat berpuas hati dengan khidmat kami berikan.Mereka rasa amat takjub dengan ujian yang dilakukan . Ujian ini banyak membantu mereka mengenal personaliti , enviroment kerja dan kerja yang akan mereka tempohi di masa akan datang . Sememangnya dalam Psikologi , KERJAYA dan KAUNSELING tidak boleh dipisahkan.Syabas Pensyarah dan rakan-rakan yang bertugas pada Festival Kerjaya Kebangsaan kali ini .......

No comments:

Post a Comment