Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Saturday 22 September 2012

Jin Saka Bongkar Rahsia, Rahimah Pernah Bunuh Janin ?


Oleh kerana selalu mengalami sakit kepala, Rahimah ( bukan nama sebenar ) ingin sangat berjumpa saya untuk berubat. Perjumpaan telah di buat di tempat pengajiannya di Kuala Lumpur.

Semasa saya sedang merukyah 2 botol air mineral yang dibawa , Rahimah mengisi borang pendaftaran Syifa' As-Sakinah Centre. Semasa sedang menulis ,tiba-tiba Rahimah membaling pen ke arah saya dengan keadaan muka yang "marah". Saya rasa jin ini ingin menakutkan saya dengan membuat karektor sebagai jin garang . Tapi, pen yang dibaling itu tak kena pada saya.. Rupa-rupanya Rahimah sudah kerasukan jin. Walaupun saya belum lagi merukyah Rahimah, jin yang ada dalam badan Rahimah sudah panas . Mungkin tidak tahan dengan soalan-soalan pertanyaan yang terdapat pada borang itu atau sudah kena kepanasan ayat Al-Quran yang saya bacakan pada air mineral itu. Nampaknya cukup mudah jin ini merasuk.

Saya meneruskan membaca ayat rukyah di kepala Rahimah. Jin terus merasuk tidak tahan dengan ayat Al-Quran yang saya bacakan. Saya dapati jin yang merasuk dalam badan Rahimah ialah jin saka . Saya telah menasihatkan agar jin saka ini keluar daripada badan Rahimah.. tetapi jin ini menolak nasihat saya. Jin tetap ingin duduk dalam badan Rahimah dan ingin menjaga Rahimah.

Saya meneruskan merukyah dengan menggunakan teknik pukul , belasah dan mensterika badan jin . Alhamdulillah... teknik-teknik yang digunakan banyak membantu sehingga jin dalam badan meronta-ronta untuk keluar dari badan Rahimah. Tetapi, sesekali jin ini menyatakan ingin menjaga Rahimah .. kerana kononnya Rahimah sering diganggu oleh manusia.

Kemudian jin saka ini menyatakan lagi bahawa Rahimah ini seorang perempuan yang "kotor". Saya terperanjat  .. kenapa kotor ? Jin ini memberitahu saya Rahimah pernah membunuh dan membuang janinnya sendiri. Boleh percaya ke ? Sebab jin memang kuat menipu. Saya cuba bertanya dan explore lagi pendedahan jin ini. Dalam pendedahan yg "exclusive" ini jin memberitahu saya Rahimah sudah banyak kali berzina dengan boyfriendnya bernama Afif ( bukan nama sebenar ). Hubungan zina ini telah menyebabkan Rahimah mengandung.

Setelah mengandung, Afif tidak mahu bertanggungjawab dan ingin meninggalkan Rahimah. Lalu Rahimah bernekad untuk menggugurkan kandungannya. Rahimah telah menggugurkan kandungannya itu di sebuah hospital swasta di K.L. Saya bertanya kepada jin " siapakah doktor yang menjalankan prosedur menggugurkan janin itu ? " Jin tu menjawab " tiada seorang doktor pun yang menggugurkannya . Rahimah membunuh janin tu dalam tandas hospital tu. Dia makan nenas , makan ubat, macam-macam ubat .. janin tu dikeluarkan dan dibuang dalam tangki tandas. Semuanya Rahimah buat sendiri ".

Pendedahan jin ini amat menyedihkan saya sekiranya betul Rahimah melakukannya. Seorang Islam sanggup membuat perbuatan yang terkutuk itu. Saya bernekad akan bertanya apabila Rahimah sedar nanti. Saya juga mengutuk jin saka ini... kerana tidak menjaga Rahimah dan tidak menghalang Rahimah melakukan zina. Jin ini terdiam apabila saya "berkhutbah" kat dia. Dalam hati saya .. mengatakan memang betul bahawa jin saka bukan jin pelindung, bukan jin penjaga dan bukan jin pembimbing. Jin saka memang jin yang tidak boleh diharap dan menyusahkan. Elok sangat dibuang, dikeluarkan atau dibunuh.

Alhamdulillah .. jin saka ini akhirnya ingin keluar dan bersetuju untuk dihantar ke perkampungan jin Serambi Madinah. Saya membantu jin keluar lebih mudah dengan membacakan ayat Al-Quran. Selepas jin keluar , Rahimah kembali sedar dan pulih. Alhamdulillah.Saya membuat rawatan pembersihan dan ke atas Rahimah . Rawatan ini penting untuk membuang segala bisa-bisa dan racun-racun jin yang terdapat dalam badan Rahimah.

Selepas itu saya barulah saya bertanya pada Rahimah .. siapa itu Afif ? Rahimah tersentak dan terperanjat ... bagaimana saya kenal Afif ? Saya minta pada Rahimah berterus terang dengan saya .. mengenai hubungannya dengan Afif. Akhirnya dengan sukarela Rahimah menceritakan kepada saya cerita yang sebenar. Apa yang memeranjatkan ialah... apa yang diceritakan oleh Rahimah adalah sama 100% sepertimana yang diceritakan oleh jin saka sebentar tadi. Afif merupakan boy-friend Rahimah, pernah melakukan zina dan mengandung. Tetapi disebabkan Afif lari dan tidak mahu bertanggungjawab, Rahimah membunuh janinnya itu.

Rahimah nampaknya telah menyesal di atas perbuatannya. Alhamdulillah..Tapi, Rahimah masih tertanya-tanya , bagaimana saya tahu mengenai Afif ? Biarlah rahsia :) Saya mengharapkan agar Rahimah benar-benar bertaubat di atas keterlanjurannya. Saya juga mengucapkan terimakasih kepada jin saka yang sudi menceritakan kepada saya keterlanjuran yang pernah dilakukan oleh Rahimah. " Kalau u tak cete wahai jin, sudah tentu I pun tak tahu " Memang jin dan syaitan amat suka menipu manusia. Tetapi dalam keadaan tertentu .. jin dan syaitan juga akan berkata benar apabila diizinkan oleh Allah swt.

Moga kisah ini akan menjadi pendidikan dan pengajaran kepada kita. Jin saka bukan sahabat, bukan pelindung. Buanglah jin saka daripada tubuh badan kita. Dan jauhilah maksiat dan zina .... kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa serta boleh merosakkan institusi keluarga dan masyarakat.


Catatan Pengalaman ,

Ustaz Rosmin Adam
22 September 2012
Seremban, N.Sembilan.


Tonton himpunan video rawatan SYIFA' AS_SAKINAH di http://www.youtube.com/results?search_query=assakinah1



No comments:

Post a Comment