Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Sunday 18 December 2011

Akibat Gangguan Jin Cinta , Siti Bercerai Sebanyak Dua Kali ..

Saya telah pergi ke rumah seorang guru bernama Siti ( bukan nama sebenar ) di Kuala Pilah. Siti berminat untuk mendapatkan penjelasan detail mengenai Akaun Pendidikan Anak PruBSN SmartLink untuk 2 orang anaknya. Apabila sampai di rumahnya beberapa orang telah sedia menunggu di rumah termasuk ibu, anak-anak dan abangnya. Suaminya tidak ada di rumah kerana pergi mesyuarat. Saya difahamkan suami Siti sekarang merupakan suami yang ke-3 dalam perkahwinannya. Siti pernah berkahwin 2 kali sebelum ini tetapi bercerai hidup.Dua orang anak yang ada sekarang merupakan hasil perkahwinan dengan suami pertama.Alhamdulillah ketika ini, Siti sedang mengandung 5 bulan.

Setelah saya tamat buat presentation & quotation , Siti bersetuju untuk menandatangi Borang Permohonan SmartLink untuk 2 orang anak perempuannya & menyerahkan duit tunai kepada saya untuk memulakan caruman bulan pertama. Alhamdulillah .. Allah telah membuka hati Siti untuk menyediakan pelan perlindungan untuk anak-anaknya.Memang visi saya sebagai Penasihat Kewangan ingin memastikan setiap orang Islam ada perlindungan insurans " 1 ORANG , 1 AKAUN " akan berjaya !

Sebelum pulang Siti telah sempat memberitahu saya bahawa dia selalu mendengar "suara" memanggil namanya, jantung sentiasa berdebar-debar , rasa takut amat sangat dan macam-macam lagi.Daripada cerita itu saya dah dapat rasakan , Siti sedang diganggu oleh jin. Rumahnya selalu diganggu dengan ketukan, bunyian dan sebagainya.Perasaan Siti nampak rasa sedih apabila menceritakan hal itu kepada saya seolah-olah ada benda yang ingin menghalang Siti untuk bercerita. Siti berminat ingin meminta bantuan saya untuk buat scannning/rawatan. Saya bersetuju rawatan dibuat pada hari yang lain.

Pada hari yang dipersetujui saya dan keluarga saya sampai ke rumah Siti untuk buat rawatan. Saya memulakan rukyah 2 botol air mineral yang disediakan.Saya juga telah meminta Siti mengisi Borang Pendaftaran & menjawab soalan YA / TIDAK dianogsis yang saya berikan. Di antara hasil dianogsis itu Siti didapati susah untuk tidur, mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi ular, mimpi diancam benda tajam dan banyak lagi.Hasil dianogsis ini menunjukkan 99% Siti diganggu makhluk halus samada jin/syaitan !

Saya minta Siti duduk menghadap kiblat.Setelah habis baca ayat benteng diri , saya buat teknik " tikam jantung jin". Siti rasa badannya rasa sakit dan panas. Nampaknya tikaman dah mengena..alhamdulillah.Saya teruskan teknik "scan & tarik " ( S & T ) dan rukyah. Semasa merukyah , Siti kerasukan. Suaranya telah berubah menjadi agak kasar dan tunduk sambil badannya bergerak ke kiri dan kanan macam orang sedang berzikir kononnya.. Semasa merukyah saya sempat mengisyaratkan kepada anak perempuan saya merakam rawatan ini menggunakan kamera Canon DSLR yang dibawa.( berbaloi gak ada kamera canggih ni .. hu..hu )

Dengan izin Allah .. saya dapat berdialog dengan jin yang sedang merasuk dalam badan Siti. Pada mulanya jin ini mendakwa dia jin saka. Apabila ditanya jenis apa , jin ini terdiam. Jin ini ingin menipu saya.Tapi, akhirnya jin ini terkantoi... ha..ha.. Alhamdulillah jin tak berjaya nak tipu saya. Saya bacakan lagi ayat Al-Quran "Pembakar Lebih Power" menyebabkan jin ini merintih panas dan kesakitan.

Antara dialog yang berlaku antara saya dengan jin ini :
Us. Rosmin : Kamu datang dari mana ?
Jin : Aku datang dari belakang rumah ...
Us.Rosmin : Rumah kamu kat mana ?
Jin : Dekat dengan reban ayam ... tak jauh dari reban ayam...
Us. Rosmin : Nama kamu sape ?
Jin : Nama aku Malik ..
Us. Rosmin : Kamu agama apa ?
Jin : Tak ada agama..
Us. Rosmin : Umur berapa tahun ?
Jin : 80 tahun ..
Us. Rosmin : Kamu masih budak lagi... tapi kamu dah berani ganggu orang !
Jin : ( terdiam .. )
Us. Rosmin : Kenapa kamu ganggu orang ini ?
Jin : Aku suka dia ...
Us.Rosmin : Sejak bila kamu ganggu dia ?
Jin : Dah lama...aku tak suka dia kahwin !
Us.Rosmin : Kenapa kamu tak suka dia kahwin ?
Jin : Dia hak aku !
Us.Rosmin : Dia bukan hak engkau. Dia adalah hak Allah ..kamu tak boleh ganggu dia.
Jin : Kenapa kau ganggu aku ?
Us.Rosmin : Aku tak ganggu engkau . Aku nak tolong orang ni. Orang ini sakit sekarang sebab kau ganggu dia ...
Jin : Kau sape ??
Us.Rosmin : Aku hamba Allah macam kau jugak. Tapi, aku manusia & kau jin. Aku perintahkan kamu keluar sekarang !
Jin : ( Diam dan hanya merintih kesakitan )

Jin nampak macam tak nak keluar.Saya bacakan ayat Al-Quran " Bom Berangkai " untuk kali pertama. Jin merayu tidak dibom lagi. Saya ancam jin lagi kalau tak mahu keluar dia akan disembelih sehingga mati dan akan berada di alam barzah & diazab oleh Allah. Jin merayu tidak disembelih.Alhamdulillah ... jin akhirnya nak keluar.

Sebelum keluar saya berdakwah kepada jin supaya menganut agama Islam. Alhamdulillah.. jin ini akhirnya bersetuju memeluk Islam dan bersetuju untuk di hantar ke Serambi Madinah. Setelah selesai mengucap dua kalimah syahadah jin ini menjadi Islam dan pakaianya yang berwarna hitam telah bertukar menjadi warna putih. Jin ini merasa takjub dengan perubahan ini. Syukur...Jin ini juga ingin mengekalkan nama asal Malik. Alhamdulillah ... seorang jin telah Islam.

Jin ingin keluar melalui kepala Siti , tetapi saya tidak izinkan. Saya perintahkan Malik keluar melalui ibu jari kaki. Sebelum keluar saya membacakan skrip perjanjian dengan Malik supaya tidak mengganggu Siti dan manusia keseluruhannya . Sekiranya menganggu lagi maka Malik akan dilaknat oleh Allah swt , RasulNya dan umat manusia keseluruhannya. Selepas mengajar mengucapkan salam , akhirnya Malik keluar daripada badan Siti. Moga para pembaca mendoakan agar Malik menjadi jin Islam yang sejati dan berada di perkampungan jin Serambi Madinah dengan selamat .

Selepas Malik keluar daripada badan , Siti pengsan sekejap dan badannya lemah. Apabila sedar ,saya telah membuat pagar rumah Versi 1 dan menyediakan air mandian 1 baldi untuk mengembalikan tenaga dan semangat Siti. Saya juga membekalkan Amalan 2 kepada Siti untuk diamalkan selama 14 hari. Moga Siti pulih seperti biasa dan tiada gangguan jin lagi. Amin..

Pengajaran daripada pengalaman ini saya dapati Siti bercerai sebanyak 2 kali sebelum ini ada kaitan rapat dengan Jin Cinta. Oleh itu , manusia mestilah sentiasa mengingati Allah & mohon perlindungan Allah swt..Jin Cinta adalah jahat dan sentiasa berusaha memisahkan suami isteri sehingga bergaduh dan bercerai akhirnya. Sekiranya berlaku konflik antara suami isteri , pasangan bertunang , segeralah mencari jalan penyelesaian samada secara psikologi atau alternatif. Sekiranya konflik berlaku berpunca daripada gangguan jin, hendaklah segera berjumpa dengan Perawat Islam untuk mendapatkan bantuan alternatif kerana Kaunselor "biasa-biasa" tidak mampu membantu dalam kes gangguan jin. Wallahu 'alam .



Catatan Pengalaman , 
Ustaz Rosmin Adam
18 Disember 2012 
Seremban, N.Sembilan.

No comments:

Post a Comment