Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Wednesday 11 November 2009

Tips : 10 Petanda Jodoh Kita


Saya sering ditanya mengenai ciri-ciri jodoh dan mimpi-mimpi yang berkaitan dengan jodoh . Terus terang saya ingin nyatakan bahawa saya sendiri memang tidak mengetahui tentang persoalan itu . Cuma saya yakin dan percaya bahawa hidup , mati , rezeki dan jodoh manusia itu adaah ditentukan oleh Allah swt .

Namun begitu , saya ingin kongsikan beberapa tips mengenai tanda-tanda jodoh ini. Tips ini saya perolehi daripada Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam N.Sembilan dan daripada sumber-sumber yang diperolehi daripada internet . Mungkin tips ini Insyallah boleh membantu kita semua untuk memahami petanda jodoh kita ...

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

2. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

4. Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

5. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita.Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

7. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

8. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang,'lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

9. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.

Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

10. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.

Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan.Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

Mimpi

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.

Mimpi memang mainan tidur,dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, mudah2 dgn dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?


15 comments:

  1. susah...susah..sebelum kawen segalanya indah..yg busuk jadi wangi..yg huduh jadi lawa...yg no 10 je yg boleh dijadikan sandaran..
    selebihnya wallahua'lam..

    ~marsyalaila~

    ReplyDelete
  2. BETOI2..
    TP HRP2,ALLAH SWT PERMUDAHKAN URUSAN KITA.
    AMIN..

    ReplyDelete
  3. topik yg menarik...tetapi x ramai pengunjung...human nature. manusia suka kepada isu isu yg lebih terhibur seperti jom heboh, akademi fantasia dan lain lain. saya pun kadang kadang tengok juga tapi mengawasi anak2 agar dia tau apa yg baik dan apa yg tidak baik....tip yg di beri cukup berguna dan praktikal. kalau diamalkan setidak tidaknye ada guideline. saya ingin tambahkan sikit. x salah kita share pengalaman..apa yg penting kita mesti ada positive mindset...setelah anak di lahirkan...itulah tanggungjawab yg perlu di pikul sehingga anak anak kita dewasa..saya x pandang dr sudut agama..rasanya pemilik blog ini lebih arif dan ahli dalam hukum hakam. tiada rumahtangga yg sentiasa aman..sekali sekali angin bertiup..sekali sekala bunyi guruh di langit...sekali skala hujan..lebih kurang begitu.apa apa permasalahn yg mungkin menjejaskan rumahtangga kita...fikirlah anak anak...insyaAllah..rumahtangga kita akan kekal hingga akhir hayat dan bukannye kekal ke anak cucu..kepada suami...ringankan tulang..tolong isteri basuh baju,lipat kain, gosok baju sekolah anak2,kemas meja makan atau sesuatu yg meringankan beban isteri..itu pun dah satu rahmat..kepada isteri..jgn sekali kali provoke suami...yg menarik keruntuhan rumahtangga seringkali suami di persalahkan..kebanyakanya benar...sebagai seorang isteri...cuba renungkan baik baik selami setiap isu dgn rasional...adakah isteru juga menyunbang kepada keruntuhan rumahtangga..sekiranya suami berlaku curang atau alasan2 lain yg kukuh...terserah lah untuk membuat keputusan..saya sebagai seorang lelaki dan bergelar suami..mengakui kelemahan diri sendiri...setiap kesilapan yg saya lakukan...anak anak lah yg saya fikirkan dahulu..saya x salahkan sesiapa..perbaiki kelemahan...dan sehingga sekarang saya masih memperbaiknya walau pun hampir 20 tahun berumahtangga..masih cuba mempertahankan.apa apa pun fikirlah secara rasional sebelum bertindak.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. insya Allah...semoga tips ni dpt membantu individu yg tgh keliru dgn pasangan masing2...:)

    ReplyDelete
  5. kadang2 sume pekara nampak indah pada awalnye...tp bile dah makin kenal sume nye nampak serba tak kene...sume ader kelemahan tapi nape sring nampak yang lemah sedangkan setiap orang ade kelebihan...last2 mula la berpaling...hukhuk..

    ReplyDelete
  6. tp mcm ne kita da ade pasangan bercinta, tp kita jumpa org lain yg serasi dgn kita?adakah dia jodoh kita?

    ReplyDelete
  7. Mungkin ya .. mungkin tidak !

    ReplyDelete
  8. mimpi merupakan salah 1 petunjuk tentg jodoh kte
    sy ade sorg bf tpi x yakin die jodoh sy atw x.
    selepas wat istiqarah berkali2 sy mimpi
    bjalan dalm sungai melawn arus bila hampir lemas, sy cube nek ats tebing n bejaya bjalan ats tebing n lepas tu blari dalam kwsan dpnuhi lalang n akhirnye bjumpe masjid n didlam majid 2 ade bf sy.tp muke die kletihan n xbmaya.
    mimpi kedua
    mmancing dalm kolam yg keruh yg dpenuhi ikan
    tp bf hnye ambik ikan haruan, ikan puyu n udag galah.
    ape pendapat sume?
    adakah mimpi 2 mnunjukkan die adalah jodoh yg tbek utk sy o x?

    insan buntu

    ReplyDelete
  9. em...indahnye bercinta...
    tp,memg susah kte nk tw spe jdoh ktekn???
    disini saye jge ingin berkongsikan sedikit pengalamn hidup sye...hujung tahun lepas sye de mengenali seorg lelaki...walaupun bru mengenlinye,saye rase bgitu selesa berkawn dengnnye..ibarat kami sudah berkenalan lame...
    hmpir 2 bulan,sye trpkse berpndah ke tmpt len..
    die ade mmberikan pesanan kpde sye untk mnunggu dirinye...sye memg mnunggunya,sbb mse tu sye rase die lh jodoh terbaik untuk sye.....
    tp,smnjak pindah,kami jarang sekali berhubung...die ade mghubungi saye tp jarang skali...
    ini mmbuatkn sye kliru..adakah dia masih jodoh saya??
    mau bertanye tpi malu...
    akhirnye saye memutuskan untk berdiam diri sahaje...
    saye yakin,jika die jodoh ,dia akn tetp dtg...
    klu tiada sata trime dngn ati trbuka..
    dan menganggapnye satu kenangan terindah kerane dpt mengenali die..

    ReplyDelete
  10. satu lg kisah yg sya mau kogsikan...
    saye mengenali seorg lelki ni"A"...
    die lelaki yg baik..
    sudah lame brkawn,akhirnye die brtanyekn samaada sye mahu menerimenye sbagai kekasih die??
    trus terg sye ktekn,pengalamn cinta dlu mmbuatkn sye tkut untk brcnta...
    tp,lpas mndapt nasiht dri kwn,sye mncube untuk menerimenye...
    die memg baik...tp,ati sye x ase die adelah owgnye...sye jdi serba salah kpade "A"...
    akhirnye sye menguatkn diri untuk brterus-terg padenye yg sya hnya boleh menganggpnye sebagai kwn sahaje...mle2 memg agk sukr untuk die mnerimenye...akhirnye die fhm...alhamdulillah smpai skarang sya masih brkawn dengannye...
    tp jauh disudut ati sya ,sye berase srba slh kerna da mengecewakn die...
    slhkh saya???

    ReplyDelete
  11. JODOH.... hemmmm....

    Nak cari jodoh biar lah berlandaskan islam.. kalau berlandas nafsu... tu bukan nya JODOH.... yg itu kita pnggl BODOH....

    JODOH adalah apabila dah sah pasangan diijabkabulkan ... klau stakat baru bcinta tu dah pggl sayang, Hubby, B , Ayg... bukan je "bleh pandang2.. pun bleh pegang2... duduk kangkang2.. bertambah jalang" (selit lagu popular skit)... yg tu bukan JODOH... yg tu GELOJOH..

    Baru kenal ... dah prasan tu jodoh kita ... pastu perasan kawan yg lain jelous dgn kebahagian palsu @ MAKSIAT kita tu.... status in relationship....married to... yg tu bukan JODOH yg tu tak SENONOH...

    Kesimpulannya.. kerana kita salah faham antara nafsu dan JODOH.... neraka pun PENUH....

    Insaf......

    p/s: MALU PERISAI ORG BERIMAN..... TAK TAHU MALU PERANGAI SYAITAN.....

    ReplyDelete
  12. Dari segi ilmu psikologi terdapat kajian mengenai gaya org bercinta.Sila cari ada dalam blog saya ni.Saya juga menggalakan bagi org yg dikatakan sedang bercinta membuat Ujian Psikologi Inventori Gaya Bercinta ( IGB ).Insyaallah boleh membantu agar tidak tersesat atau dikecewakan dalam bercinta.

    Boleh dapatkan IGB dari mana-mana Kaunselor yang terlatih saja.Kalau nak buat dengan saya pun boleh.Nanti buat appointment dengan saya.ok.

    ReplyDelete
  13. jodoh...

    em,masalah yg saya hdapi amat-amat berat..saya dah bertunang dgn teman lelaki yg sy telah kwn selama 6thn sejak umur 18thn.ketika itu,umur muda dan tgk org nk 'couple'..hati ni pn nak...kwn serumah sy ketika itu sy belajar di university swsta di s.alam perkenalkan seorg lelaki iaitu tunang sy skarang...kami mengharungi dugaan yg byk...sy jenis yg setia pd satu..walau slalu kami bergaduh,selisih pndapat dan sy kerap tinggikan suara pada dia..ade je xkena...sbb malas nk berkwn dgn sesiapa lagi,sy teruskan hbgn ni...sehingga kami sudah bekerja,pd thn lepas..sy mendapati teman saya ade perempuan lain...akibat terlalu syg dan saya berfikir tiada org lain lagi selain dia..sy merayu utk dia kekal dgn saya dan dia memilih utk bersama sy...selepas tu,kami bersama kembali api,perasaan sy xtenang..dan minta dia masuk meminang...dan bln april lalu,kami bertunang...dan pada bln may,saya dan family saya bercuti ke medan,indonesia...dan ketika itu,ade 1 rombongan dr malaysia bersama dgn kami...ade seorang jejaka memerhatikan saya..dan saya rasa seperti jatuh cinta tetapi saya sedar status saya..dan pada mlm ke-2 jejaka itu telah telefon bilik saya dan menyatakan perasaannya pd sy..dan mlm seterusnya dia telah menghadiahkan sepasang baju kurung merah pada saya dan saya cuba menolaknya namun dia tetap dgn pendiriannya walau saya telah menrangkan status saya..dan saya tidak sengaja telah berkaa "awak dah terlambat"...saya tau hati saya telah jatuh cinta padanya sbb saya xpnah ade perasaan mcmni...sehingga pulang ke malaysia,dia telah mencari saya dan cuba mencari segalanya tentang saya...bagi dia,dia tetap nk dgn saya walao saya sudah bertunang sbb dia tau hati dia juga pd saya...dan sehingga kini kami berkawan dan hubungan saya dgn tunang menjadi jauh dan keluarga saya mengetahuinya dan mereka mensihati saya melupakan jejaka medan tu.dan kini,mereka menyangkakan kami tidah berhubung dah namun hakikatnya..cinta kami makin kuat..dan saya ade wat solat istikarah...satu mlm,saya mimpi ade seorg ckp ape yg saya dan jejaka medan wat ni sgt salah dan jejaka medan telah mjwb"dia amat mencintai saya...dan gempa bumi berlaku dan banjir...ape petandanya?dan saya buntu...saya tau saya salah,tapi hati ni xbley paksa...saya xminta semua ni berlaku....betul2 buntu...inginkan kesulitan ni selesaiii!!adakah ini JODOH @ DUGAAN?

    ReplyDelete
  14. salam semua..nk kongsi pule kisah sy,sy ade seorang kawan lelaki yg hampir 2 tahun knl..rumate sy yg kenalkan pd sy. pd first impression sy xrs ape2 pd dia n die pun same,niat sy hnya nk berkawan dgn sume org,sbb sy peramah orgnyer. pd satu hari, dia ajk teman mkn,sy xkisah sbb xfikir pape krna hanya anggap dier kawan biasa, tp bile dh knl, rs makin selesa bila bersama dgn die, sebab kami x rs pura2 bile makan atau kluar bersama,mkin hari asyik nk jumpa je, bru 2 bulan knl,kami trus decide couple,mse tu sy bru 18 taun n die tua 3 tahun,tp hubungan kekal smpai 9 bulan je mybe padahnye couple xfikir panjang,sedih sgt time tu,lps 2 bulan xberjumpa,dier masih nk mnjadi sahabat sy pule,n sampailah sekarang..tp lain jadila pule..mcm sahabat yg sgt2 rapat,sbb chemistry and hati kami sgt kuat,tau je ape fikiran n fahman msg2.susah sng same2,tp xde status ap2, sbb bile fikirkn ms dpn,tkut dier hncurkn hati sy pule..adakah die jodoh sy? sy tau sume ni akn terjawab juge,skrg kami decide utk buat rules jarang2kn berhubung n berjumpa sbb kami rs bile future nnt mmg xkn ditakdirkan brsame sbb dier rs sy deserve better dari dier..tp hati masing2 xnk let go.sedih bile kne buat rules mcm ni,perlu ke? tp sy akui bile dh kerja nnt mcm2 org kite jumpe,sy percya klu dier jodoh kite,die akn dtg balik kn?..tp bru stngah hari buat rules tu,sy xbuleh,hati xsenang..knp ye,xtaula plak dier mcm mane,tp dier pun mengaku dier depends evrythings dgn sy. apa2 pun,sy redha dgn kentetuan ilahi, susah ingin berjumpe shbt yg memahami n buleyh dipercayai,n xbusan bile berjumpe. ada x rakan2 yg senasib dgn sy? mybe sy patut buat solat istikharah byk2..agr dpt petunjuk dari-Nya..

    ReplyDelete
  15. bagi aku mungkin ya .. tp bg dia aku tak pasti.. aku sering kali dikhianati

    ReplyDelete