Selamat Datang kepada pengunjung budiman ke blog SYIFA AS SAKINAH C&S. Terimakasih .. Sertai segera Insurans Kesihatan Prudential BSN Takaful , Skim Pelaburan Ahli KWSP & Khidmat Kaunseling serta Pengubatan Islam. Buat appoinment & berbicang segera terus dgn saya. .

Thursday 1 October 2009

Tarian Poco-Poco : HARAM atau HARUS ?


Baru-baru ini saya banyak menerima pertanyaan melalui e-mail dan sms daripada pelajar-pelajar saya di KPJIC mengenai Tarian Poco-Poco ( silap sebut jadi Pocong ) . Kebanyakkannya persoalan itu adalah berikutan e-mail berangkai yang terdapat dalam inbox yang mereka terima yang mengatakan bahawa Tarian Poco-Poco ikut bentuk salib orang Kristian .

E-mail yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut :

“Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.

Begitulah bunyi e-mail itu. Darimana asal usulnya saya pun tidak dapat memastikannya. Tedapat juga kekeliruan mengenis jenis Poco-Poco ini. Ada orang kata Poco-Poco adalah sejenis tarian.Ada orang kata ia adalah senaman sahaja.


Namun begitu , Tapi bagi saya pulak... nama apa pun yang diberi adalah tidak penting. Yang penting ialah " al-muthamma" bukannya al-ism ( nama ) iaitu apa yang terkandung dalam perbuatan atau pada objek itu. Ianya sesuai dengan kaedah Feqah :

“ Fal’ibratu Bil Muthammayaat , La’ Bi Asma’ “
Maksud : Maka pengibaratan itu adalah dilihat kepada al-muthamma ( kandungan ), bukannya pada nama .

Kandungan perbuatan atau objek dapat dilihat pada Poco-Poco itu ialah merupakan gerakan tubuh badan yang diiringi dengan muzik atau lagu. Pergerakkan itu melibatkan kaki, tangan , badan dan sebagainya .

So,boleh jugalah dikatakan Poco-Poco ini sebagai senaman ala tarian atau boleh juga tarian ala bersenam. Atau terpulang apa-apa nama lah .. tak kisahlah samada Poco-Poco ini berasal dari Filipina , atau dari Indonesia , atau dari Papua New Guinea atau dari mana-mana . Asal dari mana datangnya Poco-Poco ini tidak penting..

Saya melihat kepada al-muthamma itu 2 perkara :
1. Hukum menari tarian
2. Hukum menari ikut salib

Hukum Menari Tarian

Saya cuba membawa beberapa keterangan sebagai sumber pandangan mengenai permasalahan ini :
Tarian masuk kedalam kaedah dasar Feqah "Dasar dari segala sesuatu adalah boleh". Berdasarkan firman Allah Swt. "Katakanlah siapakah yang mengharamkan pemberian Allah yang telah diberikannya kepada hamba-hambanya dan rezeki yang baik-baik”. Karena tidak ada dalil yang sohih ataupun sorih mengharamkan tarian. Maka hukum tarian tetap pada asalnya iaitu boleh.

Didalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Daruqutni dan Abi Tsa'labah Rasulullah Saw. Bersabda "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan segala yang wajib jangan melanggarnya, menetapkan batas-batas hokum jangan melampauinya dan diam dari sesuatu sebagai rahmat bagi kamu bukan karena lupa jangan cari tentangnya". Menurut mafhum dilalah hadis ini menunjukkan segala sesuatu yang tidak ada nas al-quran ataupun hadis menunjukkan larangannya maka boleh dilakukan.

Adapun hadis yang sorih menjelaskan kebolehan menari sebagaimana diriwayatkan oleh ummul mukminin Aisyah r.ha. "Pada suatu hari Rasulullah berdiri didepan pintu kamar Aisyah melihat orang habsyi sedang menabuh rebana dan menari dalam masjid. Sambil memperlihatkan permainan itu pada Aisyah Rasulullah Saw. menyelimuti Aisyah dengan selendangnya”.(HR. Buhari)

Hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim, Nasa'i dan Imam Ahmad dengan lafaz yang berbeza.

Yang dimaksud dengan tarian disini adalah tari yang menggunakan alat perang sebagaimana disyarahkan oleh Imam Nawawi didalam kitabnya fathul Bari. Hadis ini menunjukkan dengan jelas kepada kita secara mantuq dan mafhumnya kebolehan tari-tarian.

Akan tetapi penulis disini tidak memutlakkan bahwa semua tarian itu adalah halal sehingga membawa kepada kefasadan yang lebih besar. Akan tetapi ada beberapa syarat dan batasan-batasan yang dijaga sebagaimana kata Dr. Yusuf Qordhawi didalam bukunya Fatawa Mu'ashiroh.

Pertama : Tidak bertentangan dengan adab Islam dan ajarannya. Tarian yang menamppakkan aurat, yang membawa kepada kelalaian, adanya ikhtilat ( percampuan antara lelaki dan perempuan ) adalah jelas keharamannya kerana bertentangan dengan perintah Allah Swt.

Kedua : memperhatikan bentuk tariannya. Tarian yang membangkitkan syahwat juga dilarang dalam Islam.

Ketiga : Tidak boleh mengiringinya dengan sesuatu yang haram. Seperti meminum khamar, memperlihatkan aurat, memanggil jin dll. Apabila sudah dicampur dengan sesuatu yang haram maka tarian itupun jadi haram.

Keempat : Tidak melampaui batas dan berlebih-lebihan. Segala yang melampaui batas dan berlebih-lebihan dilarang didalam Islam.

Kelima : Berkenaan dengan yang melihat dan mendengarkan. Setiap orang yang melihat tarian ataupun mendengarkan lagu-lagu sehingga membangkitkan syahwatnya, menimbulkan fitnah dan menghilangkan akal sihat wajib dijauhinya.

Dalam web Bahagian Hal Ehwal Islam , Panel Kemusykilan Agama, JAKIM juga ada memaparkan soalan megenai hukum tarian dan nyanyian; seperti berikut :

Soalan :
Apakah hukum tarian dan nyanyian yang didendangkan oleh kaum lelaki dan perempuan yang langsung tidak memberi sebarang faedah dan mendidik rohani.

Jawapan :

Ia adalah dilarang di dalam Islam. Apatah lagi jika dilakukan dengan membiarkan berlakunya percampuran di antara orang lelaki dan perempuan tanpa batasan yang dibenarkan di dalam Islam..

Hukum Menari Ikut Salib

Mengenai dakwaan gerakan tarian Poco-Poco mengikut salib belum dapat dipastikan secara jelas. Jadi , setakat ini saya tidak mahu mengulas permasalahan ini buat masa ini.

Terdapat beberapa contoh tarian yang didakwa mempunyai persamaan antara Tarian Poco-Poco dalam gereja , antaranya yang terdapat dalam You Tube Faith Free Full Gospel Dance Team sila klik kat http://www.youtube.com/watch?v=qgA_u1Uy8io&feature=related


Kesimpulan


Beberapa contoh keterangan yang saya bawakan itu menunjukkan bahawa asal hukum tarian secara umum adalah harus tetapi masih terikat dengan batasan-batasan Syara’. Ini bermakna apabila salah satu batasan itu tidak dipatuhi , maka hukum tarian boleh berubah daripada harus menjadi haram dan berdosa , termasuk Tarian Poco-Poco .

Namun begitu , hukum menari samada halal atau haram tarian Poco-Poco setakat ini belum dikeluarkan lagi oleh mana-mana Jabatan Mufti atau JAKIM . Saya mengharapkan pihak berkenaan mengambil apa-apa tindakan yang perlu dengan seberapa segera untuk mengelak berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam mengenai isu tarian Poco-Poco ini.

Apa yang patut kita lakukan buat masa ini ialah " tinggalkan apa yang menimbulkan keraguan dan ambillah apa yang tidak meragukan kamu " ( Kaedah Feqah ) . Maknanya ;apabila tarian atau tarian Poco-Poco ini menimbulkan banyak keraguan dari sisi agama atau bertentangan dengan agama , maka elokkan ditinggalkan . Insyallah kita akan selamat di dunia dan akhirat nanti.

Wallahu a’lam.



6 comments:

  1. Sokong! menari berdosa ,sambut kongsi raya deparaya pun same gak tu...
    mcm x de aktiviti lain nak buat ????????????

    ReplyDelete
  2. kita nampak pada dosa yang zahir saja. Macammana dengan syirik dengan allah? kalau berdosa boleh bertaubat, tapi jika dah syirik dengan allah macammana ?n ada perbuatan kita yang boleh akibatkan syirik dan lebih parah lagi tutur kata yang keluar dari mulut kita sendiri secara tak lansung telah akibatkan syirik.
    asasnya jika ada ilmu apa jua masaalah agama jadi mudah. masalahnya kita tak suka cari ilmu.
    saya setuju sambutan deparaya haram!!! alhamdulillah ada orang dah buat teguran dan beri ingatan. sesungguhnya kita semua perlu ingat mengingati antara satu sama lain. jangan cari salah saja kerana itu bukan perbuatan yang baik.

    ReplyDelete
  3. maselahnye yop.. bile ditegur ada bos yang merajuk . sampai tak nok join n tak nok juge nak bagi ucapan....

    kononnya sakit hati , patah hati dengan teguran cam tu yoppp!!!!

    nok buat cam ne tu yoppp ???

    ReplyDelete
  4. dalam ingat mengingati ni akan ada yang terasa hati. itu adalah lumrah dalam hubungan sesama manusia.masalah ini yang buat kita keberatan untuk menegur, terutama bila ia libatkan boss !!
    yang sebaiknya guna pendekatan yang berhikmah dalam menegur.
    kebenaran itu pahit !!!!

    sahabat yang baik akan sentiasa memberi ingatan. sahabat yang tak baik sentiasa suka buat pujian.
    saya suka sahabat yang buat teguran atas kesalahan saya, kerana itu sahabat yang sejati.

    ReplyDelete
  5. Betul tu ! jgnlah asyik nak dgr pujian je. kena dengar jugak org bagi teguran............

    Baru betul ..........

    ReplyDelete
  6. Assalamu'alaikum,

    walaupun tarian poco-poco itu belum ada ada-apa fatwa atau keputusan daripada Jakim akan tetapi dari segai sejarahnya dan konsepnya boleh membawa kepada kemudharatan yang besar. Kemungkinan Pihak Jakim belum merujuknya dari segi sejarah kemunculan dan siapa yang mewujudkannya. Sebenarnyatarian tersebut dibuat oleh sekumpulan belia yang ketagihan arak dan dadah di Pilifina yang suka menganggu kententeraman awam. jadi fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete