Monday, 14 December 2009
Lindungi Diri & Ahli Keluarga Dengan Skim Insurans
" Malang Tidak Berbau " Ungkapan nasihat yang sering diucapkan bagi mengingatkan kita bahawa kecelakaan atau musibah hadir tanpa sebarang tanda atau isyarat.
Apabila berdepan kecelakaan seperti terbabit dalam kemalangan, mangsa bukan saja mengalami kesakitan akibat kecederaan tetapi pada masa sama kewangan juga menjadi satu masalah besar kepada mereka.Dalam situasi sebegini tanpa anda sedari, insurans memainkan peranan membantu mangsa keluar daripada permasalahan itu.
Sekalipun ada pelbagai jenis insurans tidak kira sama insurans nyawa, perubatan, pendidikan atau bermacam lagi yang ditawarkan, namun masih masih ramai yang belum menyedari kepentingannya terutama di kalangan masyarakat Melayu.
Amalan memiliki insurans kurang mendapat perhatian di kalangan masyarakat Melayu mungkin disebabkan oleh faktor kewangan kerana untuk mendapatkannya seseorang itu perlu memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan.Ini sekali gus menjadikan insurans dilihat sebagai bebanan sedangkan mereka tidak tahu bila faedah bakal dinikmati.
Dengan dilindungi insurans seseorang itu yang mengalami kemalangan boleh mendapatkan rawatan lanjutdi hospital swasta serta menerima insentif bantuan kewangan sepanjang tempoh rawatan.
Selain itu dengan memiliki insurans seseorang itu diberikan kad insurans yang membolehkan mereka mendapat rawatan lanjutan iaitu kemasukan ke wad di hospital swasta terpilih dengan mudah sekali gus membolehkan mereka menerima rawatan daripada pakar.
Insurans memberi kelebihan cukup besar kepada individu serta keluarganya pada waktu sekarang dan masa depan.Bukan saja memberi perlindungan dari segi perubatan dan nyawa, skop insurans jauh lebih besar sebagai suatu tabungan kepada individu itu sendiri pada waktu tua kelak.
Untuk memiliki insurans, wakil insurans akan menilai jumlah pendapatan bulanan dimiliki individu dan aliran keluar masuk kewangannya.Sesuatu pakej insurans yang baik biasanya merangkumi 10 peratus nilai daripada jumlah keseluruhan pendapatan bulanan.
Pakej itu tertakluk kepada skim perlindungan yang dikehendaki sama ada untuk simpanan, perubatan mahupun kedua-duanya sekali seperti yang sering dilakukan pemilik insurans.
Sebagai seorang pelanggan adalah penting buat anda mengenali jenis pakej insurans yang ditawarkan. Selidiki latar belakang syarikat insurans serta kelebihan yang bakal dinikmati daripada pelaburan yang kita lakukan.
Jangan sesekali terpedaya dengan tawaran serta pakej murah yang menawarkan insurans tanpa mengetahui butiran lanjut serta tuntutan yang boleh dilakukan di kemudian hari. Oleh itu Jangan terlalu sayangkan duit anda kerana dengan memiliki insurans pelbagai faedah dapat dinikmati.
Untuk maklumat lanjut , sila dapatkan nasihat dan rundingcara kewangan Prudential BSN Takaful Bhd: Rosmin Adam 012-6398524
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment