Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Thursday 20 September 2012

Perawat Islam Bukan Peminta Sedekah, Perawat Islam Adalah Pekerja !

Apabila sakit , kebiasaanya kita akan pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan dapatkan ubat. Apabila sudah sihat , kita akan kata doktor itu bagus dan ubat itu bagus. Kita rasa , doktor dan ubat itulah yang menyembuhkan kita. Sebenarnya bukan doktor atau ubat yang sembuhkan. Yang menyembuhkan hanya Allah swt. Apabila kita kata doktor atau ubat yang menyembuhkan , ini akan mengakibatkan akidah kita rosak. Dalam Al-Quran ada menyebutkan " apabila kamu sakit, hanya Dia ( Allah ) sahaja yang menyembuhkan. Doktor atau ubat itu sebagai alat  yang digunakan sebagai sebab dan musabab kita jadi sembuh. Sebab itu , ada juga orang yang sakit apabila berjumpa doktor dan makan ubat, penyakit yang dialami tidak sembuh. Dan ada juga yang mati selepas berjumpa doktor dan selepas makan ubat. Innalillah...

Namun, banyak penyakit yang dialami oleh manusia tidak dapat dikesan atau disembuhkan melalui perubatan kedoktoran. Tapi , berjaya disembuhkan melalui perubatan alternatif seperti Rawatan Islam . Lebih-lebih lagi penyakit yang berpunca dari gangguan jin syaitan dan penyakit moden yang ada campurtangan jin dan syaitan. Rawatan Islam yang diusahakan itu samada dengan menggunakan herba-herba, makanan sunnah atau menggunakan ayat-ayat Al-Quran , selawat dan doa mampu membantu menyembuhkan berbagai penyakit . Sesungguhnya sudah pasti kesembuhan itu hanya datang dan diizinkan oleh Allah swt 

Rawatan secara Islam adalah merupakan fardhu kifayah sebagai menunaikan keperluan orang yang sakit dan menghidap penyakit yang mahukan kesembuhan dan sihat tubuh badan. Bagi saya , Rawatan Islam adalah sama kedudukan seperti doktor perubatan , jururawat dan lain-lain. Matlamatnya adalah sama .. iaitu untuk memberikan khidmat kesihatan dan membantu menyelamatkan nyawa manusia . Cuma perbezaannya adalah pada pendekatan dan cabarannya. Bahkan bagi saya cabaran sebagai Perawat Islam cabarannya adalah lebih hebat dan merbahaya ... kerana Perawat Islam mempertaruhkan diri dan keluarganya berdepan dengan jin dan syaitan dalam merawat pesakit . Perawat Islam juga mendapat ancaman gangguan jin dan syaitan yang ingin membalas dendam dan ada juga diugut dengan ancaman 'maut ' oleh jin dan syaitan . Gangguan , ancaman dan ugutan melibatkan nyawa Perawat Islam , saya rasa tidak pernah dialami oleh doktor perubatan, jururawat dan sebagainya.

Apa yang saya ingin nyatakan , Perawat Islam ini akan mendapat duit "sedekah" daripada pihak pesakit selepas sesi rawatan selesai. Di antara kata-kata yang popular ialah " Ini ada duit saya bagi sebagai sedekah untuk awak ". Seolah-olah Perawat-Perawat Islam yang menyabung nyawa, menghabiskan habis berjam-jam , meninggalkan kewajipan yang lain, meninggalkan keluarga , datang dari jauh kadang-kadang sama seperti peminta sedekah. Rendahnya martabat Perawat Islam ! Bahkan kebanyakan Perawat Islam itu tidak mempunyai ciri-ciri sebagai Peminta Sedekah. Tidak layak menerima sedekah .. Sebab itu , saya amat tidak setuju dan amat sedih sekiranya ada pesakit atau keluarga pesakit melihat saya atau mana -mana Perawat Islam itu seperti Peminta Sedekah .

Apa yang patut dilakukan ? Alangkah baiknya  , jika pihak pesakit memberi Perawat Islam itu sebagai hadiah atau upah . Dengan kata seperti " Ini hadiah yang dapat saya berikan kerana membantu pesakit ini " . Atau memberikan upah kepada perawat dengan kata seperti " atau " Inilah upah yang saya berikan atas khidmat yang tuan berikan ". Namun, terdapat pesakit atau keluarga pesakit yang menganggap bahawa kerja merawat pesakit gangguan jin dan syaitan mestilah "ikhlas" dan tak perlu kepada upah dan ganjaran. Anggapan seperti ini adalah salah dan jahil. Bayangkan ... kalau doktor , jururawat , guru , polis dll yang bekerja tanpa ganjaran upah ( gaji ). Mahukan mereka bekerja tanpa upah ?  Bolehkan mereka bekerja hanya berbekalkan ikhlas sahaja ?  Atau , adakah mereka mereka yang makan gaji itu semuanya ikhlas bekerja ??

Mungkin ada pertanyaan, di antara hadiah dan upah  manakah lebih baik ? Bagi saya , upah itu lebih baik dan afdal .. sesuai dengan kerja , risiko dan cabaran yang dihadapi oleh Perawat Islam itu. Rasulullah saw pernah menyebutkan " serahkan upah kepada seseorang itu ( atas khidmatnya ) sebelum kering peluhnya ". Perawat juga adalah bekerja, samada seperti orang lain bekerja. Tak kira samada Perawat Islam secara part time atau full time. Amat wajar dan layak Perawat Islam itu menerima upah ( gaji ) di atas kerja atau khidmat yang diberikan samada kadar upah yang telah ditetapkan kadarnya atau tidak. Tetapi, sememangnya Perawat Islam itu wajar diberikan upah, bukan sedekah !

Apakah SYIFA' AS-SAKINAH CENTRE telah menetapkan upah khidmat yang diberikan ? Ya.. pihak kami juga telah menentukan kadar upah atas khidmat yang diberikan. Sebab pihak kami TIDAK MENERIMA SEDEKAH atas khidmat yang diberikan. Kalau nak bersedekah , mungkin ada banyak lagi pusat rawatan atau perawat-perawat lain yang menerima sedekah atas khidmat yang diberikan.  Namun , pihak kami tetap menerima sedekah atau derma daripada mana-mana pihak jika ingin membantu membangunkan pusat rawatan yang kami ini. 

Berapa kadar upah khidmat di SYIFA' AS-SAKINAH CENTRE? Kadar upahnya saya rasa adalah bersesuaian dengan kemampuan pesakit. Tidak semahal seperti di hospital pakar atau doktor pakar . Walaupun ramai pesakit yang telah berubat di hospital pakar dengan belanja beribu atau puluh ribu ringgit , namun masih tidak sihat. Tetapi, dengan izin Allah mereka dapat disembuhkan di SYIFA' AS-SAKINAH hanya berbelanja tidak sampai RM100. Kalau ikut lojik akal , memang tak lojik . Kenapa terlalu murah bayarannya atau upahnya ??

Sebenarnya ramai orang bertanya pada saya tentang sedekah atau upah atau bayaran dpatkan khidmat SYIFA' AS-SAKINAH CENTRE. Insyaallah.. kadar upahnya saya akan publishkan secepat mungkin. Semoga pesakit atau keluarga pesakit boleh memikirkanya. Apakah kadar upah yang ditetapkan ini berbaloi atau tidak. Jika rasa tidak berbaloi , tidak mengapa. Sebab saya tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk datang berjumpa saya atau menjemput saya atau meminta SYIFA' AS-SAKINAH untuk berubat atau mendapatkan rawatan. Lagi pun di luar sana terdapat puluhan Pusat Rawatan Islam dan ribuan Perawat Islam yang sedia memberikan khidmat mereka. Pergilah dapatkan rawatan dengan perawat-perawat ini. Insyaallah akan sembuh. Asalkan jangan pergi jumpa BOMOH atau TUK  NUJUM yang mengamalkan khurafat.. kerana perbuatan berjumpa mereka ini adalah berdosa dan merosakan akidah.

Sekali lagi saya nyatakan bahawa .. Perawat Islam bukan peminta sedekah , tetapi Perawat Islam adalah pekerja dan bertugas memberikan khidmat kesihatan dan bekerja membantu menyelamatkan nyawa manusia ! Nantikan jadual kadar upah yang akan saya akan publishkan tak lama lagi. Insyallah..






1 comment: