Perhatian : Artikel
yang bakal anda baca di bawah adalah khas untuk mereka yang mahu
memastikan Roh mereka tidak tergantung dan juga tidak mahu meninggalkan
bebanan hutang kepada keluarga yang ditinggalkan.
Dalam keadaan dunia yang senantiasa
dipaliti transaksi hutang, kita semua memang tak dapat lari le dari
turut terlibat sama. Hutang kain baju ( ini macam kat kampung-kampung),
hutang kad kredit, hutang pinjaman pelajaran ( tak kisah la MARA ke,
PTPTN ke atau yang sewaktu dengannya ), hutang kereta, hutang rumah,
hutang perniagaan, hutang persendirian, hutang nak berkahwin, hutang nak
beli barang perabot, hutang gajet dan lain-lain hutang. Tersilap
langkah je, jadilah kita ni hamba hutang. Tak melampau kalau saya
ringkaskan Bank diwujudkan bukan bermotifkan keuntungan sebaliknya yang
berlambak hari ini dilahirkan bermotifkan melahirkan hamba zaman
moden.Perumpamaan hidup berhutang . Pernah tak anda berlari-lari turun
bukit? Padang tu banyak sangat temucut. Sekali melangkah ,
berpuluh-puluh temucut hinggap di seluar. Lagi banyak melangkah, lagi
banyak temucut yang melekat ( zaman kecik-kecik dulu, cabut temucut di
seluar track suit tu dengan pisau je ). Ini perumpamaan bagaimana hutang
semakin hari semakin melekat pada kita le. Senang cakap, banyak sangat
hutang. Nak berhutang pun mudah. Jadi tak susah nak terlibat dengan
hutang.
Apabila tiba waktu untuk
melangsaikan hutang, masing-masing dengan cara tersendiri. Ada yang
buat bayaran ansuran. Bagi yang amaun hutang tu kecik atau Income besar,
memang mudah sangat nak diselesaikan sekaligus. Tapi kalau dah main
hutang RM10K dan ke atas, itu yang makan masa lama sangat nak setel.
Hutang kereta 7 tahun. Hutang PTPTN entah berapa tahun. Boleh jadi 10
Tahun. Hutang peribadi ( personal loan ) RM100 ribu, setelkan 20 tahun.
Hutang rumah, 30 tahun. Hutang kad kredit, tak tau nak setel bila sebab
asyik bayar minimum amaun hutang je. Mana kepala tak pening. Antara
ketakutan yang pernah Baginda rasul junjungan kita pernah katakan, ialah
tentang hutang. Orang yang berhutang, hidupnya tak aman. Tak seaman
mereka-mereka yang takde hutang. Hati tenang. Macam orang zaman-zaman
dulu.
Lebih sadis, hutang yang nak disetelkan
secara ansurans tu tak dapat nak dilaksanakan. Bukan alasan takde
pendapatan. Tapi sebab hilang pekerjaan akibat sakit. Haaa..memang ralat
sangat-sangat. Tup-tup jatuh sakit. Tak kisah sakit hati ke, sakit
badan ke atau apa-apa sakit dengkian orang. Akhirnya terpaksa berubat
dan ambil cuti panjang. Mana ada majikan nak kekalkan orang-orang yang
selalu ambil cuti sakit ni selamanya. Natijahnya kena buang kerja.
Ooooohhh…kasihan..Masa tu, kerja takde, income pun takde, mana nak cari
duit untuk hidup. Sudah tentu hutang terus tertunggak. Hutang membukit.
Apabila amaun bunga hutang ( untuk konvensional, guna interest atau
kadar bunga ) berbukit-bukit mencecah RM30,000 . Sampailah satu surat ke
rumah. Tuan/ Puan sila hadirkan diri ke mahkamah. Status tuan/puan
adalah MUFLIS. Hurm…..Apabila dah muflis, akaun bank kena beku.
Harta-harta kena sita. Susah nak dapat kerja melainkan kerja sendiri.
Sudah la jatuh tangga, dihempap sekali tangga pula. Lepas tu tiang
tangga dan pintu rumah sekali hempap diri sama-sama.
Itupun mujur kita masih hidup. Jadi
bebanan hutang masih boleh ditanggung diri seorang. Kalaupun yang sudah
berkeluarga, boleh lagi cari jalan penyelesaian bersama. Cara paling
mudah zaman sekarang bila ada berlaku masalah kewangan rumahtangga ialah
BERCERAI. Haaaa…terselamat pasangan dan anak-anak.Katakan si penghutang
tu meninggal sebelum hutang dijelaskan, parah. Memang parah sekali.
Sebabnya setiap pinjaman yang dibuat tanpa perlindungan Insurans yang
secukupnya dan sebetulnya, memang nahas le ahli keluarga yang lain. Nak
kena tanggung bebanan pula. Jangan sampai rumah yang kita sangkakan aset
terpaksa digadaikan. Kereta yang kita fikirkan aset juga terpaksa
dijual. Semata-mata mahu menjelaskan hutang. Hidup dalam keadaan susah,
mati pula menyusahkan. Nauzubillah min zalik. Taknak le kita semua jadi
macam tu. Minta dijauhkan tuhan.
Justeru, kita harus bersedia dari
sekarang. Setiap hutang yang kita ambil, harus dipastikan boleh
diselesaikan. Tak kira la waktu kita sakit ke, waktu takde pekerjaan ke
atau mati sekalipun. Selain dari berkerja keras melangsaikan hutang,
kepilkan setiap hutang kita tu dengan takaful. Supaya kelak apabila
berlaku sesuatu diluar jangkaan kita, kita masih bernasib baik kerana
hutang tersebut boleh diselesaikan dan tidak pula menyusahkan orang yang
ditinggalkan.
PruBSN Crisis Cover.
PruBSN Crisis Cover adalah salah satu
produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat Prudential BSN takaful Bhd.
Dikawal sepenuhnya oleh panel syariah syarikat dan mendapat kelulusan
panel syariah BNM, produk ini sangat bersesuaian dengan mereka-mereka
yang ingin melindungi setiap gadaijanji ( Mortgage ) yang dibuat dengan
caruman yang berpatutan.
Sebagai contoh, katakan Ali membuat
pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 untuk tempoh 20 tahun. Dengan
caruman serendah RM42 sebulan, Ali telah mempersiapkan dirinya untuk
sebarang musibah diluar jangkaan beliau. Memang ada insurans/takaful
yang disediakan sekali oleh pihak Bank semasa membuat pinjaman, tetapi
rata-rata kebaynakan pihak bank hanya membuat tawaran pampasan untuk
kes-kes kematian dan lumpuh kekal sahaja. Tidak untuk kes-kes yang
melibatkan penyakit kritikal… Penyakit kritikal ni macam serangan
jantung (popular sekarang dikalangan mereka yang berusai 45 ke atas ),
kanser ( setiap tahun 1 dari 4 orang berisiko menghidap kanser ), strok (
geng-geng merokok berhati-hati ) dan banyak lagi.
Antara kelebihan lain PruBSN Crisis
Cover ini ialah produk ini mempunyai nilai simpanan. Pada akhir setiap
tempoh matang yang dipersetujui, sejumlah amaun akan diberikan sebagai
bonus. Kalau ambil MRTA atau insuran apa sahaja diluar sana untuk cover
hutang, memang takde benda ni. Beza sekali dong…hehehe
Bukan itu sahaja. Katakan anda membuat
pinjaman dan mengambil insurans yang disertakan sekali untuk pinjaman
tersebut. Amaun pampasan yang di ambil berkadaran lansung dengan jumlah
yang dipinjam. Semakin banyak amaun hutang yang telah anda langsaikan,
semakin sedikit jumlah hutang anda. Dan…semakin sedikit jugak le amaun
pampasan yang tinggal. Sebaliknya, PruBSN Crisis Cover tetap menawarkan
amaun pampasan yang sama. Tidak berubah walaupun hutang anda semakin
berkurangan. Tak faham? Yang ini memang susah dan berbelit sikit. Cuba
baca sekali lau. Kemudian berlalu-lau Kalau tak juga, memang kena hubungi saya untuk bantuan tali hayat.
Justeru, sekiranya anda ingin menambah
hutang atau telah pun mempunyai hutang, ayuh kepilkan hutang-hutang tadi
dengan takaful. Malang memang tidak berbau. Seandainya kita telah
bersedia lebih awal, kemudaratan malang tersebut dapat diringankan.
Sumber: naimrahim.com
No comments:
Post a Comment