Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Friday, 17 October 2008

AWAS .... TAKTIK BARU PEROGOL-PEROGOL SEKARANG

Saya ada menerima dan membaca tulisan seorang aktivis NGO ( AWAM ) yang menulis mengenai cara baru perogol masa ini. Di sini saya sertakan untuk dibaca oleh pelawat-pelawat blog saya. , terutamanya pelajar-pelajar saya di PNC International College yang mempunyai pelajar wanita hampir 85 % .

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci" haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol. Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut. Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian. Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*Lterhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalahuntuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus. Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja. Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.

4 comments:

  1. Saya hrp student pnc yang pompuan ni kena ingat . Jangan percaya sangat ngn org lelaki.Kalau masih leka nanti senang kena rogol .sape susah .orng punya body gak yang susah nanti!

    ReplyDelete
  2. betul betul betul ( wat cam upin dan ipin)... btul 2 ustaz, saya x tipu. bdk2 pnc ni sng kene tipu.... -msj lebih kurang, ajak g makan, blanja tgk wayang, pastu setel...... setel apa?? ha, itu kita x tahu...

    ReplyDelete
  3. Masalahnya.... trend skrang.... masing2 berebut2 nak offer dara masing2.... sifat malu wanita timur dah x de dlm kamus hidup.... kalau x de jantan ngorat... x de boyfriend..... dirasakan hidupnya amat sunyi dan tertekan.... rasa amat malu.. kononnya x laku..... sampai jantan x tahu mana asal usul pun dilayan....... weiii kamon le.... jgn le terap mentaliti camni..... umur masih muda..... perjalanan masih panjang.... yg bangga sgt kalau ada boyfriend tu apa ke jadahnya..... moh le kita belajar bersungguh2 dulu..... jadilah wanita yg bekerjaya dan dihormati... bukan nya wanita yg org2 luar atau staff KPJ seluruh malaysia dok sibuk kata yg kita ni stok geli2 ...... malu wehhh... lelaki skrang ramai yg dah x ikhlas.... byk niat mereka hanya nak suka2.... nak test power.... tapi kalau kita sendiri yg bodoh... terhegeh2 kat jantan.... kalau kena rogol@suka sama suka... sindri mau ingat..... lelaki x rugi apa... perempuan yg akan menanggung malu (itupun kalau tau malu lah ye) nanti dah tua boleh lah kita bercerita dgn anak cucu kita betapa hinanya diri kita dahulu.... sekian........... yg buruk kita jadikan sempadan ... INGAT hidup ni hanya sementara.....semoga kita tidak lah termasuk dlm statistik penghuni neraka.....wasalam.........

    Harap maaf ye tuan punya blog atas bahasa yg agak kasar.....

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Aphetamine adalah sejenis dadah yang merangsang otak. Ianya tidak berbau, tidak berwarna dan hampir tiada perasa. Kebiasaannya digunakan di night club, disco dengan jenama syabu atau ecstasy.

    Amphetamine akan merangsang otak berdasarkan apa yang difikirkan oleh orang yang mengambil.

    Kalau seseorang memikirkan untuk menari, setelah mengambil amphetamine, dia akan menari berjam-jam tanpa rasa penat dan dia akan rasa "enjoy".

    Sekitar tahun 60-an & 70-an. Para pelajar Universiti mengambil amphetamine untuk membantu mereka belajar. Mereka akan belajar berjam-jam tanpa rasa penat.

    Tetapi kesan sampingan amphetamine amat dahsyat. Selain ketagihan, ianya akan banyak merosakkan sel-sel otak. Akhirnya menyebabkan seseorang yang mengambilnya akan menjadi seperti robot.

    PEROGOL menggunakan dadah ini untuk merogol mangsa.

    Perogol akan mendekati perempuan yang ingin dirogol. Memperkenalkan diri. Kemudian mengajak minum. Memulakan lawak-lawak lucah bagi merangsang mangsa. Kemudian memasukkan dadah tersebut ke dalam minuman. Apabila mangsa memikirkan tentang sex hasil dari lawak lucah, otak mangsa dirangsang untuk melakukan sex. Justeru itu MANGSA YANG MENGAJAK PEROGOL MELAKUKAN SEX.

    Setelah perlakuan sex berlaku serta kesan dadah telah hilang, mangsa sedar diri telah dirogol. Bila laporan polis dibuat, dan perogol diberkas. Perogol akan mengatakan ..."saya tak rogol dia. Dia yang ajak saya melakukan sex. Suka-sama suka" .... Perogol terlepas lari.

    Yang paling sedih, selepas merogol, perogol akan mengambil foto lucah mangsa bagi tujuan mengugut untuk perkara-perkara yang tidak bermoral.

    Inilah realiti yang berlaku.

    Harap muslimah kita sedar dan berhati-hati.

    ReplyDelete