Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday 17 October 2008

FESTIVAL KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

Festival Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008 akan berlangsung pada 17-19 Oktober 2008 ( 3 hari ). Festival ini diadakan di DECTAR Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi ( dekat pintu masuk utama UKM Bangi ) . Iklan festival ini setiap hari disiarkan di TV , Radio ERA dan lain-lain lagi. Festival ini mendedahkan kepada pengunjung mengenai peluang-peluang kerja di Malaysia , membantu anda bagaimana memilih kerjaya berdasarkan personaliti melalui Ujian Psikologi , ceramah , pameran , bengkel dan macam-macam lagi . Saya akan bertugas di festival ini pada hari Sabtu dari jam 10 pagi - 6 petang. Saya ditugaskan di booth Kerjaya dan booth Ujian Psikologi di bawah UKM . Semua warga/pelajar PNC dijemput ke festival ini.Masuk adalah percuma . Jumpa saya di sana nanti boleh dapat Ujian Psikologi secara percuma dan cenderamata UKM percuma daripada saya.ok. JUMPA KAT UKM !

No comments:

Post a Comment