Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Tuesday 20 December 2011

Kerana Berebut Lelaki, Lina DiRasuk Jin Sihir Kali Kedua

( sambungan cerita Jin Sihir Masuk Islam )

Ayah Lina telah bersetuju agar Lina ( bukan nama sebenar ) dirawat secara intensif untuk Rawatan Buang Sihir ( RBS ). Walaupun jin sihir yang mengganggu Lina telah dapat dikeluarkan sebelum ini, namun saya memang menggalakkan agar buang sihir dilakukan. Mengeluarkan jin sihir semata-mata sebenarnya masih tidak cukup kerana biasanya ahli sihir akan menghantar jin yang lain untuk menyerang mangsanya apabila diupah lagi oleh "pengupahnya". Ahli sihir lebih suka sekiranya ada orang datang mengupah, lagi banyak habuan RM yang akan diperolehi.Kemudian, tempat laluan dan bekas sarang jin dalam badan Lina yang ditinggalkan akan menjadi sasaran jin lain seperti jin saka atau jin liar yang berada diluar sana untuk mengambilalih kekosongan yang ditinggalkan oleh jin sihir itu.

Saya telah meminta ayah Lina menyediakan peralatan buang sihir. Saya memerlukan air tujuh masjid , limau purut, limau nipis dan sekotak kurma untuk rawatan buang sihir ini. Ayah Lina telah bersetuju mencari dan menyediakan segala peralatan ini dengan secepat mungkin , memandangkan Lina tak lama lagi akan pergi ke klinikal posting lebih kurang 2 bulan.

Pada hari yang dijanjikan saya telah menunggu dan bersedia untuk menjalankan buang sihir ini.Rawatan ini akan dilakukan di sebuah surau yang berhampiran. Tiba-tiba saya dapat sms dari ayah Lina mengatakan kereta yang dipandunya mengalami masalah.Tayar keretanya tiba-tiba pecah dan meletup... Tapi alhamdulillah semua penumpang yang ada dalam kereta selamat.Ayah Lina terpaksa tukar kereta dengan anak sulongnya dan akan meneruskan perjalanan.Kereta yang pecah tayar tadi akan diuruskan oleh anaknya itu. Ayah Lina mohon maaf kerana mungkin akan lambat sampai daripada masa yang sepatutnya. Persoalan saya,apakah tayar kereta meletup adalah kebetulan atau angkara jin sihir ???

Akhirnya ayah Lina bersama isterinya sampai ke surau tempat rawatan yang akan dilakukan. Ayah Lina lewat hampir 30 minit. Namun , syukur selamat sampai bersama peralatan yang saya akan gunakan.Manakala Lina memang sudah bersedia menanti untuk rawatan.

Sebelum memulakan rawatan, saya telah memberikan taklimat ringkas mengenai prosedur rawatan sihir yang saya akan lakukan.Ibubapa Lina juga telah memberikan keizinan kepada saya untuk membuat rakaman video rawatan ini. Alhamdulillah salah seorang rakan-rakan Lina yang ada bersama telah bersetuju untuk membantu saya merakam rawatan yang saya buat.Sebenarnya ini kali pertama saya membuat rakaman ke atas pesakit saya atas permintaan Lina sendiri untuk melihat semula rawatan yang telah dibuat.

Apabila semua telah bersedia , saya memulakan sesi rawatan sihir ini. Di awal rawatan ini , Lina telah menunjukkan perubahan pada watak dan karektor. Lina telah dirasuk oleh jin....Nampaknya Lina dirasuk jin buat kali kedua. Jin ini nampaknya mudah mengaku kalah dengan ayat Al-Quran yang saya bacakan.Belum apa-apa lagi jin ini dah merasa sakit dan panas.Saya sempat melihat ibu Lina sudah menitiskan air mata apabila melihat anaknya dirasuk jin. Badan Lina tunduk ke depan dan kebelakang macam orang berzikir kononnya. Saya meneruskan prosedur rawatan tanpa menghiraukan tindak tanduk jin yang merasuk Lina.Jin yang merasuk Lina tidak segarang yang saya sangkakan.Jin ini hanya mengerang, mengaum ringan dan menyuruh saya diam & berhenti membaca ayat-ayat Al-Quran.

