Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday, 18 September 2013

Aku sebuah buku polisi….

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Anda & Saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.
Sekarang ini, anda sedang melaksanakan tugas anda iaitu menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan, dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya tahun demi tahun.

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah SWT diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan anda berjalan lancar dan pelayaran bagai di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat yang tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, hanya Allah sahaja yang mengetahui bila anda dan saya mungkin bertukar tempat.
Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas untuk menyumbang dan menyempurnakan tugasan yang telah saya mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang anda sayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepada anak anda yang tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukannya.

Apabila tugas anda telah selesai, tugas saya akan bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti, dan melalui saya, cinta anda terhadap keluarga tetap menyerlah.
Setiap kali anda rasakan harga yang anda bayar untuk menyimpan sebagai bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih untuk anda dan keluarga anda berbanding apa yang anda lakukan untuk saya.

Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.

Yang benar,
POLISI TAKAFUL KELUARGA
*Dipetik dari Dr. Rizal Naidu

Friday, 16 August 2013

Usaha Mursi yang disembunyi

Bahagian Pertama
Semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohamed Mursi pada 3 Julai lepas, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2,000 yang lain cedera, manakala lebih 1,700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir yang pertama dipilih secara demokratik.

Bagi ramai pihak di Mesir, mereka melihat konflik berlaku adalah rampasan kuasa pihak tentera yang disokong golongan Tamarrod daripada rakyat Mesir yang telah memberikan legitimasi kekuasaan kepada Mursi dan Kabinet yang dibentuknya.

Bagi pihak tentera dan Tamarrod pula, penggulingan Mursi merupakan satu langkah demi menyelamatkan sistem demokrasi yang telah dicabul oleh Mursi dan kumpulan Ikhwanul Muslimin dengan beberapa tindakan mereka yang telah mencemarkan mandat rakyat kepada mereka.

Maka, untuk menjustifikasikan hujah mereka yang telah menyebabkan perhimpunan kemuncak pada 30 Julai lalu, dua isu utama ditimbulkan, pertamanya kegagalan Mursi untuk memulihkan keadaan sosioekonomi Mesir, dan yang keduanya, usaha licik Mursi dan Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir (Ikhwanatu Misr atau mengikhwankan Mesir) untuk menegakkan agenda radikal mereka yang tidak menjaga kepentingan golongan minoriti.

Maka, demi menyelamatkan Mesir dari diperintah oleh golongan radikal, mereka terpaksa keluar beramai-ramai memaksa agar Mursi meletakkan jawatan walaupun setelah memenangi Pilihan Raya Presiden setahun lalu dengan undian hampir 52%, dan walaupun belum cukup tempoh mandat diberikan kepadanya. Persoalannya, apakah benar Mursi gagal dan apakah benar beliau menjadi alat kepada Ikhwan untuk membolot semua kuasa di Mesir?


Gagal pulih ekonomi?

Hakikatnya, Mursi menerima bebanan yang terlalu besar daripada rejim Mubarak untuk diperbaiki. Amat mustahil untuk menyelesaikannya dalam tempoh setahun. Sewaktu mengambil tampuk pemerintahan, Dr Mursi terpaksa menanggung hutang kerajaan Mesir yang lepas dianggarkan sebanyak 1,300 billion Egyptian Pound. Sewaktu Dr Mursi mengambil alih tampuk kepimpinan, seramai lima juta rakyat Mesir tidak memiliki tempat tinggal; kadar rakyat yang keciciran pelajaran melebihi 30 juta orang; tujuh juta ibu tunggal rata-ratanya tidak ada pekerjaan tetap dan mengharapkan sepenuhnya bantuan kerajaan. Ini hanya secebis dari isu sosioekonomi di Mesir, ribuan lagi masalah terpaksa Mursi hadapi dalam menjadikan Mesir negara stabil.

Malangnya, dalam keadaan getir seperti itu, pihak liberal, elitis sekular dan saki-baki rejim Mubarak menangguk di air keruh. Semenjak setahun Mursi dipilih rakyat, golongan pembangkang tidak pula berusaha untuk bersama dengan beliau membangunkan negara, jauh sekali menghargai apa telah beliau dan Kabinetnya lakukan. Apa yang berlaku sepanjang setahun pemerintahan beliau, kumpulan pembangkang hanya berjaya melakukan 50 kempen besar-besaran untuk memburuk-burukkan Mursi, di samping penghinaan dan ejekan setiap hari di media milik mereka.  Dalam tempoh setahun pihak pembangkang mengadakan sebanyak 7,709 protes di seluruh Mesir sehingga merencatkan pembangunan; sebanyak 24 kali seruan untuk perhimpunan sejuta rakyat agar keluar ke jalan mendesak Mursi untuk meletakkan jawatan bermula beberapa minggu selepas Mursi dilantik. Pemimpin dan kerajaan manakah yang boleh bertahan dalam keadaan seperti ini? Hanya kerajaan diktator sahaja mampu mengendalikan kegilaan mereka yang gila kuasa seperti ini. Namun, IM tidak sekali-kali akan menggunakan kuku besi dan juga kuasa diktator, kerana ia bertentangan dengan prinsip asas gerakan tersebut - menentang keganasan dan sistem kuku besi!

Kegagalan pihak Liberal dan Tamarrod secara amnya untuk menerima perbezaan dan menghormati mekanisme demokratik menunjukkan pihak sekular dan liberal di Mesir tidak demokratik. Hal ini jelas terlihat pada perancangan lama dan juga bersepadu mereka untuk menjatuhkan IM dan Mursi semenjak keputusan Pilihan raya Parlimen dan juga semenjak hari pertama Mursi dilantik. Antara hujah mereka, golongan Ikhwanul Muslimin ingin menjadikan Mesir negara teokratik, maka IM berusaha meng’Ikhwan’kan Mesir dengan menguasai kesemua institusi kerajaan. Mereka juga menuduh IM memonopoli penggubalan perlembagaan agar Mesir tidak bersikap sekular, walaupun dalam kumpulan penggubal perlembagaan yang telah dibentuk oleh Parlimen, ia dianggotai oleh semua aliran, termasuk golongan liberal, sekular, Kristian dan sosialis.

Akhirnya, hujah paling ampuh untuk menggulingkan kuasa dengan mengatakan Mursi gagal memulihkan ekonomi Mesir, dan juga tidak mampu memerintah Mesir. Persoalannya, jika Mursi ada kelemahan sekalipun, ia bukanlah alasan kukuh beliau digulingkan sewenang-wenangnya. Hakikatnya, tiada presiden mampu mengubah sebuah negara pasca-revolusi dalam sekelip mata. Persoalan lagi, apakah benar Mursi gagal melakukan apa-apa perubahan untuk menyelamatkan Mesir?


Benarkah Mursi gagal?

Terdapat beberapa mitos berkaitan tempoh pentadbiran Presiden Mursi yang sering dijaja pihak Tamarrod. Antara paling popular ialah keadaan ekonomi Mesir semakin teruk pada zaman Mursi. Hal ini dapat dilihat secara kasar pada krisis bekalan petrol, bahan bakar dan elektrik di seluruh Mesir, terutama di Kaherah. Antara yang sering ditimbulkan juga ialah tahap ekonomi keluarga di Mesir juga semakin parah setelah revolusi dan setelah Mursi menjawat jawatan presiden.

Malangnya, kebanyakan tuduhan ini sama ada tidak berdasarkan bukti dan angka-angka yang rasmi, ataupun ia berdasarkan angka-angka yang dimanipulasi untuk menjustifikasikan tuduhan mereka. Hal ini telah segera dibalas semula oleh pihak kerajaan pimpinan Mursi dan juga mereka yang terlibat. Ini dapat dilihat dalam laman web (http://www.morsifirstyear.com/en/) yang dibangunkan oleh para penyokong Mursi dan juga laporan-laporan dari institusi-institusi kewangan antarabangsa.

Walaupun mewarisi Mesir yang dipenuhi 1001 masalah sosioekonomi, dan beliau juga mengalami pelbagai kesukaran dan halangan,  bagaimanapun, dalam tempoh setahun pentadbirannya, di dalam keadaan penuh kekangan dan kelemahan, beliau berjaya membawa beberapa perubahan dalam pembangunan, ekonomi mahupun keadilan sosial. Antaranya menyediakan peruntukan 100 juta pound Egypt untuk membantu hampir 500,000 ibu tunggal di seluruh Mesir. Pada Julai 2013, 500,000 ibu tunggal tersebut menerima pencen 400 pound Egypt sebulan untuk menyara keluarga mereka. Malangnya, apabila berlaku rampasan kuasa, pembiayaan tersebut dihentikan.

Kerajaan Mursi juga menghapuskan hutang lapuk yang ditanggung 52,200 petani kecil dan susah di pedalaman agar dapat memulakan hidup baru. Dalam sektor kesihatan pula, kerajaan Mursi menyediakan insurans kesihatan untuk 13.2 juta kanak-kanak di seluruh Mesir berjumlah 160 juta Pound Egypt. Manakala 1.2 juta rakyat pula menikmati perkhidmatan kesihatan percuma. Dasar prihatin OKU kerajaan Mursi amat patut diberikan perhatian. Antara langkah- mengurangkan yuran kesihatan di hospital-hospital untuk beli ubat sebanyak 37%, dan potongan tambang tiket keretapi 75% kepada warga OKU. Dasar seumpama ini tidak pernah dikenali pada zaman rejim yang memerintah sebelum Mursi.

Dalam tempoh setahun juga kerajaan pimpinan Mursi berjaya menyediakan sebanyak 45,388 rumah mampu milik untuk rakyat Mesir yang belum memiliki rumah. Seramai 90,000 keluarga juga menikmati skim pinjaman untuk bina rumah sendiri.

Antara usaha kerajaan Mursi untuk merangsang ekonomi Mesir ialah menaikkan gaji kakitangan kerajaan berjumlah 6.4 juta orang. Peruntukan untuk gaji para kakitangan kerajaan dinaikkan dari keseluruhan 122.8 bilion Pound Egypt pada 2011 kepada 172 bilion Pound Egypt untuk tahun-tahun 2013-2014.

Kerajaan Mursi juga telah menyediakan sebanyak 593,000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan belanjawan melebihi 3.5 bilion Pound Egypt, dan ini merangkumi 5,611 pekerjaan untuk graduan menganggur. Sepanjang pemerintahan Mursi, negara Mesir telah menyaksikan peningkatan KDNK pada tahap terbaik berbanding tahun-tahun 2010-2011, iaitu purata 2.4% pada 2013 berbanding 1.8% pada 2011 dan 2012.

Malangnya semua pencapaian Mursi ini disembunyikan daripada pengetahuan umum oleh media yang dimiliki oleh saki-baki rejim lama dan juga golongan liberal. Sebaliknya, segala kelemahan yang diwujudkan oleh saki-baki rejim sengaja diperbesar-besarkan agar mengaburi mata awam dan rakyat yang naif serta masyarakat antarabangsa agar membina persepsi bahawa Mursi dan IM gagal memerintah negara. Malang lagi dalam proses memperbodohkan rakyat ini, golongan intelektual, politikus dan elitis sekular Mesir yang anti-Mursi dan anti-IM juga terlibat.

Oleh : DR MASZLEE MALIK
16 Ogos 2013

Wednesday, 14 August 2013

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.
2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).
3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.
4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.
5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.
6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.
7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.
8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”
9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.
10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.
source: عجائب و غرائب
Penterjemah : Hj Khairol Amin Mohd Salleh


Tuesday, 13 August 2013

Tangguh Pembedahan Kerana Tidak Mampu

Hidup berubah sekelip mata

KUALA PILAH 13 Ogos 2013 – Tarikh keramat 10 Februari 1997, pasti tidak akan dilupakan oleh seorang pemuda apabila terlibat dalam nahas jalan raya yang mengubah hidupnya selain turut mengorbankan sepupunya.

Nazrul Nazri, 33, berkata, ketika kejadian, motosikal yang ditunggang bersama sepupunya dilanggar kenderaan lain di Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir di Kampung Gentam.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan dia putus tangan kanan sehingga ke paras bahu, putus jari manis dan kaki kanannya patah.

"Selepas kejadian itu, kehidupan saya berubah apabila disahkan mengalami pelbagai komplikasi penyakit dan perlu dirawat selama sebulan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

“Selepas keluar hospital, saya boleh berjalan, namun pada Jun 1998, saya mengalami kebas di kaki kanan dan keadaan kaki saya menjadi semakin lemah. Pada Oktober tahun sama, saya terpaksa berjalan menggunakan tongkat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pelangai Hilir, baru-baru ini.

Tidak terhenti di situ, pada Mei 1999, Nazrul dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk menjalani pemeriksaan X-Ray dan mendapati tulang tengkuknya retak manakala tulang belakang sebelah kiri dimasuki kuman serta air tulang belakang berketul.

“Atas nasihat doktor, pada Jun 1999, saya menjalani pembedahan di bahagian tengkuk termasuk tulang belakang. Mulai saat itu, kehidupan saya berubah kerana tidak mampu berjalan dan doktor mengesahkan saya mengidap penyakit ‘brown squad syndrom’ (kurang daya tahan urat sarat).

“Walaupun sedih, saya tetap cekal untuk menjalani fisioterapi di HUKM selama tiga bulan sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana berhampiran dengan rumah,” katanya.

Nazrul berkata, mulai 2002 dia tidak lagi menjalani pemeriksaan di hospital kerana menghadapi masalah pengangkutan dan kewangan.

“Hampir 10 tahun, saya tidak menjalani pemeriksaan. Kemudian, pada 2012, saya melakukan pemeriksaan di HTJ dan doktor memberitahu tulang tengkuk saya bengkok, manakala tulang tengkorak dan tulang belakang tidak selari.

“Kes saya ini sudah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pihak doktor mengatakan dua batang tulang di bahagian leher terpaksa diganti dengan tatinium dengan kos keseluruhan melebihi RM8,000," katanya.

Bagaimanapun katanya, dia terpaksa menangguhkan pembedahan itu kerana tidak mampu dan hanya berubat secara tradisional.

Sementara itu, Nazrul berkata, kini dia hanya bergantung wang pencen arwah ayahnya yang sebelum ini bertugas sebagai anggota polis sebanyak RM400 sebulan.

"Ibu saya, Rajah Jaali, 55, seorang ibu tunggal dan dengan wang pencen itu, kami sekeluarga gunakan untuk menampung kos harian termasuk perbelanjaan sekolah adik perempuan saya.

"Selain itu, ibu juga menanggung seorang makcik yang merupakan orang kurang upaya cacat penglihatan. Ibu pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk makcik tetapi tidak dilayan," katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima bantuan JKM dan Baitulmal, namun itu juga tidak mencukupi untuk menampung kos perubatannya.

“Kos ubat saya setiap bulan melebihi RM500 sedangkan saya hanya menerima RM300 dari JKM dan Baitulmal sebanyak RM100 sebulan.

"Pihak HTAN juga menasihatkan saya agar membuat bilik air dan tandas baru sesuai dengan keadaan saya dan itu semua memerlukan kos tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, doktor pernah menyarankannya menggunakan katil elektrik yang bersaiz besar bagi memudahkannya meluruskan badan dan bergerak ke kiri dan kanan yang menelan kos sebanyak RM20,000.

Kepada sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan bagi meringankan penderitaan Nazrul boleh menghubunginya di talian 013-2988958.

Friday, 2 August 2013

Balu terima insurans RM231,000 daripada PruBSN Takaful Bhd.


  • Balu terima insurans RM231,000Nurul Huda menerima replika cek daripada insurans Prudential BSN.
 1 / 1 

SERI ISKANDAR - “Saya memang tidak menyangka akan menerima pampasan sebanyak ini walaupun mengetahui suami hanya sempat mencarum sebanyak RM250 untuk kali pertama sebelum meninggal dunia akibat kemalangan enam bulan lalu.

Demikian kata Nurul Huda Nordin, 32, balu kepada Azizi Zainuddin Omar yang menerima pampasan insurans Prudential BSN takaful, baru-baru ini.

Nurul Huda melahirkan rasa syukur kerana wang sebanyak RM231,950.10 itu membantu kehidupannya bersama anak-anak.

Menurutnya, dia akan menunaikan hasrat arwah suaminya untuk membeli sebuah rumah dan membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak mereka.

“Sebelum ini arwah pernah bercadang untuk membeli rumah di sekitar kawasan ini malah ada membawa saya ke sebuah tapak perumahan untuk menempah rumah berkenaan.

“Namun, hasrat arwah suami tidak tercapai kerana dia terlibat dalam kemalangan maut apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh oleh sebuah kereta dari arah belakang di Kilometer 38 Jalan Ipoh - Lumut,” katanya.

Katanya, dia akan menunaikan hasrat arwah suaminya itu demi keselesaan empat anaknya yang berusia antara 16 bulan hingga lapan tahun.

“Saya juga akan menyimpan sebahagian besar baki wang ini untuk perbelanjaan sekolah anak-anak,” katanya.

Pampasan insurans Prudential BSN takaful disampaikan  wakil Prudential BSN takaful, Nurul Hamizan Ahmad.

Nurul Huda berkata, dia akan turut membelikan polisi insurans untuk anak-anak demi masa depan mereka.



Sumber: Sinar Harian , 21 Mac 2013




Tuesday, 25 June 2013

Tawaran Istimewa .. Dapatkan segera cenderamata OGAWA Vibrating Neck Supporter !


SYIFA AS SAKINAH C & S menyediakan tawaran istimewa untuk sesiapa yang menyertai PruBSN Takaful dari 25/6/2013 sehingga 5/7/2013. Dapat cenderamata OGAWA Vibrating Neck Supporter. Cenderamata ini disediakan oleh SYIFA AS SAKINAH C & S sahaja. Tawaran ini dikira samada menyertai akaun Penddidikan Anak, Akaun Perli ndungan Remaja, Akaun Perlindungan Dewasa atau Perlindungan haji/Umrah. Tawaran ini hanya terhad kpd 10 yang terawal shj. Cepat sebelum terlambat ! SMS & call saya segera 012-6398524.




Sunday, 16 June 2013

Program-Progam Yang DiAnjurkan Oleh SYIFA AS SAKINAH CONSULTANCY & SERVICES.


Pihak Syifa As Sakinah Consultancy & Services bersedia mengadakan program ini secara usahasama dengan mana-mana institusi pendidikan IPTA/IPTS, sekolah, jabatan, persatuan, masjid, surau, dan institusi-institusi masyarakat. Untuk mendapatkan penjelasan detail, call saya 012-6398524.


NAMA PROGRAM
JUMLAH KOS
BAYARAN
JUMLAH PESERTA

  PROGRAM 1

( KURSUS KEMAHIRAN )

KURSUS : FORMULA PANTAS MEMBACA AL-QURAN BERTAJWID MELALUI TANDA- TANDA.


Rujuk kepada
Syifa As Sakinah Consultancy & Services

TIDAK MELEBIHI
100 ORANG

 PROGRAM 2

( KURSUS KEROHANIAN )

KURSUS PENGUBATAN ISLAM: JENIS-JENIS MAKHLUK, JENIS-JENIS GANGGUAN DAN CARA PENGUBATAN ISLAM


Rujuk kepada
Syifa As Sakinah Consultancy & Services

TIDAK MELEBIHI
70 ORANG

PROGRAM 3
( CERAMAH MOTIVASI ISLAM)

CERAMAH : PERSONALITI USAHAWAN MUSLIM INSURAN /TAKAFUL  YANG CEMERLANG.


Rujuk kepada
Syifa As Sakinah Consultancy & Services

TIADA HAD

PROGRAM 4
(CERAMAH KEKELUARGAAN ISLAM )

CERAMAH : PARENTING STYLE; GAYA CEMERLANG, IBU BAPA GEMILANG, KELUARGA    TERBILANG
.


Rujuk kepada
Syifa As Sakinah Consultancy & Services


TIADA HAD

PROGRAM 5
(CERAMAH MOTIVASI ISLAM )

CERAMAH: BUSSINESS OF OPPURTUNITY (BOP) PELUANG MENJADI USAHAWAN TAKAFUL


Rujuk kepada
Syifa As Sakinah Consultancy & Services

TIADA HAD

PROGRAM 6
(KURSUS KEMAHIRAN)

KURSUS : TEORI & KEMAHIRAN SOLAT BAGI PESAKIT MUSLIM MENGIKUT CARA ISLAM


Rujuk kepada
Syifa As Sakinah Consultancy & Services

TIDAK MELEBIHI
50 ORANG