Saya telah dapat berdialog dengan jin ini.Di antara isikandung dialog yang berlaku :

Us.Rosmin : Sape hantar kamu ?
Jin : Aku dah janji . Aku tak boleh bagitau..
Us.Rosmin : Sebenarnya itu janji tipu. Kamu ditipu . Kamu diperbodohkan oleh manusia.
Jin : Kau yang bodoh !
Us.Rosmin : Kamu diperhambakan oleh manusia.
Jin : Aku nak kawan aku .
Us. Rosmin : Kawan kau yang mana ?
Jin : Kawan aku yang dulu ..
Us.Rosmin : Oh.. kawan kau yang ganggu orang dulu tu ? Kawan kau tu dah masuk Islam. Aku dah hantar dia ke Serambi Madinah . Dia dah baik sekarang..
Jin : Aku nak kawan aku !
Us.Rosmin : Boleh .. kalau nak kawan kau , kau mesti masuk Islam . Nanti aku akan hantar ke Serambi Madinah. Nanti kau boleh jumpa dia.
Jin : Aku tak mahu..
Us. Rosmin : Kalau kau tak mahu, kau tak akan jumpa dia lagi.Apa agama kamu ? Islam ke kafir ?
Jin : ( hanya mengaum sambil menunjukkan tanda salib pada jarinya menunjukkan ia beragama Kristian )

Saya dakwah jin ini masuk Islam . Tapi, jin tidak mahu. Kalau tak mahu saya pun tak paksa.

Us. Rosmin : Sekarang aku perintahkan kamu keluar dari badan orang ini !

Jin hanya mengaum dan menunjukkan tidak mahu keluar .Saya bacakan ayat Al-Quran " Bom Berangkai " nampaknya jin kesakitan. Akhirnya jin sihir ini mengalah nak keluar daripada badan Lina.

Us.Rosmin : Hari ini aku lepaskan kamu balik. Aku tak bunuh kamu. Sepatutnya kamu boleh disembelih sampai mati dengan izin Allah kerana kamu telah menganggu orang ini. Nnti bila kamu balik, kamu bagitau tuan kamu yang kerja yang dibuat ni kerja jahat, mungkar dan murkai oleh Allah. Bagitau tuan kamu supaya bertaubat. Kembali kpd Allah, Hentikan kerja yang yang tidak berfaedah ni.Lepas ni kalau aku jumpa kamu menganggu orang dan manusia yang lain , aku akan sembelih kamu sehingga mati dengan izin Allah.

Sebelum jin ini keluar , saya telah membacakan skrip perjanjian agar jin ini tidak mengganggu lagi.Akhirnya jin ini keluar mengikut ibu jari kaki mengikut arahan saya. Lina pengsan sementara. Dan sedar semula selepas namanya dipanggil dan disapukan air rukyah di mukanya. Lina nampak begitu letih dan tidak bermaya. Begitulah keadaannya orang selepas dirasuk jin. Kesian..

Akhirnya , saya jelaskan kepada Lina dan kedua ibubapanya cara bagaimana menggunakan air tujuh masjid , limau purut , limau nipis dan kurma yang dibekalkan mengikut Amalan 3 yang saya sediakan. Saya juga memberi pesanan agar Lina sentiasa menjaga solat , menutup aurat dan mengamalkan Amalan 2 selama 14 hari.

Pengajaran daripada pengalaman merawat ini saya dapati ; bahawa manusia apabila berdendam sanggup melakukan apa saja sehingga melakukan perbuatan khurafat yang merosakkan akidah. Saya juga dapat memahami bahawa jin juga boleh "diperbodohkan" oleh manusia sepertimana manusia diperbodohkan oleh jin.Kemudian saya dapat memahami ahli sihir adalah ego dan takbur serta tidak mahu mengaku kalah sehingga akan menghantar tentera jin yang lain untuk merosakkan "musuhnya". Tapi, kita ingat bahawa kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kebatilan kan ditewaskan oleh kebenaran. Amin.. Wallahu a'lam.



Catatan Pengalaman ,
Ustaz Rosmin Adam
20 Disember 20122
Seremban, N.Sembilan.


Tonton himpunan video rawatan SYIFA' AS_SAKINAH di http://www.youtube.com/results?search_query=assakinah1


2 comments:

  1. mengapa air tujuh masjid, air putih biasa tak boleh ke?

    ReplyDelete
  2. mengapa air tujuh masjid, air putih biasa tak boleh ke?

    ReplyDelete